.:: IRC ::.

 

Internet Relay Chat

 

Komentar Penulis

    Tujuan saya mengadakan ruangan ini ialah sebagai memenuhi permintaan beberapa orang kawan yang meminta saya mengajarkan semua commands IRC dan apa jua benda yang saya tahu berkaitan dengan IRC. Oleh itu saya berhasrat ruangan yang saya adakan ini dapat memberi manfaat dan maklumat berguna kepada semua, tanpa menyalahgunakan pengetahuan tersebut. Penerangan menerusi webpage adalah lebih mudah berbanding dengan penerangan dalam IRC. PERHATIAN! Semua yang saya letak di sini ialah pengetahuan yang saya dapat dengan cara membaca help file, homepage, bertanya kepada mereka yang lebih tahu, dan pengalaman berIRC. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan maklumat, sila maafkan saya dan inform saya dengan segera supaya dapat diperbetulkan. Selamat belajar. 


Al-Kisah IRC  
    IRC atau Internet Relay Chat dimulakan penggunaannya oleh Jarkko Oikarinen yang bekerja di University of Oulu, Finland pada tahun 1988. Ianya direka sebagai variasi ‘multiuser’ dalam kemudahan ‘chat’ Unix. Program perbualan Unix yang asal hanya membenarkan dua pengguna menaipkan mesej kepada satu sama lain. Versi baru yang dicipta oleh Oikarinen ini membenarkan banyak pengguna memasuki satu pelayan (server) dan berbual sesama mereka. Server yang pertama didirikan di Oulu. Pada penghujung tahun 1988, IRC telah mewujudkan mIRC. Dengan kata lain, ianya ialah sebuah perisian yang dicipta oleh Khaled Mardam-Bey (untuk maklumat yang lebih lanjut tentangnya, lawatilah homepage beliau di alamat www.mirc.co.uk/khaled/ Untuk berbual melalui IRC, mIRC ialah salah satu program yang paling elegan dan versatil yang boleh didapati. Ianya mudah digunakan dan disertakan dengan sokongan yang baik. Anda boleh mendapatkannya di tucows.cdc.com.my. Jika anda belum pernah berbual melalui IRC, luangkan masa untuk membaca fail ‘HELP’ yang didatangkan dalam halaman mIRC dan juga program itu sendiri. Anda juga tidak perlu meletakkan nama sebenar anda dan alamat surat elektronik (email) anda jika anda tidak mahu. Ianya tidak pernah menjadi satu kesalahan! Setelah anda bersedia, sambungkan program baru anda ini ke Internet. Pilih server yang anda mahukan dengan menekan File, SetUp, IRC server. Anda akan mendapati terdapat banyak server IRC untuk dipilih. Selalunya, memilih server yang berhampiran dengan anda adalah lebih baik kerana ianya lebih cepat dan kurang masalah untuk memasukinya.Untuk informasi yang lengkap, lawati homepage Undernet di alamat www.undernet.org dan homepage Dalnet di alamat www.dal.net Mula-mula, anda harus biasakan diri dengan beberapa helah IRC di tempat yang tiada siapa dapat melihat kesilapan yang anda lakukan dan anda tidak akan mengganggu pengguna-pengguna lain. Caranya ; sambungkan ke mana-mana server dan klik pada Commands, Join Channel dan taipkan #(nama anda) ke dalam kotak yang disediakan. Anda akan memasuki satu ruangan dengan nama anda di tepi bahagian kanan , @(nama anda), menunjukkan anda adalah ketua di dalam ruangan itu,atau lebih dikenali sebagai ‘operator’. Dalam ruangan perbualan, anda akan melihat “*** Now talking in #(nama anda)”. Pergi ke ‘HELP’ dan buka pengenalan fail Help mIRC. Di bahagian bawah skrin, anda akan melihat satu garis “words box”. Mulakan latihan anda!!! Jika anda masih baru dalam IRC, agak bagus jika anda berdiam diri seketika, melihat perbualan-perbualan lain sebelum memulakan ‘chat’ anda. Anda juga boleh mendapatkan senarai saluran (channel) lengkap untuk server anda dengan menekan pada tulisan yang kelima dari kiri dan pilih Get List. Baca senarai yang diberikan dan klik untuk memasukinya. Selamat ber ‘chatting’!! 


Apa itu IRC ?
    Internet Relay Chat merupakan satu rangkaian internet yang membolehkan real time conference iaitu perhubungan melalui internet seolah-olah dalam dunia sebenar. Anda boleh berkomunikasi dengan masyarakat didalam IRC (ada yang hidup dalam IRC) dengan menggunakan IRC Client seperti mIRC , pirch , virc , telnet , ircll dan lain lain 


Bagaimana Sesuatu Rangkaian IRC dibuat ? 
Tuan punya sesuatu rangkaian IRC akan menyediakan program yang membolehkan anda berada di dalam rangkaian tersebut, dan program ini dipanggil server. Sebuah rangkaian IRC yang bagus akan mempunyai banyak server, dan ramai nerd (IRCop dan IRCAdmin) yang menjadi penunggu setia. 


IRC Admin dan IRCop tu apa ? 
IRCAdmin ialah orang yang bertanggungjawab ke atas setiap server,biasanya seorang IRCAdmin untuk setiap server. IRCop (IRCOperator, bukannya IRC COP) ialah mereka yang dilantik oleh IRCAdmin untuk mengendalikan rangkaian IRC. IRCop mempunyai beberapa kuasa seperti men'disconnectkan', kill, rehash, dan k-lined anda 

 

Netsplit tu apa ?  
    Perkara pertama yang perlu anda faham ialah tidak semua chatters menggunakan server yang sama. Ada masanya sesuatu server itu terputus connection drpd sesuatu rangkaian IRC. Jadi, semua users yang menggunakan server tersebut akan dilihat sebagai 'meninggalkan IRC', walhal pada mata mereka juga, anda dilihat sebagai telah 'meninggalkan IRC'. Jadi janganlah gaduh2 menyalahkan sesiapa yang netsplit. (apasal selalu bising pasal sapa kena netsplit? tu salah serverlah mangkuk! 


Apakah IRC ialah tempat yang selamat drpd penjahat?  
    Jawapannya ialah YA dan TIDAK. Ya sekiranya anda tahu bagaimana menyelamatkan diri, dan TIDAK sekiranya anda tidak tahu commands tertentu, tidak mahu bertanya, takut belajar, ataupun hanya mahu tenet semata2. Sila lihat ruangan WinNuke dan Peraturan #taman_maluri serta command /ignore. Saya nampak line ni apabila saya taip /who #taman_maluri #taman_maluri the_legend H Justice@hlr-81-71.tm.net.my :5 Jµs†í¢é irc [j5.4.1] #taman_maluri farid` G+ @hlr-81-71.tm.net.my :5 Boyfriend Indri Rosadi #taman_maluri Moza H@ karat@hlr-81-71.tm.net.my :5 as Sempoi as u'll ever be H untuk 'here', G untuk 'gone'(away). @ menandakan Moza mempunyai status @ dalam #taman_maluri, dan + menandakan Moza` diberi status +voice. 


Apa makna +nickname ?  
    Oh..tu maknyanya nickname telah diberi 'voice' ( /mode #channel +v nickname ). +voice hanya berfungsi apabila channel disetkan kepada 'moderate', iaitu hanya op dan orang yang disetkan +v sahaja boleh taip message kedalam channel. Maknanya orang yang takde +v mode takleh taip apa2 pun. Kalau taip pun, orang lain tak nampak. 


Apakah kelebihan IRC berbanding dengan lain-lain chatting  
Saya berpendapat IRC merupakan chatting programme yang terbaik kerana: - anda boleh menggunakan apa jua nickname yg anda mahu, - mendaftar seberapa banyak channel yang anda mahu - anda boleh masuk seberapa banyak channel yang anda mahu, - boleh chat private (tenet) dengan seberapa banyak nickname yang anda mahu - boleh menghantar dan menerima fail seberapa banyak yang anda mahu, dan terdapat beberapa Channel yang menawarkan fail, contohnya #mp3 dan #midi - kelebihan option DCC yang tidak bergantung kepada server 

Asas Command IRC
    Berikut ialah commands yang saya fikirkan sebagai perlu diketahui oleh semua Chatter. Kepada yang sudah mahir sila jadikan sebagai bahan rujukan. You are welcome to copy this information into your own homepage. 

 

/server

/nick

/join

/quit 

/msg

/away 

    /who     

/whois

/whowas

/part

/ignore

/me 

/ping

/mode 

/ban

/kick

/invite

/topic 

/ctcp

/unban

/notice

/dcc chat

/list 

/raw 

/echo

/dcc send

/quote

/stat

/admin

/say


 

Arahan User biasa

Fungsi arahan

/server nama.server (/server irc.dal.net) tukar kepada server irc.dal.net 
/nick nickname (/nick Moza) tukar nick kepada Moza
/quit [alasan] (/quit nak pi tido) keluar(quit) IRC.(reason adalah optional) 
/join #channel (/join #taman_maluri) masuk channel #taman_maluri
/who nickname/#channel (/who Moza @ /who #taman_maluri) mendapatkan maklumat berkenaan nick Moza, juga menyenaraikan semua nick yang berada dalam #taman_maluri, kecuali mereka yang invisible 
/whois nickname (/whois Moza) untuk mendapat maklumat yang lebih mengenai Moza 
/part #channel (/part #taman_maluri) Keluar channel #taman_maluri
/away [alasan] (/away nak pi dapor) setkan diri anda sebagai away alasan ke dapor 
/msg nickname message (/msg Moza hello...) hantar mesej 'hello...' kepada Moza
/query nickname (/query Moza)  buka chat window dengan Moza
/notice nickname message (/notice Ein jom tenet....) hantar notis 'jom tenet...' kepada Ein. notis berlainan dengan msg kerana tiada sebarang window dibuka 
/notify nickname (/notify Moza) anda akan diberitahu apabila Moza online ataupun offline 
/ignore nickname (atau *@host.add.ress ) ( /ignore Moza @ /ignore *!*@*.tm.net.my) untuk ignore Moza, atau sesiapa sahaja yang menggunakan address *!*@*.tm.net.my. Sesuai digunakan bila anda diganggu dan menggagalkan cubaan flood. 
/mode your_nick +i ( /mode your_nick +i) setkan anda kepada invisible. tukarkan +i kepada -i untuk setkan kepada visible semula.
/me message (/me ucap a`kum kat semua) *nickanda ucap a`kum kat semua 
/list ( /list ) Menyenaraikan semua channel 
/dcc chat nickname (/dcc chat Moza) buka dcc chat window dengan Moza kelebihan dcc chat berbanding dengan msg ialah dcc tidak bergantung kepada server IRC. Walaupun anda telah disconnect dari server IRC, anda boleh lagi chat di dalam dcc windows 
/dcc send nickname filename.ext (/dcc send Moza c:\midi\safura.mid) hantar file safura.mid dari folder c:\midi\ kepada Moza.
/ping nickname (/ping Moza) @ (ctcp Moza ping) ping ialah masa yang diambil untuk message anda sampai kepada nick yang anda ping. sekiranya masa yang diambil terlalu panjang, lakukan sesuatu seperti tukar IRC server. 
/say message (/say hello semua)  sama dengan hanya menaip 'hello semua' 
/invite nickname #channel (/invite Ein #taman_maluri) menjemput Ein masuk ke dalam #taman_maluri 

 

 

Arahan Operator

Fungsi arahan

/mode #channel +o nick (/mode #taman_maluri +o Moza) memberi status @ kepada Moza dalam channel #taman_maluri. 
/mode #channel -o nick (/mode #taman_maluri -o Moza) menarik status @ daripada Moza dalam channel #taman_maluri. 
/kick #channel nick (/kick #taman_maluri Moza ) meng'kick' Moza keluar dari #taman_maluri.
/mode #channel +b nick!username@host.add.ress (/mode #taman_maluri +b *!carut*@*.tm.net.my) mengharam penjahat yg menggunakan address *!carut*@*.tm.net.my. 
/mode #channel -b nick[hostaddress] (/mode #taman_maluri -b *!*@202.142.12.*) menarik balik ban yang telah dikenakan ke atas address *!*@202.142.12.* 
/topic #channel topik baru (/topic #taman_maluri Selamat Datang)  menukar topic dalam channel #taman_maluri kepada 'Selamat Datang'
/mode #channel +-ptislkmRrn (/mode #taman_maluri +tn-psklmRri) menukar mode #taman_maluri. Sila pastikan anda tahu fungsi setiap label 

  


i r c . U n d e r n e t . o r g S e r v i c e s 
XS Operator 
Untuk Menjadi Operator di server Undernet anda mula2 perlu ada access Untuk log in. Hanya Orang yg dipercayai atau dikenali sahaja akan di beri . Founder sahaja layak memberi anda XS 
berdasarkan hostname dan Password yg di setkan contoh *!*karat@*.tm.net.my passwd : jiwang 
anda hanya akan dapat OP pebila connect menggunakan Ident karat dan menggunakan line tmnet 
dan anda perlu login /msg X atau /msg W passwd anda 

 

A r a h a n X & W 
• Pastikan ident dan userhost anda sama :- the_legend@*.anjungcafee.com atau the_legend@202.188.* (check whois dulu) 
• Type /msg x@channels.undernet.org pass #the_legend <password anda> 
• Selepas menerima notice daripada X [ AUTHENTICATION SUCCESSFUL on #The^Legend ]. type /msg x op #The^Legend 
• Pastikan anda memberi password yg betul . Jika passwd anda hilang atau kena hack , mail kepada founder channel atau anda boleh tukar password dengan menaip msg /msg x@channels.undernet.org newpass #jiwang <password> 
• Command channel yang terhad kepada founder adalah info dan topik 
• Command untuk OPerator channel biasa adalah :- 
/msg x invite #taman_maluri  <nick> 
- menginvite seseorang menggunakan X 

/msg x ban #taman_maluri  <nick|user@host> reason 
-suruh X ban seseorang 

/msg x kick #taman_maluri  <nick> reason 
-suruh X kick seseorang 

/msg x topic #taman_maluri  <newtopic> 
-suruh X tukar topic kat #jiwang 

/msg x unban #taman_maluri  <nick|user@host> 
-Mengunban seseorang. Berdasarkan Nickname jika user online atau user@host jika tidak 

/msg x banlist #taman_maluri 
-Melihat channel banlist (senarai ban). anda Harus berada dlm cenel untuk command nih 

/msg x channifo #taman_maluri 
-Memaparkan info sama ada #jiwang sudah register atau tidak .. dan kepada siapa kah ia di register 

/msg x help <command> 
-Memaparkan Help command kepada anda 

Download Service Undernet Popups extract kedlm folder mIRC 
Type /load -rs undernet.mrc , kemudian usha menubar anda 

I R C . D a l . n e t S e r v i c e 
Semua command berikut hanya boleh digunakan dalam DalNet. 
(A) : boleh digunakan oleh semua 
(AOP) : hanya boleh digunakan oleh AOP dan keatas 
(SOP) : hanya boleh digunakan oleh SOP dan keatas 
(F) : hanya boleh digunakan oleh founder. 


A r a h a n C h a n S e r v 
/msg chanserv info #channel (A) 
digunakan untuk mendapat semua maklumat mengenai #channel 


/msg chanserv register #channel passwd channel-desc. (A) 
digunakan untuk meregister #channel. passwd ialah password yang dipilih, dan perlu disertakan dengan channel-description. 

contoh: /msg chanserv register #taman_maluri 123abc Selamat Datang ke channel #taman_maluri Sila pastikan channel tersebut belum lagi diregister, dan anda mendapat 
@ didalam channel tersebut semasa meregister. 

/msg chanserv op #channel nick (AOP) 
digunakan untuk memberi @ kepada nick menerusi chanserv. Anda tidak perlu memiliki status @. 

/msg chanserv sop[aop,akick] #channel list (AOP) 
digunakan untuk menyenaraikan semua sop[aop,akick] dalam #channel. akick ialah autokick and ban 

/msg chanserv mdeop #channel (AOP) 
digunakan untuk mass-deop dalam #channel. Perhatian: AOP tak boleh mdeop SOP dan founder; dan SOP takleh mdeop founder. 

/msg chanserv mkick #bmIRC (SOP) 
digunakan untuk 'menyepak' semua orang keluar dari #bmIRC. (ni jahat..jangan buat! Emergency sahaja) 

/msg chanserv aop[sop,akick] #channel add[del] nick!username@host.add.ress (SOP) 
digunakan untuk menambah[membuang] chatter yang match dengan 
nick!username@host.add.ress 
berikut ialah beberapa contoh: 

1. /msg chanserv aop #taman_maluri add moza 
-menambah J|wang (nick ini telah diregister) sebagai aop dalam channel #taman_maluri. 


2. /msg chanserv akick #taman_maluri add *!lucah@*.tm.net.my 
-digunakan untuk mengkick sesiapa sahaja yang menggunakan address lucah@*.tm.net.my (tak kirala apa jua nickname yg digunakan). 


3. /msg chanserv aop #taman_maluri add *!moza@*.ktb*.jaring.my 
-memberi aop kepada sesiapa sahaja yang match dengan address moza@*.ktb*.jaring.my (tak kirala apa jua nickname yg digunakan). 


4./msg chanserv aop #taman_maluri del Moza 
-digunakan untuk membuang Moza dari senarai aop dari #taman_maluri.(sop tidak boleh add/remove sop) 

/msg chanserv identify #channel passwd (F) 
digunakan untuk identify sebagai founder untuk #channel dan passwd ialah password yang digunakan semasa meregister #channel. 

/msg chanserv set #channel topiclock on[off] (F) 
digunakan untuk mengunci topic #channel, iaitu topic akan dikekalkan walaupun tiada orang berada di dalam #channel. Sekiranya topic tidak dilock, apabila semua orang meninggalkan #channel, topic akan dibuang. 

/msg chanserv set #channel mlock +tnr-pklmisR (F) 
digunakan untuk mengunci channel mode. Sila pastikan anda faham semua label sebelum mengunci mode. 

/msg chanserv set #channel ident on[off] (F) 
digunakan untuk memaksa semua aop & sop menggunakan nickname yg telah diidentify kepada nickserv terlebih dahulu sebelum mendapat @ semasa join #channel. 

/msg chanserv set #channel opguard on[off] (F) 
digunakan untuk memastikan hanya aop,sop dan founder sahaja mendapat @ di dalam #channel. Bagus untuk mengelakkan channel takeover. 

/msg chanserv set #channel passwd newpasswd (F) 
digunakan untuk menukar password untuk #channel kepada newpasswd. 

Command /msg chanserv boleh diganti dengan /ChanServ. Command selepas /Chanserv adalah kekal seperti biasa. 
Digalakkan juga Anda Gunakan Command /Chanserv <apa-apa> Untuk Mengelakkan Passwrd Exploit Diserver Lain Semua command berikut hanya boleh digunakan dalam DalNet. 

A r a h a n N i c k S e r v  
/msg nickserv register passwd 
digunakan untuk mendaftar nickname yang anda sedang pakai dengan menggunakan passwd sebagai password, dengan syarat nickname itu masih belum lagi didaftarkan oleh sesiapa. 


/msg nickserv identify passwd 
digunakan untuk identify nickname yang anda sedang pakai(nick itu telah didaftarkan), dengan menggunakan passwd sebagai password. Nickname yang tidak aktif selama 20 hari (iaitu tiada sesiapa identify nick tersebut dengan menggunakan password yang betul), NickServ akan dropkan nick tersebut. 

/msg nickserv ghost nick passwd 
digunakan untuk membunuh nick (sesiapa yg memakai nick anda) dengan syarat passwd ialah passworduntuk nickname nick. 

/msg nickserv info nick 
digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai nick iaitu tarikh dan address terakhir yang menggunakan nick dan sekiranya nick telahdisetkan kill on 

/msg nickserv set kill on[off] 
digunakan untuk mensetkan nickname anda kepada kill on, iaitu NickServ akan memberi 60 saat setiap kali anda menggunakannickname tersebut. Sekiranya gagal, nick tersebut akan dikill, dan 
reason yang diberi ialah: killed (NickServ enforcement). Anda hanya perlu mengidentify sekali sahaja untuk setiap kali connection dalam IRC. (setiap kali anda terdisconnect, anda kena identify). 

/msg nickserv set passwd newpasswd 
digunakan untuk menukar password lama anda kepada newpasswd.Sila pastikan anda telah mengidentify dengan nickserv terlebih dahulu. 

/msg nickserv acc nick 
digunakan untuk mengetahui access untuk nick. Access 
0 : nick tidak diregister 
1 : nick telah diregister tetapi digunakan oleh orang yg beralamat bukan seperti address orang yang meregister nick 
2 : nick tidak diidentify, tetapi digunakan oleh orang yang beralamat seperti address orang yang meregister nick 
3 : nick telah diidentify kepada nickserv 

/msg nickserv drop nick 
digunakan untuk men'drop' nick ( tidak mahu pakai nick lagi) unregister 

Command /msg nickserv boleh diganti dengan /nickserv .Command selepas /msg nickserv adalah kekal seperti biasa. 

A r a h a n M e m o S e r v  
(untuk menggunakan servis memoserv, anda perlu menggunakan nickname yang telah diregister DAN telah di identify kepada nickserv dengan menggunakan password yang betul) 
/msg memoserv list 
digunakan untuk menyenaraikan semua memo yang dihantar kepada nick anda. 

/msg memoserv read [nombor_memo] 
digunakan untuk membaca memo yang bertanda dengan nombor.Sebagai contoh sekiranya anda ingin membaca memo yang bertanda dengan nombor 3, /msg memoserv read 3 

-MemoServ- Memo 3 from Ein. To delete, use command: DEL 1 

-MemoServ- >> Hai Moza sayang ... i lap u ngan mop (: 

/msg memoserv send nick [message anda] 
digunakan untuk menghantar memo message anda kepada nick. Sebagai contoh, /msg memoserv send Ein kita tenet esok ok? digunakan untuk bertenet dengan Ein esok hari. 

/msg memoserv del [nombor-memo] 
digunakan untuk memadam memo yang ditanda dengan nombor. 
Sekiranya anda ingin memadam memo yang bernombor 3, taip /msg memoserv del 3 

Command /msg memoserv boleh diganti dengan /memoserv. Command selepas /msg memoserv adalah kekal seperti biasa. 


Untuk Mendapatkan Program mIRC 5.9...Sila Download Kat Website Rasmi mIRC...Sila Klik Sini

 

 

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm. All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster