.:: Sistem Operasi Be ::.

 
BeOS merupakan sebuah OS yang menyerupai MacOS dan Windows yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang bernama Be Inc. Versi BeOS yang paling awal dibuat adalah untuk sistem Mac tetapi kini sudah terdapat versi untuk PC serasi IBM.

BeOS menawarkan sebuah OS yang stabil, multitugas dan cekap. ia juga boleh menyokong pelbagai pemproses dalam sebuah sistem komputer. Walaupun ia adalah salah sebuah OS yang mampu memberi saingan kepada penguasaan Windows, namun sayang sekali kerana tidak banyak perisian-perisian aplikasi atau pemacu yang boleh digunakan bersama OS ini. Hanya pada tahun 1999, syarikat Gobe Software telah mengeluarkan sebuah perisian aplikasi pejabat yang diberi nama Gobe Productive untuk digunakan bersama-sama BeOS.

Walaupun BeOS merupakan sebuah perisian OS yang agak baik tetapi ianya kurang mendapat sambutan daripada para pengeluar perisian aplikasi. Menurut syarikat penyelidikan Dataquest, BeOS tidak akan mendapat sebarang peratusan yang signifikan daripada pasaran sistem OS.

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm. All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster