Cara Guna CGI-PERL

Sinopsis:-
Untuk pengetahuan saya bukanlah hendak mengajar anda bagaimana hendak menulis aturcara CGI-PERL tetapi saya akan ajar anda semua bagaimana hendak mengunakan cgi.Saya sendiri bukanlah "Power dalam programing" tetapi apa ilmu yang saya ada itulah saya akan ajar kepada anda...Jangan kedekut ilmu.


Apa yang perlu?
Untuk menjalankan program cgi anda perlulah mempunyai server yang dapat menjalankan aturcara ini dan selalunya server yang dapat menjalankan aturcara cgi ini selalunya mempunyai satu folder yang dipanggil cgi-bin.Folder ini adalah berguna untuk menjalankan aturcara cgi anda.CGI bermaksud,Common Gateway Interface.Untuk pengetahuan tutorial ini hanyalah untuk para webmaster yang tahu serba sedikit tentang perl/cgi.

Bagaimana hendak memulakan?
Pertama sekali anda perlulah mempunyai satu salinan fail program cgi.Dimanakan hendak dapatkanya?.Untuk dapatkan salinan fail cgi ini anda boleh dapatkan di mana-mana ruangan internet.

Mari kita mulakan...
Untuk memulakan,buka program notepad atau wordpad (jadikan ini sebagai editor untuk cgi anda).Cari dimana program cgi anda disimpan.Selalunya program cgi yang perlu kita ubah adalah berformat .cgi , .pl , .conf , .dat .

Apa yang perlu ubah?
Tak banyak yang perlu anda ubah..Anda perlu tahu berberapa perkara sahaja untuk mengubah cgi anda.iaitu..

1).Directory path :- Direktori untuk server anda.Contohnya /home/katalaluan/.Direktori path ini bergantung server yang anda gunakan.Kalau anda guna Tripod mungkin direktorinya seperti ini :- Jika urlnya :- http://komputer.tripod.com ,direktorinya seperti ini /komputer/dan diikuti dengan folder yang anda masukan program cgi tersebut.Kalau anda guna virtualave pula,direktorinya lain pula contohnya:-/home/katalaluan/public_html/folder untuk cgi anda.Jika anda masih tidak paham,sila baca pada penerangan mengenai cgi untuk hos anda.

2).permissions :- Ini adalah kebenaran untuk jalankan cgi anda.Selalunya anda perlu menukar dulu tahap kebenaran sesuatu program cgi mengikut ketentuan pada server anda.Selalunya cgi yang berformat .cgi dan .pl memerlukan kebenaran 755 dan format lain seperti .log .dat dll. memerlukan kebenaran 666 dan fail berbentuk .txt perlukan kebenaran 666.Untuk menukar permission ini anda perlulah mengunakan FTP.Selalunya ia ditunjukan sebagai CHMOD.Berlainan dengan server virtualave ia akan menukarkanya secara automatik tanpa perlu kita setting terlebih dahulu.

3).Sendmail :- Sendmail ialah direktori dimana program tertentu menghantar maklumat yang telah diterima untuk diposkan ke dalam peti e-mel anda.Anda boleh lihat bagaimana buku tamu plaza apabila ditandatangani ia akan menghasilkan tiga salinan baru iaitu untuk bukutamu kedua untuk dihantar kepada anda untuk mengucapkan terimakasih dan ketiga dihantar kepada sya (X-MAFAIA) untuk memberitahu yang ada orang telah menandatangani bukutamu.Selalunya direktori sendmail bergantung kepada server.Ia mempunyai dua direktori yang selalu digunakan oleh kebanyakan server iaitu :- /usr/sbin/sendmail dan /usr/lib/sendmail -t.Saya tidak tahu yang mana satu server anda gunakan.Untuk mengetahuinya sila baca tentang penerangan mengenai cgi untuk server yang anda gunakan.

4).#!/usr/local/bin/perl :-Kalau anda membuka sesuatu fail cgi-perl anda akan melihat satu aturcara ini pada bahagian paling atas.Ini menunjukan direktori didalam server anda dimana ia dapat menjalankan cgi-perl.Ini juga bergantung kepada server yang anda gunakan.


Selepas anda mengetahu semua ini.....
Anda akan dapat mengetahui apa yang perlu ditukar contohnya:- basedir , search_root dan lain-lain.Lihat sahaja jika ada perkataan "dir" ini mestilah directory path contohnya:- basedir="/home/namalaluan/public_html/cgi-bin/folder yang anda letakan cgi itu";

Kalau ia ingin URL,tukarkan sahaja kepada:- $baseurl ="http://lamanweb.server.com";

Capaian Tambahan
Tentukan apa sistem operasi yang digunakan untuk server anda.Selalunya sistem operasi yang digunakan oleh kebanyakan server ialah Unix atau Windows NT.Lain-lain ialah FreeBSD dan lain-lain.(CGI selalunya berfungsi pada UNIX atau Windows NT kerana kebanyakan dicipta untuk sistem OS ini sahaja.).


Bagaimana untuk upload cgi?
Saya anggap anda gunakan cuteFTP untuk mengupload cgi anda.Untuk pengetahuan untuk upload cgi yang telah anda siapkan apa yang anda perlu tahu ialah untuk upload sesuatu program cgi-perl anda erlulah menuploadnya dalam bentuk ASCII.Cara upload sesuatu kedalam server mempunyai dua cara iaitu Binary dan ASCII.Selalunya Binary digunakan untuk upload program html atau imej bergambar.Untuk setting ASCII untuk cuteFTP ialah begini,Buka cuteFTP anda dan pergi ke bahagian Edit pilih menu setting...Satu tetingkap lain akan muncul seperi ini:-

SETTING ASCII

Ikut sahaja setting yang ditunjukan seperti rajah diatas dan tekan OK.Kemudian pergi ke bahagian sitemanager dan pilih menu edit > Advance pada radiobutton tu pilih ASCII dan tekan OK kemudian tekan Connect...Sekarang anda dlaman keadaan mod ASCII!...

Bagaimana untuk jalankan CGI?
Banyak cara untuk jalankan cgi anda dan mengikut apa jenis program cgi anda.....

Pengetahuan Tambahan...
Print = Didalam atrcara perl/cgi,print bermaksud satu halaman cetakan akan diwujudkan.Selalunya pada halaman print ini diletakan kod-kod html.Kod html didalam sesuatu aturcara perl/cgi diubah sedikit contohnya:- Print "<img src=\"imej.gif\" height=\"30\" width=\"30\">\n";.....(Tanda "\" diletakan sebelum tanda ".)

Sekianlah untuk kali ini.........

 

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm. All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster