Dalam Ini Saya Akan Cuba Mengupas Apakah Yang Dimaksudkan Dengan MSC dan Isu-Isu Yang Berkaitan Dengannya

Sila Klik Menu Di Bawah Mengikut Tajuk

 

Apa Itu MSC ?

Kerajaan Elektronik

Sekolah Bestari

Pusat pemasaran Tanpa Sempadan

Cluster R&D

Kad Pintar

Rangkaian Pengilangan Sedunia

Teleperubatan

Kesimpulan

 

 

 

Apa Itu MSC ?

Atas

 

Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor (MSC)) ialah salah satu projek mega Kerajaan Malaysia menelan belanja berbilion ringgit sebagai asas kukuh titik tolak ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Malaysia beiltizam untuk menjadi negara maju menjelang 2020, oleh itu MSC dilihat sebagai pemangkin kepada kewujudan Malaysia sebagai negara yang mempunyai moral dan nilai etika yang tinggi, mampu berdikari menerusi maklumat dan pengetahuan.

MSC yang mula dibina sejak lima tahun lepas, di lokasi seluas 15 km x 50 km di selatan Kuala Lumpur dengan strategi bahawa MSC akan menggabungkan segala elemen yang unik dan membina sebuah suasana multimedia yang baik. Sasaran MSC ialah cuba menarik syarikat berteknologi tinggi bertaraf dunia dengan mengimplementasikan MSC sebagai pusat untuk pengujian teknologi mereka. MSC telah membentangkan tujuh aplikasi perdana iaitu Kerajaan Elektronik, Sekolah Bestari, Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan, Kluster R&D, Kad Pintar, Rangkaian Pengilangan Sedunia dan Teleperubatan. Justeru itu, Multimedia Development Corporation (MDC) perlu peka dengan perkembangan ICT sejagat agar MSC tidak menjadi projek gajah putih kerana bidang teknologi maklumat ialah bidang yang sentiasa cepat berubah.

Tujuan kajian kami ialah untuk menilai keberkesanan MSC secara umum dan memfokuskan penyelidikan kepada tujuh aplikasi perdana sahaja. Sesetengah aplikasi perdana seperti sekolah bestari, kerajaan elektronik dan teleperubatan boleh dibina atas pelantar infrastruktur yang sedia ada atau yang boleh dipertingkatkan. Dengan teknologi yang sedia ada dan peningkatan infrastruktur, kemudahan dan aplikasi dapat dibina dengan baik tanpa mengganggu keadaan fizikal tempat di mana hendak dibina seperti bangunan pejabat. Pembangunan sesuatu aplikasi perlulah selaras dengan peningkatan infrastruktur keadaan fizikal dan faktor kemanusiaan. Kluster R & D, Rangkaian Pengilangan Sedunia dan Pemasaran Tanpa Sempadan adalah aplikasi yang menampakkan hasil yang positif, contohnya kewujudan e-dagang, e-niaga dan yang seistilah dengannya. Isu kos memainkan peranan dalam konteks pembangunan aplikasi. Contohnya, penggunaan teknologi kad pintar. Maka, alternatif lain perlu dijana untuk memperluaskan penggunaannya agar boleh dimiliki oleh setiap individu dan tidak membebankan. 

Skop kajian kami melihat kepada nilai dan perspektif MSC melalui teras tujuh aplikasi perdana dari sudut politik, ekonomi, sosial dan pembangunan fizikal. Di sini kami akan menganalisis dan mengkaji kelebihan dan kelemahan yang terdapat di dalam ketujuh-tujuh aplikasi perdana.     

Setelah MSC dilihat sebagai satu pelantar untuk Malaysia menjadi sebuah pemain utama alam dunia IT janganlah dipersia-siakan peluang ini dengan tidak melakukan yang terbaik. Keluarkan produk bertaraf dunia dengan teknologi dan idea sendiri iaitu buatan Malaysia. Malah dengan berjayanya MSC, Malaysia boleh dan akan diiktiraf sebagai negara maju sebelum 2020. Iltizam untuk menjadi peneraju teknologi maklumat memerlukan tahap profesionalisme yang tinggi ditanam di hati sanubari penggerak IT.

 

 

 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm . All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster