Make your own free website on Tripod.com


Asas Penggunaan Macromedia Dreamweaver

 

Page Properties

Layout Website Dalam Table

Site Organization Membuat Jaringan (Hyperlink)
Pop-up Windows FTP ke Geocities & Tripod
Rollover Image  

          

Page Properties   [UP]

 

Window di atas akan muncul dengan mengklik Modify > Page Properties (Ctrl + J). Terdapat beberapa ruangan yang disediakan untuk kita tetapkan.

 

  1. Title - Letak nama laman web anda di sini.
  2. Background Image - Browse grafik untuk laman web anda (sekiranya ada).
  3. Background - Tetapkan warna laman web dengan meletakkan Kod Hex (spt #FFFFFF untuk warna putih) atau pilih warna di dalam template.
  4. Text - Tetapkan warna teks untuk laman web.
  5. Visited Links - Warna untuk jaringan (links) yang telah dilawat atau telah dilink.
  6. Links - Warna untuk teks yang dijadikan jaringan.
  7. Active Links - Warna semasa sesuatu teks jaringan diklik.
  8. Left Margin - Tetapkan jumlah piksel untuk pisahan sebelah kiri laman.
  9. Margin Width - Tetapkan jumlah piksel untuk kelebaran pisahan.
  10. Top Margin - Tetapkan jumlah piksel untuk pisahan sebelah atas laman.
  11. Margin Height - Tetapkan jumlah piksel untuk ketinggian pisahan.
  12. Document Encoding - Pilih bahasa encoding untuk karekter di laman web anda.
  13. Tracing Image - Letakkan fail grafik yg digunakan untuk melakar laman web anda.
  14. Image Transparency - Tetapkan kecerahan (opacity) Traced Image.
  15. Document Folder - Menunjukkan lokasi fail anda.

 

Site Organization  [UP]

Satu kebolehan Dreamweaver yang saya suka ialah fungsi Site Organization. Biasanya bila sesebuah laman web dibina ia akan mempunyai satu struktur (susunan fail dan direktori). Jadi, anda boleh meletakkan struktur laman web anda di dalam Dreamweaver.

Dengan menggunakan fungsi ini, anda telah memasukkan laman web tempatan (local) anda ke dalam Dreamweaver. Anda boleh menggunakan Dreamweaver untuk memindahkan laman web anda ke ke pelayan web menggunakan FTP.

Sila rujuk pada artikel "Pembikinan Laman Web: A - Z" untuk mengetahui cara menyusun direktori dan fail untuk sesebuah laman web.

Untuk membuka site baru:

Klik Site > New Site

Site Name: Masukkan nama laman web anda di ruangan ini.

Local Root Folder: Tetapkan direktori atau folder laman web di dalam komputer anda (tempatan). Klik pada ikon folder untuk mencari folder di mana laman web anda tersimpan.

Refresh Local File List Automatically menetapkan Dreamweaver supaya mengemaskinikan senarai fail di dalam direktori secara automatik apabila sesuatu fail baru ditambah atau dibuang.

HTTP Address: Letakkan URL laman web anda. Contoh: URL laman web Sifoo ialah http://www.sifoo.com

Cache: Pilihan ini untuk membuat cache tempatan (simpanan memori) untuk mempercepatkan jaringan dan dan tugas pengurusan site.
 

 

 

 

Pop-up Windows   [UP]

 

 

Bagaimana hendak membuat pop-window di dalam Dreamweaver?


Pertama sekali, buka satu fail baru. Kemudian, taipkan teks yang hendak dijadikan jaringan. Di dalam kotak Properties (Window > Properties) masukkan "#" di dalam bahagian Link (lihat imej di bawah).

 
   

Seterusnya pilih teks tersebut dan buka kotak Behavior (Window > Behavior). Klik pada ikon "+". Pilih behavior "Open Browser Window".
   

Satu window akan keluar (seperti di bawah). Di sini anda harus menetapkan pilihan untuk pop-up window anda.
  1. URL to Display: Pilih HTML fail anda yang lain atau laman web yg lain untuk dipaparkan di dalam poop-up window.
  2. Window Width / Window Height: Masukkan nilai piksel untuk kelebaran / ketinggian pop-up window anda.
  3. Attrributes: Pilihan ini menentukan ciri-ciri pelayar (browser) seperti toolbar, status bar, menu bar, scrollbar dan resize.
  4. Window Name: Beri nama kepada window baru tersebut.

Langkah-langkah di atas boleh diulangi dengan menggantikan teks dengan imej.

 

 

 

 

Rollover Image   [UP]

 

Rollover Image? Jika anda tak tahu bagaimana nak menggunakan Javascript, anda tak perlu risau untuk menghasilkan Rollover image.Di dalam Dreamweaver terdapat cara-cara untuk membuatnya. Kali ini saya akan tunjukkan salah satu daripada cara ini.

Pertama sekali, buka satu fail baru. Kemudian, klik pada
Insert > Rollover Image

Window di bawah akan muncul.

 

  1. Masukkanlah nama pada ruangan Image Name.
  2. Original Image: Browse imej yang akan dipaparkan di laman web anda.
  3. Rollover Image: Browse pula imej yang akan digantikan apabila kursor dilalukan di atas imej asal.
  4. When Clicked, Go To URL: Isikan dengan alamat jaringan apabila imej tersebut diklik.

Klik OK. Maka siaplah Rollover Image anda.

 

 

 

 

Layout Website Dalam Table   [UP]

 

Bagaimana hendak memecahkan grafik di dalam Photoshop dan masukkan ke dalam Dreamweaver? Tutorial kali ini menerangkan teknik menggunakan table untuk menyusun grafik di dalam Dreamweaver.

Buka grafik yang telah dibuat di dalam Photoshop. Gunakan Guide untuk menghasilkan garis-garis biru seperti gambarajah di atas.

  • Untuk menggunakan Guide, Ruler hendaklah diaktifkan dengan menekan Ctrl + R.
  • Kemudian, bawa cursor ke atas ruler sebelah kiri atau atas (lihat gambarajah di atas untuk melihat kedudukan ruler). Apabila cursor berada di atas ruler, klik dan jangan lepaskan butang tetikus, drag cursor hingga ke tempat yang sesuai.

Untuk contoh di atas, saya pecahkan grafik kepada 10 pecahan (2 column dan 5 row).

Kemudian, dengan menggunakan Marquee Tool, pilih(select) satu daripada pecahan tersebut dan salin (copy) dan tampal (paste) kepada fail yang baru (Ctrl +N). Ulang langkah ini sehingga anda mendapat 10 fail baru yang mana setiap satu mengandungi satu daripada 10 pecahan grafik tersebut (mengikut garisan biru yang dihasilkan). Simpan (save) kesemua fail tersebut.

Langkah seterusnya, buka Dreamweaver dan Insert Table (Ctrl + Alt + T). Ketetapan Table mengikut gambarajah di bawah ini. Pastikan Border, Cell Padding dan Cell Spacing adalah 0.

 

Lihat gambarajah di atas, begitulah table yang telah dihasilkan. Table tersebut mengandungi 2 column 5 row, cukup untuk mengisi jumlah grafik yang telah kita pecahkan pada awalnya di dalam Photoshop.

Di dalam setiap sel table tersebut, susunlah fail imej yang telah disimpan sebelum ini mengikut kedudukanya yang betul. Buat sehingga setiap sel di dalam table itu penuh. Maka hasilnya adalah seperti di bawah. Grafik yang telah dipecahkan telah bercantum dengan menggunakan table di dalam Dreamweaver.

Anda boleh menetapkan mana-mana daripada pecahan imej tersebut untuk dijadikan jaringan.

 

 

 

Membuat Jaringan (Hyperlink)   [UP]

 

Kali ini, mari belajar cara untuk membuat jaringan (link) di dalam Dreamweaver.

Mula sekali, taiplah perkataan yang sesuai seperti di atas. Kenalpasti perkataan mana yang hendak dijadikan jaringan. Untuk contoh di atas saya memilih perkataan Klik sini untuk dijadikan jaringan.

 

Window Properties

Klik pada Window > Properties (Ctrl + F3) untuk buka window di atas. Taipkan perkataan link.html di dalam ruangan Link ataupun browse fail tempatan menggunakan ikon di sebelah kanan ruangan teks Link.

Langkah ini boleh digunakan juga untuk membuat jaringan kepada imej. Pilih imej dan di dalam Window Properties tetapkan jaringan untuk imej tersebut di ruangan Link.

 

 

 

FTP ke Geocities & Tripod   [UP]

 

Buka Site > New Site. Isikan butir-butir mengenai laman web anda di ruangan yang disediakan untuk Local Info.

Kemudian, klik Remote Info untuk mengisi butiran mengenai FTP. Lihat imej di bawah.

Sila tetapkan pilihan Access: FTP
Untuk Geocities.com
1. FTP Host: ftp.geocities.com
2. Host Directory: tak perlu isi pun tak mengapa
3. Login: Username akaun Geocities anda
4. Password: Password akaun Geocities anda.

Untuk Tripod.com
1. FTP Host: ftp.tripod.com
2. Host Directory: tak perlu isi pun tak mengapa
3. Login: Username akaun Tripod anda
4. Password: Password akaun Tripod anda.

*Untuk host yang lain sila pastikan samada mereka memberi akses untuk FTP atau tidak. Jika ada maka caranya adalah sama seperti di atas.

Kemudian, klik Site > Open Site > "Nama Site Anda". Untuk membuat sambungan FTP ke server anda, klik Site > Connect. Setelah sambungan berjaya, pindahkan fail-fail HTML dan grafik dengan hanya "drag and drop".
 

 

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright 2000-2001 Mz@ @rt & Dʧgn.cm. All Right Reserved  

Designed By Mz@ Th LgD

Webmaster