Bagaimana PC Berfungsi?    

    Pada kali ini kita akan belajar dan memahami bagaimana sesebuah komputer berfungsi. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan didalam penerangan yang bakal saya berikan. Saya memohon kemaafan. 
Apabila komputer kita dihidupkan, Perkara pertama yang akan dilakukan oleh komputer ialah membaca arahan yang terdapat di dalam ROM. Arahan ini dikenali sebagai BIOS atau (Basic Input Output System) BIOS akan memberikan arahan asas kepada komputer tentang apa yang akan dilakukan. Sekiranya tidak ada BIOS, komputer tidak akan tahu apakah yang akan berlaku. BIOS akan memberitahu komputer apakah peranti/peralatan yang terdapat pada komputer komputer kita. 
Seterusnya komputer kita akan membaca sama ada dari Floppy Disd, CD-ROM ataupun Hard Disk untuk mencari Sistem Pengoperasian (OS "Operating Sytem"). Biasanya arahan untuk menentukan komputer supaya mencari Operating System dari peranti yang mana dapat ditentukan didalam BIOS pada bahagian "Advance Setup". Namun BIOS yang berbeza mempunyai seting yang berbeza. Sila rujuk pada panduan pengguna Mother Board komputer anda. 
Setelah itu, komputer anda akan mencari dua fail penting iaitu Msdos.sys dan Io.sys. Kedua-dua fail ini adalah fail system. Biasanya fail ini disembunyikan agar tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Namun ada caranya untuk melihat fail ini. Caranya akan saya nyatakan pada masa akan datang. Seterusnya, komputer akan mencari pula fail bernama command.com. Fail ini mengandungi arahan yang menentukan apakah yang perlu dilakukan oleh komputer apabila menerima sesuatu arahan. Ia juga boleh dianggap sebagai polis trafik yang mengawal lalu lintas atau perjalan sesuatu program. 
Bagi komputer yang menggunakan system pengoperasian yang lama seperti Dos ataupun Windows 3.x biasanya komputer akan mencari dua fail yang utama iaitu config.sys dan autoexec.bat. Fail bernama config.sys akan memberitahu kepada komputer apakah driver atau peranti yang perlu digunakan oleh komputer. Autoexec.bat pula adalah satu koleksi arahan yang akan dilaksanakan serentak oleh komputer anda. Ia akan memudahkan tugas anda dimana anda tidak perlu menaip arahan yang sama setiap kali menggunakan komputer. Anda hanya perlu masukkan arahan tersebut ke dalam fail bernama autoexec.bat dan komputer akan melaksanakan arahan tersebut. 
Bagi komputer yang menggunakan sistem pengoperasian Windows 95 dan keatas, fail config.sys dan autoexec.bat tidak lagi penting. Malahan Windows tidak memerlukannya sama sekali. 
Diharapkan dengan adanya sedikit penerangan yang saya berikan di atas akan dapat memberikan serba sedikit gambaran tentang bagaimana komputer berfungsi.

 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm . All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster