.:: Sistem Operasi Linux ::.

 

Logo Rasmi Linux!Linux adalah Sistem Pengoperasian (OS) baru yang telah meletakkan dirinya sebagai pencabar terkuat kepada Windows. OS yang berasaskan UNIX ini bukan sahaja mempunyai keupayaan dan kemampuan yang tinggi, malah ia boleh didapati secara percuma. Linux adalah Sistem Pengoperasian Terbuka (Open Source OS) pertama di dunia yang bercirikan UNIX. Ia dicipta dan diprogramkan oleh pengasasnya yang berasal dari Finland iaitu Linus Torvalds. Kisah penciptaan Logo rasmi Linux iaitu seekor 'Penguin', Linus mendapat idea itu setelah dia tertarik kepada binatang Penguin di salah sebuah Zoo di Austalia yang dikunjunginya.

Ketika menulis program Linux, Linus berusia 21 tahun dan merupakan salah seorang pelajar Sains Komputer di Finland. Beliau telah mengedarkan OSnya itu melalui internet berserta kodnya sekali dan mempelawa Pengaturcara2 dan sesiapa sahaja dari seluruh dunia supaya mengubah kod Linux untuk mempertingkatkannya lagi.

Pada tahun 1992, Linus sekali lagi telah mengedarkan OS Linuxnya secara percuma untuk para pengguna menyalin, menggunakan, mengubahsuai dan menjual OS Linux. Dengan syarat Linus mendapat pengiktirafan dan mereka perlu mengumumkan perubahan pada kod asal yang dilakukan. Apabila Linus mengeluarkan Linux 1.0 pada tahun 1994, OS itu telah menjadisemakin pantas, stabil dan dipenuhi dengan ciri-ciri menarik.

Pada tahun 1998, Linux telah mula mendapat perhatian dan pengiktirafan industri komputer apabila beberapa pengeluar perisian gergasi telah mengumumkan akan menyokong Linux. Ini termasuklah syarikat Netscape, Oracle, IBM dan Lotus. Dalam usia yang baru 11 tahun, Linux telah berjaya memberi satu cabaran yang signifikan terutamanya kepada pasaran Windows NT.

Jenis2 Linux di pasaran ada beberapa jenis. Antara yang terkenal ialah Redhat, Caldera, Slackware, MandrakeLogo Linux RedHat! dan sebagainya. Kini, versi Linux seperti Caldera dan Redhat boleh didapati dengan harga yang rendah iaitu antara RM20 hingga RM200, bergantung kepada jenis lesen yang digunakan. Dalam setiap pakej perisian Linux, disertakan sekeping CD-ROM, dokumentasi, ciri-ciri tambahan dan pemasangan yang mudah. Malah Caldera dan Redhat juga menyediakan perisian aplikasi pejabat seperti Word Processor (pemproses perkataan, Sheet (hamparan helaian) dan beberapa perisian utiliti. Menurut ramalan IDC (syarikat perangkaan IT), peratusan pasaran yang dikuasai Linux akan senantiasa meningkat dari setahun ke setahun. Sebanyak 2.8 juta salinan Linux telah berjaya dijual sepanjang tahun 1998. Kini, dianggarkan lebih 15 juta komputer yang menggunakan OS ini di seluruh dunia. Ini kerana Linux senantiasa diubah oleh Programmer serta Hackers bagi mempertingkatkan keupayaannya. Selain itu Linux juga boleh digunakan sebagai OS komputer pelayan bagi rangkaian pelayan web yang selamat.

Kelemahan yang ketara pada OS Linux ini ialah keupayaannya untuk mengesan peranti2 seperti CD-ROM dan kad grafik kerana kurangnya perisian pemacu. Satu lagi kelemahan ialah pada masa mula2 kemunculannya, Linux adalah kurang ramah pengguna dan menyukarkan pengguna2 biasa menggunakan OS ini. Walau bagaimanapun, sekarang sudah terdapat perisian2 tambahan yang boleh mengubah antaramuka Linux supaya ianya mirip kepada Windows. Antara perisian itu adalah Gnome dan K Destop Environment (KDE).

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm. All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster