Asas Penggunaan Adobe Illustrator

 

Belajar Menggunakan Pen Tool

Teks Mengikut Path

Blending Ubah Saiz & Lokasi Secara Automatik

                                   

Belajar Menggunakan Pen Tool    [UP]

 

Pada Palet Tool, klik pada Pen Tool seperti di sebelah.

 

 

Klik sekali pada ruangan kerja anda. Satu titik (anchor point) akan terhasil.
Klik sekali lagi (buatkan jarak) tanpa lepaskan butang tetikus anda. Sambil itu gerakkan tetikus anda. Lihat hasilnya. Satu garisan yg melengkung akan terhasil.

 

 

Klik untuk titik yg ketiga. Lihat hasilnya.
Cubalah bermain-main dgn Pen Tool sebanyak yg boleh bagi memahirkan diri dengan Tool ini.
   

Ketebalan garisan boleh disetkan di Window Stroke seperti di sebelah. Tukarkan pilihan weight mengikut kesukaan anda.
   

Lihat hasilnya.

 

Blending    [UP]

Buka satu file baru dan buatkan corak bulatan seperti di sebelah. Buat 2 bulatan (satu kecil dan satu besar dan lain warna).
   

 

Selepas itu, klik pada Object > Blend > Blend Options. WIndow seperti di atas akan muncul dan tetapkan Steps pada 5. Klik OK.

 
   

Klik semula pada Object > Blend > Make. Hasilnya seperti di sebelah. Selesai.
   

Untuk langkah yang seterusnya, kita akan buat transition melengkung. Ulang langkah yang pertama tadi - buat 2 bulatan kecil dan besar.

Kemudian, tekat Ctrl+Y (untuk melihat outline). Pilih Pen Tool klik titik pertama di tengah bulatan kecil dan titik kedua di tengah bulatan besar. Jangan lepaskan pilihan (selection), drag kursor untuk membuat satu lengkungan seperti di sebelah.

   

Selepas itu, klik pada Object > Blend > Blend Options. WIndow seperti di atas akan muncul dan tetapkan Steps pada 5. Klik OK.
   

Klik semula pada Object > Blend > Make. Hasilnya seperti di sebelah. Selesai.

 

 

 

Teks Mengikut Path    [UP]

 

Pada Palet Tool, klik pada Pen Tool: . Kemudian, buatkan satu lengkungan mengikut citarasa anda. Untuk contoh ini, lengkungan seperti di sebelah dihasilkan.
   

 

Klik pada butang ini: . Kemudian, klik pada path (lengkungan) yang telah dihasilkan sebentar tadi. Taipkan tulisan. Tulisan yang ditaip akan mengikut lengkungan tadi.

 

 

 

 

Ubah Saiz & Lokasi Secara Automatik    [UP]

 

Buka satu file baru dan buatkan corak segiempat (tidak terlalu besar).

 

 

Kemudian, klik pada Object > Transform > Transform Each (Ctrl + Alt + D). Tetapkan pilihan seperti di atas. Jangan klik butang OK tetapi klik butang Copy.

 

 

Hasilnya, satu duplikasi corak segiempat yg asal akan muncul. Untuk menghasilkan corak seperti di sebelah, anda hanya perlu tekan Ctrl+D. Pastikan anda berbuat demikian selepas sahaja anda menekan butang Copy tadi.

 

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm. All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster