.:: Sejarah Java ::.

 
Sebelum Java dicipta, laman web tidak mempunyai unsur-unsur yang dinamik dan berkeupayaan interaktif dengan pengguna. Kini laman-laman web dipenuhi dengan Java Applet dan Java Script iaitu kod-kod Java yang membuatkan laman-laman web begitu interaktif dan grafik yang dinamik. Tambah lagi aplikasi yang dibina menggunakan Java boleh dijalankan pada semua jenis komputer dan sistem pengoperasian (OS).

Sejarah Java bermula pada tahun 1991 lagi apabila syarikat Sun Microsystems memulakan sebuah projek yang diberi nama Oak yang diterajui oleh James Gosling dan Bill Joy. Malangnya projek tersebut gagal kerana tiada aplikasi yang sesuai untuk bahasa Oak pada masa itu. Pada tahun 1994, web semakin meluas kegunaannya dan prijek Oak telah dimulakan semula untuk memenuhi keperluan web. Kemudian Oak diubahsuai untuk membina applet iaitu sebuah program kecil yang digunakan pada pelayar web. Applet ini boleh digunakan pada sebarang sistem pengoperasian (OS) dan dilengkapi dengan 'Virtual Machine' iaitu sebuah salinan kod yang menyembunyikan perbezaan di antara sistem pengoperasian dan cip. Seterusnya nama Oak diubah menjadi Java dan seterusnya pada bulan Mei 1995, Java telah dilancarkan melalui internet. Dengan slogan 'Write once, run anywhere' (tulis sekali, guna di mana-mana), Java terus menjadi popular sehinggakan ada yang meramalkan ia mampu membunuh dominasi Microsoft.

Terdapat satu versi Java yang dipanggil Jini iaitu satu lagi versi Java telah dikeluarkan bagi membentuk peranti-peranti bijak tanpa memerlukan perisian 'Driver'. Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Jini.

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm. All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster