Dalam Laman Ini ... Terdapat Beberapa Cerita Lawak Sama Ada Ianya Dipetik Daripada Sumbangan Rakan-Rakan atau Nukilan Saya Sendiri. Diharap Cerita-Cerita Tersebut Dapat Menghiburkan Anda Semua.

Sila Klik Pada Menu Kisah Di Bawah.

| Kisah 1 | Kisah 2 | Kisah 3 | Kisah 4 | Kisah 5 | Kisah 6 | Kisah 7 | Kisah 8 | Kisah 9 | Kisah 10 |

| Kisah 11 | Kisah 12 | Kisah 13 | Kisah 14 | Kisah 15 | Kisah 16 | Kisah 17 | Kisah 18 | Kisah 19 | Kisah 20 |

| Kisah 21 | Kisah 22 | Kisah 23 | Kisah 24 | Kisah 25 | Kisah 26 | Kisah 27 | Kisah 28 | Kisah 29 | Kisah 30 |

 

               Kisah 1

Atas

ANAK KEMBAR

Date: Mon, 18 Jun 2001 16:23:08 +0800

4 org ayah sedang menuggu di bilik menunggu hospital, sementara 
isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

kemudian keluar nurse dan memberitahu ayah yang pertama "tahniah 
kamu
sekarang,telah menjadi ayah kepada kembar dua"
"mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. "saya bekerja kat KLCC".

Kemudian keluar pula nurse yg lain dan memberitahu ayah 
kedua,"Tahniah!,
anda mendapat anak kembar tiga"
"Woou!!mungkin kebetulan" kata ayah kedua. "saya bekerja di 3M 
Corperation".

keluar pula nurse lain dan memberitahu ayah ketiga"Congratulation!, 
isteri
anda dapt kembar empat".
"Alhamdulillah,mungkin juga satu kebetulan!. saya bekerja dekat
carrefour".kata ayah ketiga.

Pada masa ini ayah keempat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.
Kesemua ayah yang sedang menuggu itu bertanya "kenapa risau sangat?"

Jawab ayah yg keempat "Saya..............saya bekerja di 
Seven-eleven!!!"...
hihihi!!

ps: moral.. banyak anak murah rezeki...

 

 

 

               Kisah 2

Atas

 

TIANG BENDERA

 

Tiang Bendera
Seorang bapa menyuruh anaknya segera pergi tambat lembu. Anaknya enggan kerana hari masih terik.
Pak: Awang pi lekaih.
Awg: Sat la pak
Pak: Piiiiiii aku tampaq satgi..
Awang pun pergilah. Tapi dalam hati merungut apasal bapa sangat marah. Lepas tambat lembu dia pun balik.
Tiba tiba:
Pak: Makhang...telaga dalamnya
Mak:Pakhang...ukoq ka...
Pak: Makhang macam lalang kerin
Mak:Pakhang macam tiang bendera
Seketika kemudian.
Pak: Hang tambat kat mana?
Awg: Tiang bendera pak!!
Pak: Nak makan apa situ?
Awg: Lalang kering
Pak: Menatang budak niiiiiii..
Pak ligan Awang pun cabut
D'N
*ikut loghat Kedah 

 

 

 

               Kisah 3

Atas

 

HADIAH HARIJADI

 

Hasan Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk
temankan dia shopping kat Sogo. Oleh kerana Hasan Jendul dan Mek
Ayu baru dua bulan berkawan jadi si Hasan Jendul membuat keputusan
untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya
taklah nampak dia beriya-iya sangat. Adik sepupu Hasan pulak pegi
beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru sebab ada sale
hari tu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar
kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik Hasan
Jendul! Selepas membayar Hasan Jendul pun terus pergi kaunter
hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia
balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya
bersama hadiah yang dah tersilap tu.

(Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie);
Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab pasal adik sepupu San, San dah nak
beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat. Tapi San
tengok adik sepupu San pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak.
San pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu
tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San
suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je.
Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San rasa memang sesuai
dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San. San harap
Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie. Salam sayang untuk kekasihku,Mek Ayu.

Yang amat menyintai dan menyayangi dirimumu,
Hasan Jendul

P/S : Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.

So guys, plizz take note ....
#1 Jangan tergesa-gesa kalau buat apa-apa tu. Biar lambat asal.... selamattttt !!!! :)))
#2 To handle yourself, use your head, to handle others, use your
heart .... ALWIZZ REMEMBA THAT !!!

 

 

               Kisah 4

Atas

 

TELUR MASIN

Cerita ini berlaku dalam tahun 1997 di bandar Kuala Terengganu.
Dipendekkan cerita... datanglah dua orang lelaki mat salleh (seorang berkulit putih
dan seorang lagi negro)ke bandar Kuala Terengganu untuk menikmati keindahan negeri Terengganu
sempena dengan Tahun Melawat Terengganu 1997. Setelah tiga hari mereka
berada di Kuala Terengganu mereka pergi ke Pasar Kedai Payang untuk membeli telur untuk makan 
tengahari. 
Di Pasar Kedai Payang...
mat saleh : i want to by an eggs...
penjual : mender?? (apa?)
mat saleh : eggs...eggs...i want eggs..
penjual : nok mender?? mak cik dok fahang nih..
mat saleh : egggsss....eggsss... 
penjual : mak cik katerr dok fahang...dok fahang ahh..

Oleh kerana terlalu berang dengan mak cik (penjual) 
yang tidak faham english maka, mat saleh (kulit putih)
telah menunjukkan 'telurnya' kepada mak cik tadi..

penjual : ooo..kabo lah nak beli telurr...

Mak Cik itu pun bagi lerr telur kat mat saleh dua owanng tadik.
Oleh kerana terlalu lapar dan terlalu berang dengan peristiwa di Pasar
Kedai Payang tadik...maka mat saleh dua owang tu pun makan dengan banyaknya
tengahari tu. Nak dijadikan cerita..telur yang mereka beli tadik punn habiss
dan mat saleh (kulit putih) pun menyuruh negro pulak pegi beli telur kerana
dia dah tak sanggup lagi nak mengahadapi mak cik tadi. Maka dengan berat hati
negro tu pun pergilah beli telur kat Pasar Kedai Payang ngan mak cik tadi.

negro : i want to buy an eggs...eggs..
penjual : menda?? menda?? nak beli menda??
negro : eggs...egss...eggsssss...

Tiba-tiba negro tu pun teringat lerrr masa dia ngan kawan dia beli telur tadik.
Dengan penuh yakin dan 'konfidennya' negro tersebut menunjukkan 'telurnya' kepada 
mak cik penjual telur.

Maka dengan penuh yakin dan 'konfidennya' juga mak cik penjual telur tu pun
memberikan telur masin kepada negro tersebut. Apa lagi... tergezut beruklah negro tadik
kerana telur yang dibelinya tidak sama dengan telur yang dia dan kawan dia beli tadi....
muakakakakakaka... 

 

 

               Kisah 5

Atas

 

TELUR GAJAH

 

Arakian suatu hari,tersebutlah kisah mengenai Tuan John yang berada di negara India...Tuan John merupakan seorang penjelajah yg sentiasa kesana kemari,dalam mengumpulkan harta kekayaan...
Semasa berada di India,ketika kapalnya berlabuh di pelabuhan,Tuan John ternampak sebiji buah kelapa sedang terapung-apung di tepi kapalnya,lalu Ia bertanya kepada budak suruhannya..
"Wahai Syam,apakah gerangannya buah yang terapung-apung di atas air itu? '"Oh itu tuan...itu adalah telur gajah tuan..."
"Ia kah?..."Ia tuan...kalau tuan mahu saya boleh ambilkan,dan tuan boleh Eramkan telur itu tuan..."Baiklah,kalau begitu,ambilkan aku telur gajah itu...
Tuan Johan sgt suka hati kerana mendapat buah kelapa yang disangkanya telur gajah itu...ketika sudah mandi,Tuan John yang hanya memakai Kain sarung telah meletakkan buah kelapa itu didalam 
kainnya...Ketika Tuan John asyik dgn buah kelapa itu,Ani(orang gajinya) ternampak dan bertanya kepada Tuan John..."Apa yg tuan buat itu?..."Oh,saya sedang mengeramkan telur gajah yg saya jumpa 
dipelabuhan tadi..."ia kah tuan?...Ya! "Boleh kah saya tengok telur gajah itu tuan? tanya ani lagi..."Boleh,tapi kau kenalah merasa nya didalam kain saya ini..."Baiklah tuan...
Ani pun memasukkan tangannya didalam kain sarung Tuan John..."Oh tuan,telurnya sudah menetas tuan!...saya sudah dapat rasa belalainya tuan..KERAS!..Eh..eh Tuan...ada dua telur la tuan,tapi tak palah tuan
saya rasa mungkin anak kembar tuan..."Tuan John tersipu2,sementara Ani merasa seronok kerana dapat merasa sendiri telyr gajah yg baru menetas..Sekian..Wal Hikayat.... 


 

               Kisah 6

Atas

IMAM BARU

Ada seorang pemuda yang bermusafir. Pada suatu hari beliau tiba disebuah kampung pada ketika samar-samar senja. Ketika itu waktu Maghrib hampir tiba. 

Beliau mengambil keputusan untuk singgah si surau dikampung tersebut untuk menunaikan solat Maghrib. disurau terdapat beberapa jemaah sedang menunggu untuk menunaikan solat. Si pemuda ini pun terus menukar pakaian dan mengambil wuduk dan seterusnya menyertai para jemaah untuk solat.

Setelah beberapa ketika sipemuda ini pun berkata "Bukankah dah masuk waktu ni... kenapa kita masih belum solat?"

"Kita sedang menunggu Imam" sahut salah seorang jemaah.

Setelah beberapa minit menunggu dan si Imam tidak juga muncul, ketika ini sipemuda pun berkata "waktu dah nak habis, eloklah kita solat dulu".

Para jemaah bersetuju dan bersepakat untuk mmemilih sipemuda itu menjadi imam.

Sebenarnya itulah kali pertama pemuda itu mengimamkan sesuatu solat, namun dek kerana segan, dia tidak beritahu jemaah lain.

Beliau pun terus mengambil tempat imam dan memulakan solat. "Allah Hu Akbar", beliau memulakan takbiratulikhram dan diikuti oleh para makmum. Selepas itu beliau terus membaca doa iftitah.

Kemudian, dengan suara nyaring belaui terus membaca,"Bismillahhirahmanirahim. Waddhuha. Wallai...". Tiba-tiba kedengaran makmum dibelakang menyahut'"Subhanallah!". Beliau terus berhenti membaca dan berkat dalam hati," Mungkin bacaan aku tidak betul."
Kemudian beliau berdehem sambil membetulkan anak tekak dan memulakan sekali lagi,"Bismillahirahmanirahim. Waaadhuuhaa. Wall...." Sekali lagi kedengaran makmum menyahut "Subhanallah." 
Beliau terus berhenti membaca dan berkata dalam hati lagi."Apa lagi yang salah? Mungkin aku perlu nipiskan lagi sebutan agaknya. Prihatin betul jemaah disini."

Beliau kemudian memulakan sekali lagi dengan membaca,"Bismillahirahmanirahim. Waaaaadddhuuuuhaaaa. Wallai..." 
"Subhanallah!", sekali lagi makmum menyahut.

Olahkerana tidak berpuashati, sipemuda terus berpusing dan mengadap makmum dan berkata,"Kenapa! Apa salahnya. Apa yang tak betulnya?.

Makmum pula serentak menjawab,"Fatihahnya mana!" 

 

 

               Kisah 7

Atas

BABI & KAWAN

pade zaman dulu, ade seko babi. die ade sorang kawan baik(manusia) yang bernama keter...

pd 1 ari,babi itu meminta rakannya melukis gambarnya.keter pon menggunakan segala kekreatifan yang ada padanye utk. melukis gambar kawannye itu....

apabila lukisan itu siap,keter menyerahkan lukisan itu kpd babi itu. selepas memerhati lukisan tu,dengan sepantas kilat sang babi itu manampau keter sambil berkata,"lagi sekali ko lukis gambar aku macam babi, aku bunuh ko". 

 

 

               Kisah 8

Atas

 

SEJARAH TUAN PUTERI

 

Tersebutlah satu kisah di zaman silam, sezaman dengan Zaman Kesultanan Melaka. Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh drpd negeri Melaka & mungkin akan ditawan oleh Melaka. Negeri itu adalah Negeri Kemdoyong di bawah pemerintahan Sultan Azlan ibnu Arshad Shah.Sultan Azlan amat risau, akan keselamatan
negeri beliau akan serangan negeri Melaka terhadap negeri Kemdoyong. Baginda risau, risau serisau-risaunya.
Baginda tidak mempunyai bala tentera yang kuat, malah tombak & keris pun diimport daripada Melaka. Malah Laman web parlimen baginda pun sering diceroboh. Akan tetapi, Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan,Muka bujur sirih, bibir bak seludang,memang terpikat semua lelaki memandang,termasuklah lelaki yang dah ada 8 orang anak pun terpikat dengan kecantikan puteri Baginda iaitu Puteri Azalina. Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu dengan megadakan pertandingan 
untuk mencungkil bakat pahlawan tempatan.Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri azalina. 
Berita tentang pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka, Siam dan Sulawesi. Maka pertandingan itu pun bermula,ramai rakyat tempatan yang bertanding,tidak kurang pula dengan peserta drpd negera luar. Ada juga peserta daripada negeri Melaka seperti Hang Jebat, Lekir, Kasturi, Lekiu turut bertanding. 
Ketika mereka siap sedia, tiba2 seorang tua datang membisikkan sesuatu kepada semua peserta secara bergilir gilir. Dan tiba-tiba kesemua peserta menarik diri daripada pertandingan, walaupun 
dihadiahkan Puteri Azalina yang cantik rupawan itu.Maka Sultan pun hairan dan risau lalu menyuruh Temenggung untuk 
menyiasat akan sebab sebab mengapa mereka menarik diri. 
Temenggung pun menyiasat, & ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Azlan 
Temenggung: Ampun Tuanku beribu ribu ampun, 

Sultan : Ya, temenggung, apa kah khabar berita itu. 

Temenggung: Peserta menarik diri kerana sebab musabab yang sama tuanku, mereka tidak lagi berminat dengan Puteri Tuanku 

Sultan : apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup rupawan. 

Temenggung: Orang tua itu telah mengkhabarkan mereka bahawa puteri tuanku adalah... 

Sultan : Adalah apa???? Teruskan!!!!! 

Temenggung: PUTERI UMNO tuanku... 

 

 

               Kisah 9

Atas

 

SALAH RENDAM

 

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah mengunjungi bapa saudaranya yang
juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk memperolehi sedikit petua.
Pemuda : Pakcik, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Apakah nasihat pakcik untuk saya menghadapai malam pertama?
Pakcik : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang pasti tidak akan dilupakan oleh isteri kamu.
Pemuda : Bagaimana caranya?
Pakcik : Begini, kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan
membuatkan isteri kamu menjerit sepanjang malam pertama. Caranya sangat
mudah.
Pemuda : Bagaimana?
Pakcik : Begini.. kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam
air teh setiap malam sehingga malam pertama.
Pemuda : Kalau begini mudah, sudah pasti saya akan menjadi hero nanti...

Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang disuruh oleh
pakciknya. Setiap malam dia merendam alat kelaminnya dalam segelas air
teh.
Pada malam pertamanya, pakciknya juga berada dirumahnya. Tiba-tiba
isterinya menjerit kuat. Pakciknya mula terfikir akan kehebatan petua yang
diberinya. Pintu bilik terbuka dan pemuda tersebut keluar dari biliknya
dengan muka yang sedih sambil menghampiri pakciknya

Pakcik : Kenapa begitu cepat?
Pemuda : Saya punya memang panjang tapi kenapa hanya sebesar pensil?
Pakcik : Kamu sudah mengikut petua yang pakcik beri?
Pemuda : Sudah. Setiap malam saya merendam saya punya dalam segelas teh.
Pakcik : Teh apa?

Pemuda : Mustika Ratu - Slimming Tea

 

 

               Kisah 10

Atas

 

TELUR REBUS

 

Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru
berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak.Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus
lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa
amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahanler...Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb..aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi
kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya...peh lak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, jadik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan
jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. 

 

 

               Kisah 11

Atas

 

KISAH MENGARUT

 

suhu pada pagi itu -8 k.aku terpaksa memakai baju sejuk 8 lapis.rumah aku sudah kelihatan macam peti sejuk la.air paip pun dah beku.dengan penuh marahnya aku terus keluar ke rumah untuk ke kedai salim membeli sayur dan rojak buah.sedang aku berjalan seorang makcik tua datang ke arah aku secara tiba tiba.aku mula rasa seram.tanpa berfikir panjang aku terus menendang kepala makcik tu sampai terkoyak leher dia.makcik tu terus lari ketakutan.aku terus bergegas ke kedai salim.sampai saja di sana aku terus membeli sayur dan rojak.
tak pasal pasal pulak salim taknak jual kat aku.aku geram dan terus memberontak.aku mengikat salim kat tiang telefon .
salim mula menjerit ketakutan dan menangis.aku dengan ganasnya melempang perut salim lapan kali.salim terus menangis namun aku tetap tabah melempang dan menggigit perutnya.pusat dan tulang belakangnya patah.aku terkejut.salim pun terkejut.pada masa itu raju kawan salim tiba disitu.raju pun terkejut juga melihat apa yang berlaku.
lantas aku melarikan diri .setelah melepaskan salim dari ikatan, raju dan salim mengejar aku.aku lari ke tengah jalan.diorang pun nak ikut jugak.tiba tiba semua kereta berhenti dan mengejar aku,salim dan raju kerana mengganggu ketenteraman jalanraya.masalah makin besar,pihak berkuasa mula campur tangan.tak boleh tengok orang senang sikit,
mereka menghantar FRU dan pasukan elite khas berserta kenderaan perang dan helikopter untuk mengejar kami.raju geram dan hilang akal lalu mencampakkan batu bertubi tubi ke arah helikopter yang kejar kami.tanpa kesedaran dia mencampak salim ke helikopter itu.helikopter itu meletup bersama salim.melihat letupan itu,semua orang berhanti mengejar kami kerana penat dan tahu kami sukar nak dikalahkan,..tapi
aku dan raju masih meneruskan pergaduhan walaupun salim telah mati.setelah lapan jam bertarung kami penat,selepas itu raju dan aku pun bermaaf maafan.kami kemudiannya hidup gembira bersama sehingga keakhir hayat. 

 

 

               Kisah 12

Atas

 

KEPALA TERSANGKUT

 

Dulu sebelum aku beli kereta, aku selalu naik bas berulang alik ke
tempat kerja. Pegi dah le awal, jam 6.30 aku dah mesti ada dalam
bas, kalau tidak, alamatnya sampai lambat le kat opis. Dah pasti le
mengantuk kan...Dalam bas, mesti tak lepas punya dari tido.
Satu hari tu, masa balik dari kerja macam biasa le, aku pun tido le
dalam bas. Bas tu, pesen tingkap nya ada palang tengah-tengah. Aku
kalau naik bas kat Pudu Raya tu, dah sah le tido tepi tingkap, lagi
pun kepala boleh sandar kat tingkap. Lena, jangan cakap le, sebab
perjalanan dari tempat ke ke tempat tinggal aku ada le sejam. Silap-
silap berdengkur pun boleh. Agak nya punya le aku lena, sampai
kepala aku boleh keluar dari tingkap. Bila aku tersedar, aku 
cuba nak angkat kepala, tapi tak boleh. Yang herannya, kepala
aku boleh tersangkut kat bawah palang tingkap. Aku pun control
cun le, tarik kepala perlahan-lahan dan sambung tido balik di
kerusi. Dah le tu, pasti aku jadi bahan gelak sebab bas tu dah semestinya singgah banyak 
bus-stop. Bayangkan le, muka-muka kat bus-stop tu dah pasti le gelakkan aku. 

 

 

               Kisah 13

Atas

 

KISAH MENGARUT 2

 

jam menunjukkan pukul lapan pagi.habisss..aku terlambat ke sekolah.aku terus masuk kebilik air.aku gosok gigi dengan ganasnya.tiba tiba berus gigi itu terbenam di kerongkong.aku gelak kesakitan.tanpa mandi aku terus pakai baju sekolah dan turun untuk bersarapan.tapi sarapan dah habis dimakan oleh seorang cicak.aku memarahi mereka dengan bernafsu.cicak itu mula mengalirkan air mata dan berasa insaf.kami berpelukan selama beberapa minit.
aku naik basikal ke sekolah.dengan kelajuan 150km/j,aku sampai ke sekolah jua.sememangnya aku terlambat.semua orang dah mula belajar.pagar pun dah kunci.jadi aku terpaksa panjat pagar sekolah.tiba tiba aku tersilap langkah lalu perut aku tertikam dipagar.tapi aku cepat cepat melangkah untuk masuk ke kelas.tanpa disedari,guru besar mengintip aku.
aku masuk ke kelas.cikgu ramlah terus membelasah aku dengan penyapu dan meja.selepas itu aku duduk terus untuk belajar..
hampeh ,aku lupa bawak beg sekolah.sekali lagi aku dibelasah.kali ni cigu ramlah dengan satu kelas belasah aku dengan riangnya.tangan aku putus,pusat aku patah riuk,gigi aku terkoyak sikit.melihat keadaan aku yang sadis,mereka meminta maaf dan mula melayan aku dengan baik.
tiba tiba aku dipanggil guru besar.ini mesti pasal datang lambat.aku mula ke bilik guru besar di tingkat 8.baru selangkah aku masuk biliknya,dia terus mengikat aku dan menggigit kuku dan dahi aku.aku menjerit.dia pun menjerit juga.tiba tiba aku dapat kuasa khas.aku terlepas dari ikatan dan ikat dia balik.lepas tu aku campak dia ke bawah.dia telah mati akhirnya.mayatnya lepas itu dikerumuni dan dimakan cicak dan lipan.semua orang tengok kejadian itu dengan hati terbuka.aku yang masih geram terus balik ke rumah.
dalam perjalanan tibatiba seorang lipan melempang tulang belakangku.apasal la pulak dia ni.aku yang tengah geram ni pun lantas menyerang lipan angkuh itu.dia mengkarate bulu mata aku.aku jerit kesakitan.dia gelak keriangan.aku dengan buasnya menggigit kerongkongnya.at last mati juga dia.
kemudian dengan gayanya aku beredar.
sampai juga ku ke rumah.aku terus mandi dan tidur sambil menanti hari esok.
DARI SANURI.. 

 

 

               Kisah 14

Atas

 

LAWAN KENTUT

 

Citer nyer can nie...peristiwa nie terjadi mase aku kecik ler mase tu umo aku kalau ditambah tolak bahagi punca kuase dua dlm lingkungan 10 tahun...aku nie dok kat johor..so ader ler sekolah agama..aku selalu pi sekolah naik kaki jerr ngan mamber kamcing aku sorang lagik...ader ler satu ari tu kan punyer ler aku ngan member aku tu boring..mase tu kite org tengah jalan kaki nak balik dari sekolah agama...jalan jalan aku cakap kat member aku, oiii nal aku nak kentut lerr.. pas tu member aku pun cakap gakk... ehh aku pun samer nak kentut.. pas tu aku cakap ler jom lawan kentut.. member aku tu pun jomm jerr al maklum ler taim boring..tak tau nak buat aper..so lawan kentut ler..memula member aku kentut..ermm sebelum tu aku ader taruk syarat kalau nak kentut cuba paling banyak 3 kali jer..so member aku pun orait jerr..first sekali member aku kentut dulu..puttt..psss.. kali ketiga dia mengerang nak kuat kan kentut dia sekali keluo mak iii macam bom skuad USA..kedepottttt...a!
ku punyer nak gelak sekali aku terpandang..belakang naik merah muke aku..punyer ler tak perasan ader 3 budak perempuan kat belakang kite org jalan rupernyer..bergelak sakan dia org.. aku ngan member aku ape lagi bukak langkah 1000 1/2 lari lintang pukang..nasib baik ler aku tak sempat kentut...aku ngan member aku lari sambil ketawe bagai di tiup angin sambayu chewahh ...aje ke malu abiss..aku nengok muke member aku yg kentut tu merah abis...nasib baik ler aku tak sempat kentut..aku simpan jer kat umah kentut aku tu..selama 3 ari member aku tu digelar kentut nuklear.. so sekarang member aku tu belajo kat poli pahang dan aku kat kolej..biler jer dia balik sekali bukak cete tu memang ketawe nyer tak ilang..ekekekekek lawak tak..miahahah so aku nasihat kan ko org yg nak lawan kentut tu perhatikan di sekeliling anda pasti kan tiada org di sekeliling anda sekiah ..wasalam...adios...nukilan..mortal kombat..

 

 

               Kisah 15

Atas

 

BLUES CINTA MERAPU

 

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor,kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. 
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi fungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber- set.Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai sembilu. 
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT- 1ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang.
Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah. 
Mengapa?Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.Kini segalanya telah pun berakhir.
Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. 
Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?.. 

 

               Kisah 16

Atas

 

BLUES DALAM HIDUP KASIM

 

kasim tinggal di taman purtas.tiap pagi pukul 7 dia akan jual nadi lemak.nasi lemaknya memang laku dan habis dijual dgn periuk,sudu,bekasnya sekali.hinggalah pada satu pagi khamis yang sihat, kasin selema dan tak dapat nak jual nasi lemak.pelanggannya tunggu kasim di kedai dan semakin tak sabar.akhirnya mereka marah dan memberontak.tunjuk perasaan diadakan di hadapan rumah kasim.
kasim mula rasa geli dan seram dgn kelakuan mereka.mereka dengan rakusnya merosakkan dan membakar peti suratnya.apabila kasim tetap berdiam diri,mereka mula pecah masuk rumah kasim dan menggigit segala kerusi,karpet,tv,wayar telefon dan paip airnya.kasim melarikan diri ikut pintu belakang.dia berlari sekuat hati hingga selsemanya sembuh.kasim gumbira dan terharu dgn perbuatan itu.dia kemudian pegi ke padang permainan untuk bermain buaian.di situ jugaterdapat sekumpulan budak bermain.tetiba datang seorang anjing tampan mendekati mereka.pada mulanya anjing itu hanya nak bermanja dgn mereka tapi ada sorang budak yg dah terlalu takutlah agaknya tergigit kepala anjing itu tanpa kesedaran.
apalagi,anjing tu pun marah lalu kejar mereka beramai ramai.
budak tu mula melolong lolong macam orang gile.kasim benci dgn kebisingan yg menusuk kalbu itu mula bertindak.kasim mula berhadapan dgn anjing tu dan menempeleng anjing tu dgn sepenuh perasaan dan menghalaunya.anjing tu menangis teresk esak dan pegi dari situ dengan sayu dan haru.kasim bangga dgn tindakan kacaknya itu.dia rasa si patut menjadi penangkap anjing liar.malam tu jugak dia ke taiwan utara untuk ikuti kursus tangkap anjing liar dan anjing ketua kampung.setelah tamat kursus dia pulang dan terus membuka gerai snek tupai untuk mencari rezeki.

'Ini adalh pendapat para pembaca yg jujur,bernas dan straight
forward..'
`cerita ni memang drastik mule mule,penuh aksi terbang dan mengesot di lantai,tapi bila ending,teruk gile!baik tukar la cite ni.buat org sakit hati je`

penjual ubat gigi.
rustapa karim.
kuala lipas,kedah

`oiii!ape citer ni,ko bior betul!nak tulis biar elok sikit.nanti apa kata masyarakat.teruk betul la.tajuk pun,
100% jijik la...besok kalo tak puas hati..turun la..

penyangak
!

 

 

               Kisah 17

Atas

 

SAPA YANG KENTUT?

 

Oklah untuk memulakan ceriter kelakar aku nih aku nak bagi tau yg cerite nih cerite benar atau kisah benar
kalau nak antar kat ruang kisah benar pon buleh jugak 
macam nih benda nih berlaku mase aku kekecik dulu , mase tuh aku baru darjah tiga
mase kekecik dulu aku sememangnyer nakal sedikit...cikit jer tak banyak ... keh keh keh ...oklah cerita nyer macam nih
ader suatu hari tuh aku di sekolah petang tuh ..mase tuh ader kegiatan koku kat sekolah aku jadi aku ader bersame kawan kawan aku ader latihan permainnan petang tuh 
berlatih lari dalam guni....sedang aku berlatih tuh tiba tiba aku rase macam nak terkentut jer tapi aku buleh tahan lagi mase tuh ....
nak jadikan cerita mase wasktu abis latihan petang tuh aku menumpang kereta cikgu aku ...cikgu Zaiton kalau tak silap aku name dier..bukan aku sorang mase tuh 
ader dua lagi kawan aku dengan sorang lagi cikgu pompuan 
tengah tengah dalam perjalanan balik tuh tetiba aku rase macam nak terkentut lagi aku cuba tahan lagi..memula okey lagih tuh..pastuh datang lagi...aduhhhsss ni yg aku tak gemar nih ...aku pon mengambil keputusan untuk melepaskan juga angin pus pus aku tuh .....tapi aku ader care nak melepaskan nyer ...aku pun lepaskanlah perlahan lahan ....jadi baunyer mesti korang tahu bukan camner punyer wangi..he he ..pastu satu kereta pun apa lagi berbaulah ...aku pun pura pura ler tak tahu he he biasak argh kalo ko pun ko tanak ngaku ...aku pun buat buat lah tutup idung aku ..........cikgu aku pun tanyer saper yg melepaskan angin kencang tadi ...aku tak nak ngaku ....
pastu biler jer sampai kat rumah aku..aku pun nak keluar kereta lah ...tapi tetiba aku terkentut tanpa dirancang ..fuh kuat pulak tuh ..ttootootttttttttttt bunyik dier ..aku punyer ler segan aku sorang jer yg tau ....apalagi kene marah ler ngan cikgu aku sebab dier dah dapat tangkap yg memula tu aku yg kentut keh keh keh 

ok tak cerite aku mase kecik nih ?
keh keh keh !!

 

 

               Kisah 18

Atas

TERKENTUT PINTU

Cita ni berlaku masa aku kat opis. Bagi aku kelakar le, bukan apa...termalu sendiri. Hari tu, bos aku ada buat appointment. So, aku suruh le tetamu tu tunggu kat luar. Dia pun duduk sambil baca paper. Aku pun masuk le bilik bos aku, bagi tau yang tetamu tu tengah tunggu kat luar. Bos aku pun kata ok le, jemput dia masuk. Ntah cammana, aku pun pegi le ke pintu, ntah...perasaan apa ntah...aku pegi ketuk pintu tu, bukannya aku pegang tombol pintu. Tak tahu le kuat ke tidak...ada le dua kali kot aku ketuk pintu tu. Mak oi, malunya aku. Aku tak pandang belakang dah, tak tahu le bos aku dengar ke tak. Kalau dia dengar, mesti dia kata aku buang tabiat, hehehehe... Bos aku tu kira bos baru aku le, jadi aku tak kenal sangat dengan dia, dan aku pun baru gak kerja kat situ. Bukan saja ketuk pintu tu berlaku hari tu aje, tapi selang beberapa hari tu pun aku buat begitu gak, tak ke malu... 

 

 

               Kisah 19

Atas

 

PENCALONAN AKHIR MUZIK-MUZIK 2000

 

1. Kejoraku Bersatu Kita Teguh Bercerai
Kita Kahwin Lain.(Kumpulan Mencari).
2. Saya Anak Warga Jakarta.(Kumpulan
Sabun).
3. Aku Cinta Padamu-versi Indonesia
(Siti Nurhalinggam.)
4. Dalam Diam Aku Terbukak Puasa.(Kumpulan Setin.)
5. Sailormoon.(kanak-kanak tahun 3 Ciku).
6. Ultraman Tiga!(Siti Nurhalinggam 
berduet dengan Jamal Abdullaah.)
7. My Heart Attack Will Go On.
(Siti Nordiana Din-name glamernye,
Syiling Dion.)
8. Negaraku.(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.) 

 

 

               Kisah 20

Atas

 

DOA QUNUT

 

Dalam sebuah kampung, tinggal dua orang saudagar yang miskin dengan harta benda.Saudagar tersebut adalah Ujang dan Kudin.
Ujang adalah nama singkatan daripada Uban JANGgut, manakala Kudin nama singkatan daripada KUku alaDIN.Mereka telah berjanji untuk bersama-sama mencari pekerjaan untuk mencari rezeki.Akhirnya, Ketua Kampung, kampung Uku telah mengambil mereka sebagai pekerja.Ujang dan Kudin pun sangat gembira kerana mendapat pekerjaan yang amat lumayan.Ketua Kampung tersebut dikenali sebagai Tok Janggut.Tok Janggut telah memberitahu mereka bahawa gaji mereka dalam sehari ialah RM100.00 tunai.Ujang telah mendapat pekerjaan sebagai mengira bulu kambing manakala Kudin mendapat pekerjaan sebagai menunggu ayam jantan bertelur.
Walaupun begitu, mereka terpaksa bekerja untuk mencari rezeki.Akhirnya mereka telah dilepaskan oleh Tok Janggut sebab pekerjaan yang mereka lakukan itu tidak mendatangkan hasil.Mereka pun merantau kembali dengan rasa yang sedih dan hampa.
Pada malam Jumaat itu, mereka telah terserempak dengan orang kampung yang samseng-samseng.Salah seorang daripada mereka ialah Lamin."Hoi, orang miskin!Apa kau buat kat kampung aku ni, hah!!!" kata Lamin.Ujang pun berkata, "Kami berdua nak merantau cari rezeki". "Cari rezeki?Rezeki apa...?"kata seorang lagi daripada orang kampung yang samseng itu.Ujang dan Lamin pun berdiam diri saja.Orang samseng itu pun amat marah dengan mereka sebab pertanyaan yang mereka ajukan itu tidak di jawab.Lalu mereka pun memukul Ujang dan Lamin.
Ujang dan Lamin telah diselamatkan oleh seorang Tok Guru.Ujang pun menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Tok Guru itu.Lamin pun berkata, "Boleh tak Tok Guru ajar kami ni bersilat?" "Boleh dengan syarat, kamu tahu tak baca doa qunut?" kata Tok Guru itu. "Tahu, nak yang pendek ker panjang?" kata Ujang dan Lamin. "Semualah sekali!!!"kata Tok Guru itu pulak."Baiklah, kalau pendek bunyinya 'Qunut' kalau panjang bunyinya 'Quuuunuuutttt'....... 

 

 

               Kisah 21

Atas

 

CITER SERAM

 

Di dalam sebuah kampung tinggal dua orang yang bersahabat baik bernama Pok Lan dan Fauzi. Kedua-dua orang sahabat ini sangat rajin bekerja dari pagi hingga ke malam, dari malam hingga ke pagi.. 

Pada suatu hari terfikirlah Pok Lan untuk pergi bercuti sambil merehatkan fikirannya yang semakin lama semakin buntu dengan beban kerja yang dihadapinya. Maka pada malam itu berkatalah Pok Lan pada Fauzi.. " Zie! aku rasa dah sampailah masanya kita untuk bercuti, rehatkan fikiran... apa pendapat engkau?"

"Elok sangatlah tu... Kemana kita?" Jawab fauzi dengan bersungguh-sungguh. "Aku rasa baik kita pergi ke hutan... sambil melihat alam semulajadi, boleh gak kita cari-cari tempat untuk memancing..!" sambungnya lagi sambil memikirkan ketenangan yang akan mereka kecapi setelah berada di sana nanti.

Setelah mencapai kata sepakat maka pada hari minggu berikutnya bertolaklah mereka ke hutan untuk memenuhi hajat yang terpendam di hati mereka. Kira-kira matahari segalah di atas kepala, sampailah sudah mereka di pinggir hutan berhampiran dengan sebuah sungai yang agak lebar dan dalam airnya. Terus saja ia menyusuri sungai itu masuk ke dalam hutan.

Sekian lama berjalan, belum juga sampai ke tempat yang hendak ditujunya. "Dah lama sangat kita ni Lan!.. bila kita nak sampai?"tanya Fauzi yang mula curiga. "Sebenarnya aku pun kurang pasti gak tempat tu... tapi kalau tak silap aku ada satu tempat yang cantik dan ada air terjun disebelahnya. Itupun dulu aku ikut bersama bapak aku menjerat rusa, terjumpa tempat tu."Pok Lan pun mula tak sedap hati.

Hari hampir gelap,lalu mereka mengambil keputusan mendirikan khemah di suatu tempat yang agak lapang berhampiran situ. Setelah siap, mereka hidupkan unggun api dan memasak makanan untuk santapan malam itu. Kawasan hutan memang cepat gelap berbanding dengan di luar sana. 

Setelah menjamu selera mereka, bersandar Fauzi pada tiang khemah sambil menyalakan sebatang rokok. "Itulah engkau, kalau tak tahu kan baik cakap tak tahu aje!" Rungutnya pada Pok Lan. Jawapan bisu daripada Pok Lan kerana dia tahu memang itu salah dia. "Kalau macam inilah suasananya bercuti, pagi besok baik kita balik aje!" sambung Fauzi lagi.

"Yelah, yelahh..!" Jawab Pok Lan lalu terus masuk ke dalam khemah. "Tu la engkau, cakap sikit dah nak melenting."dengan bersahaja Fauzi sengaja meninggikan suara.

Tiba-tiba terdengar suatu suara mengilai yang sungguh kuat di atas pokok. "....Hiiii...hiii..hii....hhiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....!! Fauzi tersentak dan secara spontan mendongak ke atas lalu ternampaklah dia akan perempuan berpakaian putih, berambut panjang mengerbang, membelakangkannya sambil duduk berjuntaian kakinya di atas dahan pokok. Makhluk itu terus mengilai dengan kuat dan mendepa-depakan tangannya menampakkan kukunya yang panjang. Di tangan kirinya sedang memegang sebiji kepala monyet yang masih berlumuran darah sedang menitik-nitik ke bawah.

Fauzi menjadi kaku dan tidak dapat hendak bergerak dan mengeluarkan suaranya. terasa seperti di gam seluruh anggotanya pada tempat dimana dia bersandar.

Tanpa disangka, pontianak itu berpaling dan memakukan matanya pada Fauzi seperti memarahinya... matanya yang bulat dan gigi taring yang terkeluar daripada mulutnya menampakkan kesan darah segar daripada kepala monyet itu yang baru dihirupnya.

Pontianak itu terus mengilai dan memberikan senyuman yang mengerikan pada Fauzi yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu takut. Pontianak itu mencampakkan kepala monyet kebelakang dan terbang turun perlahan-lahan menghampiri Fauzi dengan tangannya yang menjulur ke depan seperti hendak mencekiknya.

Semakin dekat tangan pontianak itu menghampiri leher Fauzi untuk menembuskan kerongkongnya dengan jari-jari kuku yang panjang dan tajam itu dan ............."PANGGGGG!!"...... satu tamparan hinggap di pipi!..
"Kan mak dah cakap jangan mengarang cerita seram!!... dah! pergi tidur.... besok nak ke sekolah!" Nisa terus menutupkan buku dan pergi gosok gigi sebelum masuk tidur.

Ha..haha......

 

               Kisah 22

Atas

 

DI PAGI RAYA

 

suatu pagi hari raya yang hening lagi dingin tambahan pula semalam hari hujan.Kawanku Jamilah sedang sibuk menghidangkan ketupat untuk ayahnya yang tersayang sebagai lapik perut sebelum beliau pergi menunaikan solat Aidil Fitri.Jamilah membuka tudung periuk kari daging yang di masak ibunya semalam sebelum dia menyalakan api untuk memanaskan kari tersebut.

Setelah ketupat di potong maka di panggilkan ayah dan seluruh keluarganya untuk menjamah sedikit makanan sebelum pergi ke Masjid.Ayahnya mencecah ketupat pada seketul daging yang agak besar."Hai Milah awat hang boh seketoi daging macamni lekat kat rengkong naya orang Milah ooi""dak aih cek potong elok pun kelmarin ca tanya mak"Sambil iti ayah jamilah cupa menggigit daging yang ternyata liat tetapi manisnya agak luar biasa."Ih Milah ooi liat lain macam pula tu ca hang di potong lain bagi kecik"Lalu jamilah pun mengambil dan membasuh daging itu dari segala kuah kari yang membaluti daging itu .Takala daging itu bersih maka nampaklah oleh jamilah bahawa benda yang di sangka daging itu adalah SANG KODOK(KATAK)mungkin telah melompat masuk kedalam periuk kari daging tadi.... 

 

 

               Kisah 23

Atas

 

LEMBU PANDAI

 

Pada satu hari dua ekor lembu nak seberang Jambatan

Maka lembu pertama seberanglah tinggalkan kawan nya dibelakang maka nasib tak baik si lembu tu termasuk didalam lubang yang terdapat di jambatan tersebut.

Lembu kedua seberang tapi cuba teka adakah lembu kedua ini akan tertipu ...tidak apakah langkah pijak yang diambil oleh lembu tersebut ..Lembu sekarang educated Lembu tersebut berpatah balik lah kerana dia telah melihat kawannya telah patah kaki akibat daripada melintasi jambatan yang berlubang tersebut. 

 

 

               Kisah 24

Atas

 

CITER MERAPU

 

Seorang lelaki kaya telah dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan membunuh.Tetapi sebelum Tuan hakim tu menjatuhkan hukuman dia menyuruh lelaki tersebut membuat permintaan
" Apakah permintaan terakhir awak sebelum saya jatuhkan hukuman " tanya Tuan Hakim ,

" Saya inginkan hukuman yang ringan dan singkat " kata lelaki tersebut.

" Baiklah saya akan perkenankan "
Kau orang boleh agak tak apa hukuman yang Tuan Hakim tu beri...
Jawapannya bawah ni

 

 

               Kisah 25

Atas

 

KLCC

 

cerita ni aku tak tau le betoi ke tak betoinye tapi tiu le yang aku denga. kalau orang yang cerite kat aku tu bohong aku kire aku pun bohong gak le kat korang sume.

cite die cam gini. mase tu klcc baru aje di bukak. so takde le ramai sangat yang keje kat situ. tempat pun masih sunyi. kalau tengok sekali imbas memang menyeramkan. ini le yang terjadi kat seorang jaga yang bertugas kat situ mase shift malam.

denga cite. kisahnye berlaku pada malam jumaat. mase tu jaga tu tengah buat rondaan kat menare satu. sepatutnye die buat rondaan berdue tetapi nak di jadikan cite member die sakit perut pulak. nak ke tandas. so terpakse le die meronde sesorang diri. 

pade mulenye rondaan cam biase aje. takde mende-mende pelik belaku. naik le jaga tu dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga sampai ke tingkat yang teratas. bile dah puas ati yang takde ape yang belaku. jaga tu pun turun la balik ke post die kat bawak. die naik lif. cepat sikit. lagi pun die dah ngantuk. ingat boleh le tido sekejap.

lif pun turun le dari satu tingkat ke tingkat yang seterusnye. tibe-tibe sampai tingkat 33... lif tu berenti. pintu terbukak tapi takde orang pun yang masuk. jaga tu tak kesah le... lif tu turun kembali.

pade aras 24 lif berenti sekali lagi. kali ni ade orang yang masuk. orang tu seorang perempuan. usie lebih kurang 20-an. pakaian kebarung warne merah. jaga tu bertanye le kat pompuan tu samade die buat overtime ke atau buat ape??? pompuan tu hanye menganguk sahaje tanpe bercakap sepatah pun...

jaga tu berase sedikit aneh. die beralih ke depan pintu lif. lif pulak rasenye macam lambat aje nak sampai ke bawah. tibe-tibe jaga tu terbau bauan yang harum semerbak. bau die tak payah cite le harumnye. tak penah di bau oleh jaga tu sebelum ni. lame-kelamaan bau tu semakin harum dan memenuhi seluruh ruang lif.

jaga tu dah mule curiga. die dah mule piki mende-mende yang tak baik yang akan berlaku. dalam ati die dah mule nak ingat ayat-ayat suci yang pernag die ingat. tak lame lepas tu die terbau bauan yang lain pulak. bauan wangi tadi mule hilang sedikit demi sedikit dan di ganti pulak ngan bau yang membusuk sebusuk-busuknye... 

bau tu tak ubah seperti bau pekung dan bau bangkai tikus. malah kalau nak di bandingkan bau bangkai tikus lagi harum dari bau ni. jaga tu dah mule berpeluh. hati die dah mule rase takut. naik pucat muke die bile teringat kembali pompuan yang adek at belakangnye tu... cube-cube juga die jeling kebelakang tetapi takde ape yang die nampak. ayat hafazan yang cube di ingat dah kemane ilangnye... 

kerane terlampau takut yang mat sangat. jaga itu memberanikan diri dengan menoleh kebelakang. perlahan-lahan die menoleh sambil tanagan kemas memegan cota di pinggang. tak sanggup die nak melihat wajah yang bakal die saksikan. wajah yang mengerutu dan penuh ulat itu beserte gigi yang tajam dam kuku yng meruncing. bersedie untuk merobek urat lehernye nanti. segalenye terserah kepade Allah.

dalam mase jaga itu menoleh kearah perempuan tersebut, ape yang kelihatan pompuan tu menunduk ke lantai dan rambutnye menutup keseluruh wajahnye... lame juge pompua itu menunduk ke lantai dan bile mase pintu lif terbuke di tingkat bawah... pompuan itu mengangkat wajahnye dan terpampang le wajah yang masih cantik dan ayu seperti sebelum itu. bukan wajah yang hodoh dan penuh ulat.

jaga itu tergamam melihat perempuan tersebut. jantungnye masih berdegup kencang menanti ape yang bakal belaku... tibe-tibe perempuan itu menoleh ke arah jaga tersebut dan tersenyum manis sambil berkate... "sori ye bang... ihihi... saye terkentut kat dalam tu tadi..." kate perempuan itu sambil berlalu tanpe menoleh kembali. 

 

 

               Kisah 26

Atas

 

WAWANCARA

 

Oh , kali ni kita menemubual seorang sampah masyarakat yg paling kerap berulang ke lokap .Dia seorang yg paling bengis dan yg saya paling respek dia seorang yg amat manja...ikuti temubual ini. 

wawancara: Hi,brader

Max : Hi...apa engko,nak?

wawancara : saya nak mengenali diri awak yg kerap berulang ke lokap.

Max : Oh! kenapa nak Tau?

wawancara : Saya kan wartawan macho...

Max : nama saya hapiz(bukan nama sebenar)berumur 19 tahun(bukan tahun sebenar).

wawancara : Kenapa pulak nie semuanya bukan benda yg benar, pembohong laa hang nie. Citer la benda yg benar

Max: Punya pasai akulahh!!

wawancara : iuh! hang ni ganas noo!.Tapi kenapa hang ni manja ......????

Max : sebab aku.....sukakan seorang perempuan ..dulu aku tak macam nie...dulu aku tak hisap ganja ...

wawancara : ish! ruginya ko tak hisap ganja dulu..

Max : apsal plak....

wawancara : buleh aku rasa skit....

Max : ko ingatkan ganja tu rasa burger kee!!!rasa ganja tu macam strawberi uh! manja......

wawancara : Punya Temberang!! ko ingat aku sekolah tadika ke ko nak tipu aku.....dah lah aku dah bosan laaa layan ko nie buang masa dan minit jer..

Max : sapa suruh layan aku..... hang laaa silap, banyak artis nakkan publisiti ,hang layan aku ...Hang layan artis lagi baguih 

Berakhir lahh temubual yg tiada hasilnya . Mari kita menjawab soalan Bonus yg berharga Rm 120.00 

1)Hapiz(bukan nama sebenar) ialah seorang____________

2)Apakah rasa Ganja dalam petikan diatas ?

3)Apakah yg menyebabkan Max mengambil ganja?

A.Kerana perempuan

B.Kerana Mu Malaysia

C.Kerana Budi Ku jatuh hati

D)Kerana Mu Sephia 


Lengkap petikan ini. Saya suka menemual bual orang kerana...............(tidak lebih 500 patah perkataan)

sila hantar sebelum tarikh ini(5.5.01)

Cepat hantar !!Cepatlah Menang

 

 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm . All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster