Dalam Laman Ini, Terdapat Beberapa Topik Penting Berkaitan Dengan Rangkaian (Networking)

Sila Klik Tajuk-Tajuk Di Bawah

 

Apa Itu Rangkaian Komputer?

Perkakasan Rangkaian

Objektif Rangkaian Komputer

Rangkaian Pengurusan

Mencipta Rangkaian

Keselamatan Rangkaian

Topologi Rangkaian

Jenis-Jenis Server 

Contoh Rangkaian

Media Penghantaran

Rekabentuk Rangkaian

Model Komunikasi

Pengkelasan Rangkaian

Pengkodan Multi-Level

Jenis Saluran Rangkaian

 

 

Apa Itu Rangkaian Komputer?

Atas

 

        Rangkaian Komputer secara amnya ialah sekumpulan komputer , iaitu dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk tujuan perkongsian maklumat.

       Rangkaian komputer selalunya diadakan dalam satu organisasi besar yang melibatkan banyak komputer di satu bangunan  atau bangunan-bangunan lain yang berdekatan.

       Rangkaian komputer mempunyai banyak kebaikan. Kebaikan-kebaikan mengadakan rangkaian komputer adalah:

 

Rangkaian membolehkan beberapa komputer berkongsi satu perkakasan contohnya pencetak. Ini dapat

 menjimatkan kos membeli pencetak untuk setiap komputer kerana setiap komputer yang dirangkaikan boleh     dihubungkan dengan satu pencetak sahaja.

Rangkaian membolehkan setiap orang berkongsi maklumat , data dan juga program. Perisian tidak lagi perlu

 diinstall di setiap komputer kerana program-program yang terdapat dalam satu komputer boleh dikongsi dengan

 komputer-komputer lain yang dirangkaikan.

Rangkaian juga membolehkan perhubungan berkesan menggunakan mel elektronik (E-Mail).

Rangkaian membolehkan maklumat-maklumat dalam pangkalan data syarikat diperolehi dengan cepat.

Rangkaian juga memastikan keselamatan maklumat.

 

          

 

Konsep Rangkaian

 

 

       Syarikat-syarikat biasanya mengadakan rangkaian tetap untuk memindahkan maklumat. Komputer-komputer dihubungkan antara satu sama lain menggunakan kabel. Komputer dan kabel dihubungkan sepanjang masa.

 

      Rangkaian sementara pula ialah rangkaian yang dipasang untuk sementara contohnya pekerja satu syarikat yang menghubungkan komputernya di rumah dengan komputer di syarikatnya melalui Modem.

 

 

 

 

Objektif Rangkaian Komputer

Atas

 

Penyampaian maklumat di antara sistem-sistem yang berjauhan :

        a) e-mail

        b) FTP

        c) Telnet

        d) http

 

Perkongsian sumber dalam satu kumpulan kerja : 

        a) Fail data

        b) Pencetak

        c) Sumber tenaga manusia

 

Membolehkan Pengurusan sistem dan keselamatan terpusat

 

Penyediaan prasarana yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi

       . Penyediaan sistem 'BackUp'

 

Pengoptimuman penggunaan sumber

       . Model klien-server, server yang mempunyai kuasa yang tinggi yang digunakan bersama oleh beberapa   

 klien

 

Media komunikasi

       . Video-on-demand

       . Internet-phone

       . Persidangan video (Video Conferencing)

 

 

 

 

Mencipta Rangkaian

Atas

Perkakasan-perkakasan yang digunakan untuk mencipta rangkaian adalah seperti berikut:-

            Sebelum rangkain boleh dicipta, beberapa faktor perlulah dikaji terlebih dahulu. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan adalah seprti berikut :-

 

 

 

Topologi Rangkaian 

Atas

Terdapat beberapa tiga topologi rangkaian yang biasa digunakan iaitu :-

    Topologi Bintang

           Komputer-komputer yang dirangkaikan dengan topologi bintang   

 mempunyai satu komputer hab yang bertindak mengurus rangkaian dan 

 setiap komputer dihubungkan natara satu sama lain melalui hab ini.

 

 

    Topologi Cincin

          Komputer-komputer dalam topologi cincin dihubungkan dalam satu 

   turutan seperti cincin. Data dipindahkan dari komputer ke komputer

   sehingga sampai ke komputer yang dikehendaki.

 

 

     

    Topologi Bas

          Komputer-komputer topologi bas dihubungkan melalui

 satu wayar panjang.

 

 

 

 

Contoh Rangkaian

Atas

 

 

 

 

Gambar : 2 contoh rangkaian pada bangunan

 

 

 

 

 

 

Rekabentuk Rangkaian

Atas

 

Pengenalan

Model sistem Antara Sambungan Terbuka ( OSI )merupakan rujukan paling asas dalam merekabentuk rangkaian. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan elemen-elemen rangkaian komputer semenjak tahun 1984. OSI merupakan model yang abstrak dimana didalam rangkaian sebenar, pengimplementasian  tidak diperlukan secara terus. Selain itu, OSI juga merupakan cara asas kerana ia merupakan produk daripada International Standards Organiozations ( ISO ). Namun walaupun ianya merupakan standard yang abstrak, model OSI tidak kurang juga menyediakan pengenalan struktur yang praktikal terhadap kebanyakkan konsep rangkaian.

Selain itu, ia juga merupakan satu bidang kajian yang mempunyai skop yang begitu luas kerana ia mempunyai kaitan dengan setiap aspek dalam perniagaan. Koleksi maklumat seperti “ DATA “ boleh diperolehi didalam bahagian-bahagian tertentu seperti komputer mikro, komputer mini, mainframe, routers, peranti storan dan switches.  Bit dan bytes yang merupakan unit-unit data akan dikumpulkan dan kemudiannya membentuk  sebuah laluan data atau data streams. Apabila penghantara laluan data yang dihantar melalui sesuatu media, perkara ini akan dipanggil sebagai pengangkutan data atau data transport.

Disamping itu, dalam merekabentuk sesuatu rangkaian yang baru ataupun meningkatkan  serta mengemaskinikan rangkaian sehinggalah kepada membuat pengurusan rangkaian apabila ianya disiapkan untuk dibangukan, rekabentukl ranghkaian ini boleh dianggap sebagai peristiwa yang bersiri. Terdapat beberapa pendekatan boleh diaplikasikan dalam merekabentuk rangkaian samada yang baru ataupun untuk meningkatkan serta membuat kemaskini rangkain yang sedia ada. Tetapi ianya akan lebih kepada Pendekatan Sistem ataupun System Approach.

  

 

 

 

 

Pengkelasan Rangkaian

Atas

Didalam sebuah rangkaian, kita dapat membahagikannya kepada 2 jenis kaedah iaitu :

a) Teknologi Transmisi

b) Skala

 

a) Teknologi Transmisi

    Didalam teknologi transmisi, ia mempunyai 2 jenis iaitu :

1)     Rangkaian Siaran ( Broadcast Network )

2)     Rangkaian Point to Point.

 

1) Rangkaian Siaran ( Broadcast Network )

    Terdapat satu sluran komunikasi dalam rangkaian siaran yang mana ianya dikongsi oleh semua mesin atau peralatn didalam rangkaian. Peket-peket ataupun mesej pendek diposkan oleh mesin tertentu dan diterima oleh mesin yang lain. Setelah peket diterima, mesin akan melihat alamat ( address field ) dan akan memproses alamat tersebut jika ia merupakan milik mesin tersebut. Sebagai contoh yang mudah ialah :

 

    Apabila kita bercakap kepada seseorang dikhalayak ramai dalam situasi terbuka. Niat kita adalah untuk menyampaikan mesej kepada individu tersebut sahaja tetapi orang – orang dipersekitaran akan mendengar juga. Namun pemahaman atau tindakbalas hanya akan dilakukan oleh individu itu sahaja kerana proses komunikasi yang berlaku adalah diantara kita dan individu tersebut sahaja.

    Sistem siaran juga membolehkan penghantaran peket-peket dilakukan kepada semua loaksi melalui kaedah penggunaan kod istimewa didalam adddress field. Setelah peket dihantar, mesin-mesin yang menerima akan menerima didalam rangkaian dan proses ini dinamakan penyiaran atau broadcasting.

 

2) Rangkaian Point to Point ( Point to Point Network )

Rangkaian ini mempunyai sambungan yang banyak dan dilakukan antara 2 komputer atau satu mesin yang berpasangan. Peket akan melawat dari satu mesin ke mesin yang lain dalam berlainan destinasi . Oleh itu, proses routing algorithm merupakan aspek yang penting didalam rangkaian Point to Point.

            Secara kesimpulannya, jika ingin membuat rangkaian disesebuah kawasan geografi yang kecil atau dekat, maka rangkaian yang lebih praktikal digunakan ialah rangkaian yang berbentuk siaran. Jika ingin membangunkan rangkaian disebuah kawasan geografi yang luas dan besar, rangkaian berbentuk point-point adalah merupakan cara yang lebih sesuai untuk diaplikasikan.

 

    b) Skala

Pengkelasan rangkaian yang kedua ialah  skala. Dalam pengkelasan yang kedua ini. Jarak merupakan faktor yang paling penting dalam kelas metrik kerana skala akan berbeza menggunakan teknik yang juga berbeza. Sebagai contoh ialah sepeti jenis-jenis rangkaian yang terdiri daripada :

1. LAN ( Local Area Network )

2. MAN ( Metropolitan Network )

3. WAN ( Wide Area Network )

4. Wireless Networks

5. Internetworks atau Internet.

 

            1.LAN ( Local Area Networks )

            Rangkaian jenis ini adalah merupakan rangkaian yang sering digunakan di syarikat-syarikat, diantara sebuah bangunan ataupun kampus didalam beberapa kilometer ( KM ). Rangkaian jenis ini selalunya menghubungkan komputer-komputer dalam kawasan yang berdekatan seperti dalam bangunan yang sama. Ini adalah kerana rangkaian ini terhad kepada 100 komputer sahaja. Kegunaanya rangkaian jenis ini adalah untuk menyambung komputer peribadi dan stesen kerja didalam pejabat atau kilang untuk berkongsi sumber dan bertukar maklumat.     

            

            2. MAN ( Metropolitan Network )

            Rangkaian ini adalah gabungan beberapa rangkaian jenis kawasan setempat atau LAN. Ia merangkumi satu kumpulan bangunan- bangunan atau bandar. Ianya boleh menjadi persendirian atau hak awam. Rangkaian ini dilakukan dalam kawasan tertentu.

 

            3.WAN ( Wide Area Network )

            Rangkaian ini menghubungkan rangkaian-rangkaian LAN dan MAN. Rangkaian ini menghubungkan komputer-komputer dalam sesebuah negara dan juga dunia. Syarikat yang mempunyai dan mengawal rangkaian jenis ini dikenali sebagai rangkaian enterprise.. Merangkumi kawasan geografi yang besar. Mengandungi kumpulan-kumpulan mesin untuk menjana aturcara pengguna.

 

            4. Wireless Network

            Rangkaian ini mempunyai beberapa jenis seperti antenna, telefon selular yang beranalog, telefon selular yang berdigital, satelit dan sebagainya.

 

            5. Internetworks ( INTERNET )

            Ia merupakan koleksi rangkaian yang dihubungkan oleh repeaters, bridges, gateways yang menghubungkan 2 rangkaian dan routers. Untuk lebih jelas, ia merupakan 2 rangkaian LAN yang disambungkan menhasilkan internetworks. 

 

 

Perkakasan Rangkaian

Atas

            Untuk membina sesebuah rangkaian, ianya tidak akan terhasil jika tiada perkakasan. Oleh itu, diantara perkakasan asas yang diperlukan didalam sesebuah rangkaian untuk sesebuah rangkaian itu dapat beroperasi ialah:

        Hos komputer

        FEP ( Front End Processor )

        Modem

        Terminal

 

         Terdapat sesetengah pihak yang beranggapan bahawa media komunikasi seperti litar, talian dan saluran merupakan sesuatu perkakasan. Talian merupakan satu laluan dimana data bergerak. Litar merupakan wayar fizikal ataupun hubungan dengan menggunakan gentian optik. Litar lebih sesuai  digunakan dalam rangkaian memandang transmisi boleh diaplikasikan dengan menggunakan satelit dan gelombang mikro. Namun, selalunya perkataan talian, saluran dan litar digunakan untuk membawa erti yang serupa.

 

Hos Komputer

            Hos komputer lebih dikenali sebagai komputer pusat. Ia bertugas dalam memproses pusat bagi sistem aplikasi komunikasi data yang besar. Komputer yang saling bersesuaian untuk menjadikan rangkaian hos komputer lebih banyak bergantung kepada kebolehan komputer tersebut dan kebolehan perkakasan yang boleh disambungkan kepada komputer tersebut. Ini adalah kerana kebanyakkan komputer masa kini boleh digunakan dalam komunikasi data secara dalam talian dan masa sebenar. Hos komputer boleh dikategorikan kepada 3 iaitu :

Minikomputer

-         Ia merupakan satu konfigurasi standalone minikomputer

 

Mikrokomputer

-         Dalam rangkaian ini menggunakan mikrokomputer, penyambungan antara mikco-to-frame dan LAN

Kerangka Utama

-         Komputer yang bertujuan secara am selalunya WAN yang

      mengandungi kawasan yang besar.

 

Front End Processor

            Front End Processor adalah komputer yang telah diprogramkan untuk melakukan beberapa tugas kawalan dam memproses didalam sesebuah rangkaian komunikasi data. FEP boleh dibahagikan kepada 2 iaitu :

 

        Nonprogrammable, hardwire, unit kawalan komunikasi yang direkabentuk  oleh pengeluar komputer bagi 

              mencapai ciri-ciri terminal disesebuah komputer.

        Programmable dan boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti komunikasi input atau output dan 

              pemproses.

 

Komponen-komponen didalam FEP ialah :

·        Channel Interface

·        Software

·        Line interface unit

 

Channel Interface

            Ia merupakan antamuka perkakasan yang membenarkan processor disambung kepada channel data dikomputer

 Software

            Ia merupakan program yang disimpan bagi mendefinisikan senibina atau protokol yang spesifik tentang FEP. Perisian mengenalpasti protokkol yang berpiawai yang akan digunakan oleh sesebuah komputer. Protokol merupakan teknik-teknik yang membolehkan 2 mesin berhubung diantara satu sama lain.

 

Line interface units

            Line interface units juga dikenali sebagai ports iaitu perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan processor dengan modem. Tujuan-tujuan  FEP adalah :

·        “ offload “ sesetengah tugas –tugas memproses dan kawalan rangkaian komunikasi data daripada hos komputer kepada processor yang telah diprogramkan.

·        Communication line control

·        Protocol / Code Convertion

·        Assembly of character/ message

·        Data and message editing

·        Message queuing/ buffering

·        Error control

·        Message recording

·        Multiplexing

 

Modem

            Defini modem ialah modem demodulator yang mana ianya berfungsi untuk mengambil digital electrik pulse yang diterima daripada komputer , terminal atau mikrokomputer dan akan menukarkannya kepada signal analog yang diterima oleh analog voice grade curcuit. Modem boleh terdiri daripada pelbagai jenis seperti :

·        Digital modem

·        Analog modem

·        Shorthaul modem

·        Optical modem

·        Smart modem

·        Acoustic modem

·        Dumb modem

·        V sereis mode

 

Terminal

            Terminal merupakan perkasan input atau output pada penghujung litar komukasi. Ia dapat dibahagikan kepada bebrapa jenis iaitu :

·        Mikrokomputer dan stesesn kerja

·        Terminal video

·        Terminal telepencetak

·        Terminal kawalan  kemasukan tugas

·        Terminal transaksi

·        Terminal FAX

·        Terminal pintar/ dumb

 

Untuk membina sebuah rangkaian yang boleh beroperasi dengan efisyen dari segi masa, kos dan keselamatan. Perkakasan –perkakasan tambahan perlu digunakan untuk mecapaikesuatu tahap yang baik. Contoh perkakasa tambahan adalah :

·        Multiplexer

·        Intelligent control

·        Hardware encryption

·        Line adapters

·        Server

·        Repeaters

·        Bridges

·        Routers

·        Gateways

·        Kabel

 

Perisian Rangkaian

            Dalam menghadapi alaf baru ini, rangkaian pada zaman sekarang begitu berstruktur tinggi dimana rangkaian dahulu lebih mementingkan perkakasan daripada perisian. Namun segalanya telah berubah dimana kini teknik pengstrukturan perisian lebih dititikberatkan dengan lebih spesifik. Antara contoh-contoh perisian rangkaian adalah seperti :

·        Netware

·        LAN Networking Software

·        Lantastic

·        Tcp/ip

·        Appletalk

·        DECnet

·        Pathworks

 

Pendekatan Sistem Dalam Merekabentuk Rangkaian

            Pendekatan sistem boleh digunakan dalam merekabentuk rangkaian samada untuk merancang rangkaian komnikasi data yang baru, memperbaiki dan meningkatkan prestasi rangkaian yang sedia ada serta merancang penggunaan rangkaian data awam. Dalam merekabentuk rangkaian, segala pengaruh, aspek dan halangan dikenalpasti dan dikira akibatnya keatas rekabentuk rangkaian. Tujuannya yang utama adalah untuk memastikan bahawa rangkaian akan mampu dan berjaya dibangunkan serta mencapai objektif penggunaanya sebelum pembelian perisian dan perkakasan rangkaian dilakukan. Kunci utama bagi kejayaan sesuatu rangkaian bermula daripada peringkat perancangan yang baik serta komprehensif berpandukan kepada antaramuka sistem dengan penggun kerana antaramka yang mesra pengguna adalah lebih efisyen dan membantu dalam  mencapai objektif rangkaian secara maksima.

            Kini, perekabentuk rangkaian lebih terjurus kepada sistem aplikasi pengguna.  Sebagai contoh ialah terdapat dua kelas utama bagi pengguna rangkaian komunikasi data iaitu yang terdiri daripada pengurusan organisasi seperti pengurus dan pengguna persendirian. Pengurus perlu menerima dan menaruh kepercayaan kepada rangkaian kerana jika berlaku sebaliknya, pengurus sudah tentu tidak akan menggunakan rangkaian tersebut disebabkan data-data atau laporan tidak boleh dipercayai, maklumat tidak konsisten, tepat dan ekonomikal serta tidak berkaitan. Disamping itu, pengguna pula yang perlu bekerja dengan menggunakan rangkaian setiap hari mesti menerima rangkaian. Jika tidak, produktiviti mereka sudah pasti akan menurun. Apabila produktiviti telah menurun, ini akan meningkatkan kos perjalanan kerja-kerja pejabat serta produk. Sebagai contoh ialah Pengeluaran Kilang. Kalau produktiviti kurang, segala kos-kos yang terlibat tidak kira dalam pegurusan, pengeluaran dan sebagainya akan meningkat disamping produk yang dihasilkan itu sendiri.

 

Langkah-langkah Merekabentuk Rangkaian

            Terdapat 13 langkah-langkah asas dalam merekabentuk rangkaian baru. Namun kesemua langkah ini tidak boleh dilakukan secara rawak dalam memperbaiki atau meningkatkan keupayaan rangkaian yang telah wujud atau sedia ada. 13 langkah-langkah yang terdapat dalam merekabentuk rangkaian adalah seperti berikut :

1.      Mengendalikan kajian awal

2.      Menyediakan pelan rekabentuk rangkaian

3.      Memahami rangkaian semasa atau seida ada

4.      Mendefinisikan keperluan rangkaian baru

5.      Mengenalpasti skop geografi

6.      Menganalisa mesej

7.      Mengira beban dan keupayaan rangkaian

8.      Mengenalpasti kawalan dan keselamatan rangkaian

9.      Merekabentuk konfigurasi rangkaian

10. Mempertimbangkan pilihan untuk perisian

11. Mempetimbangkan pilihan untuk perkasan

12. Mengira kos yang diperlukan

13. Mengimplimentasi rangkaian baru

 

 

 

Rangkaian Pengurusan 

Atas

 

Pengenalan

            Dalam menentukan kejayaan operasi kelengkapan perlatan sesuatu rangkaian pengurusan rangkaian adalah amat penting. Objektif utama bagi pengurusan rangkaian ialah bagi menyatukan atau menggabungkan segala kelengkapan rangkaian yang ada agar kawalan yang sepenuhnya dapat dilakukan.

 

Definisi

            Secara amnya, pengurusan rangkaian adalah segala kerja-kerja yang terlibat dengan operasi harian dan pengawalan rangkaian. Sungguhpun begitu, masih terdapat juga pandangan dan definisi lain yang telah memperluaskan lagi skop pengurusan rangkaian sehinggalah melibatkan fungsi-fungsi operasi yang lain secara am. Misalnya, seseorang individu yang ingin membaca e-mailnya telah mengetahui bahawa sebelum membuka e-mailnya dia perlu memasukkan ‘user name’ dan juga kata laluannya. Antara definisi yang lain mengenai pengurusan rangkaian ialah:

 

IEEE Standard 802.6-1990

            Pengurusan rangkaian menyediakan mekanisma untuk memfokus, mengawal dan penyatuan terhadap semua objek yang boleh dikawal melalui lapisan fizikal. Ia Juga menyatakan bahawa pengurusan rangkaian dipengaruhi oleh aplikasi lapisan protokol.

 

Butler Cox Foundation

            Butler Cox Foundation pula mendefinisikan pengurusan rangkaian sebagai satu set aktiviti yang memerlukan kita untuk merancang, memasang dan mengekalkan kesemua komponen rangkaian dalam memenuhi peringkat perkhidmatan yang boleh dipercayai pada tahap yang boleh diterima dan pada kadar kos yang dipersetujui.

 

Kepentingan Pengurusan Rangkaian

            Pada permulaan zaman penggunaan komputer, rangkaian komputer adalah berdasarkan ‘hostcentric’ dan ‘homogenious’. Dalam suasana begini kerangka utama yang menguruskan rangkaian. Pengguna selalunya beroperasi menggunakan komputer, workstation ataupun terminal yang lebih dikenali sebagai terminal dungu. Mengikut  keadaan teknologi komputer pada zaman sekarang, ia semakin berkembang berbanding dengan zaman dahulu. Perkembangan komputer pada zaman sekarang boleh dilihat dengan penggunaan komputer meja (desktop pc), ‘laptops’ dan berbagai alatan pengkomputeran. Ini memerlukan kepakaran yang luas bagi seseorang individu untuk membuat perhitungan dan juga membolehkan komunikasi dua hala antara mereka.

            Komputer boleh bersambung antara satu sama lain dengan menggunakan rangkaian LAN (Local Area Network). Di dalam LAN terdapat dua keadaan yang lebih dikenali sebagai ‘client-server computing’ dan ‘peer-to-peer networking’.

            Melalui ‘client server computing’ ia membolehkan pengguna memohon perkhidmatan daripada server dan server akan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Manakala, melalui penggunaan ‘peer-to-peer networking’ ia membenarkan setiap komputer di daalm LAN menjadi pelanggan atau server. Ia tiada undang-undang khusus seperti di dalam ‘client-server computing’.

            LAN juga boleh disambungkan menggunakan FDDI sebagai pembantunya atau ‘backbone’. Dengan menggunakan penyambungan ini, satu rangkaian boleh menggunakan token ring dan satu rangkaian yang lain akan menggunakan ethernet. ‘Routers’ digunakan untuk menyambungkan kedua-dua rangkaian tersebut kepada backbone network. Rangkaian LAN juga apabila dikembangkan boleh merangkumi beberapa bangunan dan bandar dan akan menjadi MAN (Metropolitan Area Network) dan daripada MAN ia boleh ditambah menjadi WAN (Wide Area Network).

 

Tujuan Pengurusan Rangkaian

            Secara amnya, tujuan utama pengurusan rangkaian adalah untuk memastikan semua kemudahan rangkaian yang digunakan oleh organisasi adalah memenuhi keperluan harian operasi dan boleh menerima sebarang perubahan pada masa-masa yang akan datang. Tujuan pengurusan rangkain yang laian boleh dibahagikan kepada 7 bahagian. Bahagian-bahagian tersebut adalah seperti yang tertera di bawah:

 

a) Higher Network Availability ( Kesediaan Rangkaian Yang Tinggi)

Melalui kesediaan rangkaian yang tinggi, ini termasuklah memperbaiki operasi yang efisen iaitu mengurangkan masa sistem dan masalah kesibukan rangkaian dan memperbaiki masa bertindakbalas. Setipa masalah yang terdapat di dalam rangkaian haruslah diambil tindakan yang secepat mungkin bagi mengatasinya. Kemasukan dan pemindahan maklumat pengurusan memerluakan kuasa memproses yang banyak dan melibatkan rangkaian traffic. Oleh yang demikian, prestasi rangakain perlu diberi perhatian semasa merekabentuknya dan semasa memasang sesuatu pengurusan rangkaian.

 

b) Reduce Network Operational Costs (Mengurangkan Kos Operasi)

Didalam menguruskan rangkaian, pengurangan kos operasi adalah motif utamanya.

 

c) Reduce Network Bottlenecks (Mengurangkan Masalah Bottlenecks)

            Sesetengah pengurusan rangkaian boleh dilakukan daripada kawasan pusat. Ianya amat senang untuk dikawal serta memudahkan pengawalan aktiviti rangkaian.

 

d) Increase Flexibility Of Operation And Integration (Menambah Anjalan Kepada Operasi Dan Integrasi)

Teknologi rangkaian semakin berkembang dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan aplikasi-aplikasi baru serta protokol-protokol yang digunakan dalam rangkaian juga berubah dari semasa ke semasa. Jadi, kemungkinan memasukkan teknologi baru denga kos yang rendah berlaku. Contohnya, dalam LAN, komunikasi data adalah biasa, tetapi keperluan untuk mengintegrasikan grafik, suara dan video boleh juga berlaku.

 

e) Higher Eficiency (Keefisienan Yang Tinggi)

Tujuan bagi sesetengah pengurusan rangkaian boleh bertindih antara satu sama lain. Sekiranya, kita mengurangkan kos operasi dan memperbaiki kesediaan rangkaian, keseluruhan rangkaian akan lebih efisen dan meningkat. Berdasarkan perkara ini, kita perlu melihat beberapa faktor seperti kemudahan utiliti, kos operasi, kos perpindahan dan flexibility.

 

f) Ease Of Use (Kemudahan Menggunakannya)

Antaramuka pengguna merupakan kemajuan sesuatu produk. Penggunaan aplikasi pengurusan rangkaian haruslah memenuhi citarasa pengguna terutama dalam penggunaannya.

 

g) Security (Keselamatan)

Sesetngah pengurusan rangkaian memerlukan keselamatan daripada diceobohi oleh orang lain. Contohnya seperti dalam data accounting, data haruslah selamat. 

 

Fungsi-Fungsi Sistem Pengurusan Rangkaian

            Kebanyakan jurutera sistem pengurusan rangkaian percaya bahawa fungsi-fungsi sistem pengurusan rangkaian terdiri daripda berikut:

Ř      Penggabungan keseluruhan rangkaian secara sempurna

Ř      Mengumpul maklumta dari setiap komponen rangkaian

Ř      Mengawal komponen rangkaian

Ř      Menyokong semua aktiviti-aktiviti pengurusan rangkaian

Ř      Meminimakan atau mengelakkan atau menghapus pertindihan maklumat

Ř      Mengawal kerja-kerja harian serta tugas rutin

Ř      Menyediakan antaramuka pengguna yang mudah serta senang difahami

Ř      Mempunyai paparan secara bergrafik tentang konfigurasi dan status rangkaian

Ř      Mengurangkan tenaga pakar dan masa yang diperlukan untuk melakukan aktiviti

 

Secara amnya, terdapat 2 fungsi utama pengurusan rangkaian iaitu:

1.      Fungsi Harian (day to day)

2.      Fungsi Perancangan (planning)

 

1) Fungsi Harian

Ř      Fungsi harian termasuklah pengawalan ke atas kerja-kerja rutin, maklumat rangkaian dan penjagaan operasi rangkaian.

Fungsi-fungsi tersebut termasuklah:

1.      Mengawal dan menyelenggara SLA (Service Level Agreement)

Ř      SLA mengukur keberkesanan rangkaian seperti keperluan masa tindakbalas, jumlah bahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan.

2.      Pengurusan Kerosakan

Ř      Aktiviti ini termasuklah mengenalpasti, analisis dan baikpulih komponen rangkaian dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diperlukan oleh rangkaian.

3.      Pengurusan Perubahan /Konfigurasi

Ř      Ini termasuklah pengurusan inventori setiap komponen rangkaian dan mengawal konfigurasi rangkaian. Ia merangkumi pengawalan tambahan, perubahan tempat dan lain-lain dari segi perisian, prkakasan, litar dan lain-lain.

4.      Pengurusan Prestasi

Ř      Ia mengawal utiliti rangkaian dengan tujuan untuk memberiakan perkhidmatan yang memenuhi kehendak pengguna serta keperluan untuk penambahan.

Ř      Ia juga mengukur keberkesanan rangkaian untuk menghantar kapasiti rangkaian dari masa ke semasa agar dapat memenuhi keperluan semasa akan datang.

5.      Sokongan Pengguna

Ř      Ia merangkumi latihan pengguna, nasihat, perundingan serta sokongan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan rangkaian.

6.      Pengurusan Keselamatan

Ř      Ianya perlu untuk memastikan segala capaian kepada aplikasi dan maklumat dalam rangkaian dapat dikawal.

7.      Pengurusan Perakaunan

Ř      Ia melibatkan proses mengenalasti kos serta memindahkan kos kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pengguna dalam bentuk bil.

 

2) Fungsi Perancangan.

Ř      Ianya merangkumi aktiviti-aktiviti jangka panjang serta pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan operasi yang berterusan untuk keperluan rangkaian pada masa yang akan datang. Aktiviti-aktivitinya termasuklah:

1.      Perancangan Taktikal Dan Rekabentuk.

Ř      Ia melibatkan perancangan untuk memastikan rangkaian boleh menampung kapasiti trafik serta aplikasi baru dan yang akan datang.

2.      Pengawalan Kos.

Ř      Ia melibatkan kawalan terhadap kos operai rangkaian untuk jangka masa yang panjang dan mencapai belanjawan yang telah dipersetujui.

3.      Polisi Dan Hubungan Dengan Pembekal.

Ř      Aktiviti yang berkaitan dengan proses rundingan untuk membeli peralatan dan kontrak untuk baik pulih peralatan dan perkhidmatan.

Ř      Tugasnya adalah untuk mengawal polisi pembekal dan vendor-vendor dalam isu-isu seperti:

-Harga pembelian

-Struktur tarif

-Kontrak dan bayaran penyelenggaraan

-Sokongan piawaian

-Pembangunan piawaian

-Pembangunan teknikal

 

Protokol Pengurusan Rangkaian

·                    Faktor terpenting dalam mencapai matlamat pengurusan rangkaian ialah kebolehan mendapat maklumat daripada peralatan network serta kesan ke atas perubahan alatan –alatan tersebut.

·                    Di dalam arena pengurusan rangkaian, alatan2nya terdiri daripada simple hingga terlalu advance.

·                    Untuk Simple pengurusan protocol, ianya akan mendefinisikan format data dan parameter yang selalu digunakan serta membenarkan kemudahan mencapai maklumat.

·                    Dalam ptotokol pengurusan rangkaian yang kompleks sedikit, pengurusan rangkaian protocol menambah kebolehan serta memaksima keselamatan untuk menghalang maklumat daripada dicapai serta diubah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

·                    Untuk protocol pengurusan rangkaian yang advance, pengurusan rangkaian protocol berkebolehan menjanakan tugas2 pengurusan rangkaian daripada jauh (remote) dan tidak bergantung kepada network protocol layer supaya setiap alatan (devices) dapat diuruskan.

·                    Terlalu banyak kerja2 yang telah dilakukan di dalam membentuk satu piawaian terhadap pengurusan rangkaian protocol di dalam menolong mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada setiap devices.

·                    Protokol yang banyak digunakan ialah SNMP (Simple Network Management Protocol) dan yang terbaru ialah SNMPv2 dan CMIS/CMIP (Common Management Information Services/Common Management Information Protocol).

·                    SNMP agak kehadapan sedikit berbanding dengan pengurusan rangkaian protokolyang simple dengan sedikit kebolehan untuk monitor dan mengubah kebolehan pengurusan.

·                    CMIS/CMIP adalah alatan yang advance tetapi isu implementasinya telah menyukarkan (melimitkan) di dalam penggunaannya.

·                    Protokol2 ini tidak menyatakan bagaimana kita dapat mencapai matlamat pengurusan rangkaian tetapi memberi cara2 untuk monitor dan konfigurasi alatan2 network.

 

Platform Pengurusan Rangkaian

·                    Sejarah menunjukkan pengurusan rangkaian terlibat di dalam pelbagai system dan setiap satunya menguruskan satu set komponen yang khas di dalam data network.

·                    Contoh yang selalu dapat dilihat dalam pusat pengurusan rangkaian, mempunyai system yang berbeza untuk menguruskan modem, multipleks, hubs, bridges, routers dan lain2 komponen rangkaian.

·                    Kekangan terhadap kewangan, ruang yang tidak mencukupi, serta pakar2 teknikal membawa kpd pengurusan komponen oleh satu system yang boleh menunjukkan hubungkait rangkaian dalam satu peta.

·                    Keperluan2 ini menyebabkan timbulnya platform pengurusan rangkaian.

·                    Platform pengurusan rangkaian merupakan satu pakej perisian yang menyediakan tugas2 asas pengurusan rangkaian untuk pelbagai komponen rangkaian.

·                    Matlamat platform pengurusan rangkaian adalah untuk menyediakan tugas2 am dalam pengurusan pelbagai alatan rangkaian. Tugas2 tersebut adalah :

            1) Antaramuka pengguna pengguna bergrafik (GUI)

·                    GUI amat berguna kerana memberi kemudahan kpd pengguna utk mencapai ciri2 dalam platform tersebut.

·                    GUI mempunyai piawainya tersendiri seperti Microsoft Windows, OSF Motif, Sun Microsystems OpenLook.

·                    Dengan menggunakan GUI yang standard, platform akan terurus dengan baik di mana ianya didokumentasikan serata disahkan oleh vendor yang berbeza.

·                    Vendor yang berbeza ini menyediakan platform2 serta aplikasi2 yang pelbagai2.

·                    Sekiranya vendor2 ini membina aplikasi dengan menggunakan GUI yang standard, ianya akan menyenangkan penggunaan system tersebut.

            2) Pemetaan Rangkaian (Network Map)

·                    Pemetaan amat penting di dalam setiap era pengurusan rangkaian. Contohnya ialah alatan2 pengurusan ralat dapat menolong mengenengahkan/menunjukkan apakah yang menyebabkan ralat/kerosakan dengan menggunkan warna dalam pemetaan.

·                    Alatan2 pengurusan konfigurasi dapat menunjukkan fizikal dan logical konfigurasi bergambar terhadap rangkaian.

·                    Alatan2 pengurusan prestasi menunjukkan prestasi semasa alatan2 serta links/hubungan degan gambar2 atau warna2 yang berbeza.

·                    Kebolehan2 lain dalam pemetaan jaringan platform pengurusan termasuklah autodiscovery iaitu mendapatkan alatan2 rangkaian secara automatik dan automapping iaitu melukis rangkaian secara bergrafik.

            

            3) Database Management System ( Sistem Pengurusan Pangkalan Data )

·                    Ianya menolong dalam banyak2 tugas2 pengurusan rangkaian. Aplikasinya menggunakan database sebagai penyimpan maklumat.

·                    Dalam database, hubungan dapat dibina di antara alatan2 rangkaian yang mana ia menolong rangkaian di dalam diagnosis (mencari kesalahan) serta maintenance (penyelenggaraan).

·                    Banyak DBMS membenarkan pengguna mencetak laporan serta membuat back-up secara automatik.

·                    A standard method to query device – cara piawaian terhadap pertanyaan alatan.

·                    Ianya penting kerana platform dapat mengumpul maklumat daripada alatan2 rangkaian yang berbeza daripada vendor yg berbeza2.

·                    Network engineer dapat bertanya setiap alatan untuk mendapat maklumat melalui platform dan menggunakan data tersebut dengan pelbagai cara.

·                    Ianya dapat memudahkan pengguna dalam menggunakan platform tersebut.

·                    Contohnya ialah network engineer mahu mengeluarkan graf utk beberapa siri link utilization (penggunaan hubungan) kpd setiap links (hubungan) utk keseluruhan rangkaian akan mengambil langkah2.

·                    Memastikan apakah maklumat yang diperlukan daripada setiap komponen rangkaian (selalunya jumlah bytes yg dihantar ataupun diterima utk setiap interface)

·                    Mengumpul maklumat tersebut dengan menggunakan pengurusan rangkaian platform.

·                    Meletakkan nombor2 pertanyaan ke dalam lembaran kerja untuk mengeluarkan graf yang diperlukan.

            4) Kaedah pertanyaan peralatan yang piawai – amat penting kerana platform perlu mengumpul maklumat daripada pelbagai komponen vendor yg berbeza2.

            5) Customizable menu system – system menu yg boleh disesuaikan oleh pelanggan supaya cara kerja yg konsisten.

            6) An event log – menlog peristiwa

·                    Log ini akan merekodkan peristiwa2 mengikut time-event/masa.

·                    Platform akan merekodkan/menulis setiap maklumat/peristiwa rangkaian kpd log tersebut dan juga dapat mengeluarkan peristiwa dengan sendiri.

·                    Log peristiwa akan menolong pengurus rangkaian utk melihat semula peristiwa2 dalam menguruskan rangkaian.

            7) Graphing tools – alatan2 graf

·                    Platform pengurusan rangkaian perlu juga berkebolehan untuk mengeluarkan graf data seperti line bar, pie chart dll.

·                    Selain daripada itu juga, kebolehan utk merge/mengimport graf ke dlm report juga dirasakan amat penting utk pemgurus rangkaian memandangkan ianya lebih mudah dilihat dalam bentuk graf daripada data mentah atau laporan teks.

·                    Graf bagi grafik rangkaian semasa serta kesalahan/errors dapat menolong dalam pengurusan ralat dan prestasi.

            8) API – Application programming interface

·                    Ianya merupakan pusat sumber yang menyimpan prosedur pengaturcaraan serta fungsi yang membenarkan pencapaian maklumat yang disimpan dalam pengurusan rangkaian platform.

·                    Hanya melalui API sahaja, program2 luaran dapat menggunakan pemetaan jaringan, memasukkannya ke dalam system menu, menyimpan dan mengambil maklumat daripada database, menghantar mesej kpd log peristiwa dan sebagainya.

·                    Ianya amat penting kerana :

1.      Membenarkan integrasi kpd aplikasi vendor2 yang berbeza

2.      Membenarkan pengurus rangkaian menulis aturcara2 untuk kegunaan dalam pengurusan rangkaian.

·        Tanpa API, pengurusan rangkaian platform hanya membenarkan local customization sahaja serta 3rd party extension.

 

Aplikasi Pengurusan Rangkaian

·        Platform pengurusan rangkaian menyediakan pelbagai2 fungsi untuk kegunaan setiap network devices.

·        Aplikasi pengurusan rangkaian dibentuk untuk menolong jurutera rangkaian menguruskan alatan2 atau perkhidmatan rangkaian yang khas.

·        Hubungan di antara aplikasi pengurusan rangkaian dan platform ditunjukkan.

·        Aplikasi pengurusan rangkaian dibina oleh pelbagai vendor alatan bertujuan untuk menolong pelanggan menguruskan devices mereka.

·        Contohnya ialah pengeluar alatan network seperti modem, hub, bridge, akan membina aplikasi yang sesuai dengan platform pengurusan rangkaian dengan menyediakan pelbagai tools untuk network engineer.

·        Dengan menggunakan strategi ini, network engineer hanya perlu membeli alatan2 yang diperlukan sahaja untuk menguruskan devices yang diingini.

·        Sekiranya network yang diingini diuruskan hanya melibatkan hubs dan file server sahaja, maka pertanyaan boleh dibuat kpd vendor tentang aplikasi yang khas yang boleh digunakan di atas platform pengurusan rangkaian tersebut.

·        Jadi, system pengurusan rangkaian akan menyediakan pelbagai tugas di atas platform tersebut dan aplikasi untuk menguruskan hubs dan fail server dengan menggunakan pemetaan yang sama, GUI yg sama, boleh mencapai dengan system menu serta pertanyaan ke atas database yang sama.

·        Goals atau objektif utama bagi aplikasi pengurusan rangkaian ialah :

1.      Keberkesanan menguruskan set alatan yg khusus

·        Contohnya ialah pengeluar hub akan membina aplikasi yg menunjukkan penyambungan hub secara fizikal apabila pengguna memilih hub di atas pemetaan jaringan.

·        Aplikasi ini akan membenarkan pengguna utk konfigurasikan ciri2 ke atas hub tersebut, hidupkan switch prot/0ff, memgawal kadar kesilapan dan throughput.

·        Aplikasi ini akan menolong mencapai tugas2 konfigurasi dan prestasi pengurusan utk hub tersebut.

2.      Menjauhkan tugas2 yg dilakukan ke atas platform (tak overlap)

·        Aplikasi pengurusan rangkaian mencuba supaya fungsi aplikasinya tidak overlap dengan fungsi2 platform pengurusan rangkaian.

·        Overlap akan menyebabkan pelbagai cara digunakan bagi mendapatkan keputusan di atas sesuatu platform yang boleh menyebabkannya meragukan.

·        Tambahan lagi, mengeluarkan ciri2 yg sama seperti dalam platform mebuang masa bagi usaha membina aplikasi.

·        Kecuali apabila platform tidak mempunyai ciri2 yg diperlukan oleh aplikasi maka aplikasi pengurusan rangkaian akan menambah ciri2 tersebut.

·        Contohnya, pltform menyediakan kebolehan untuk mengeluarkan graf baris tetapi aplikasi memerlukan graf utk mempamerkan dalam bentuk pie charts, maka akan menyediakan ciri2 ini.

·        Sekiranya terdapat banyak aplikasi yg dikeluarkan oleh pelbagai vendor dan organisasi dapat mengeluarkan pie chart dan antaramuka2 lain, maka platform vendor perlulah incorporate ciri2 ini supaya tidak berlaku kekeliruan.

3.      Bekerjasama dengan platform melalui API dan system menu

·        Ini akan membenarkan pengguna melihat aplikasi dan platform sebagai satu uniform system pengurusan rangkaian

·        API akan membenarkan antaramuka aturcara ke atas platform manakala system menu membenarkan penjanaan aturcara aplikasi ke atas menu yg sama seperti dilihat oleh pengguna di atas platform.

4.      Berada pada banyak Platform

·        Aplikasi yg berada pada satu platform sahaja memaksa network engineer menggunakan platform ini sebagai keperluan pengurusan rangkaian.

·        Keadaan ini kurang memuaskan @ tidak ideal kerana satu platform mungkin tidak mempunyai ciri2 yg diperlukan @ tidak menyokong aplikasi lain. Contohnya MegaNet menggunakan produk daripada Zippy Switching Co dan ConnectAll Hubs.

 

 

Keselamatan Rangkaian

Atas

Pengenalan/Definisi

            Keselamatan rangkaian membawa maksud kepada keutuhan dan kawalan keselamatan sesebuah rangkaian dalam melindungi rangkaiannya daripada sebarang bentuk pencerobohan rangkaian yang dilakukan oleh mereka-mereka yang dikenali sebagai “hackers” atau penggodam. Selain itu, dalam prospek keselamatan rangkaian juga, sesebuah rangkaian itu juga seharusnya mampu mengesan sebarang ralat dalam rangkaian dan mampu memperbaiki ralat tersebut agar proses atau objektif rangkaian tersebut sentiasa dapat dijalankan dengan jayanya. Keselamatan rangkaian merupakan satu perkara yang penting dalam sesebuah pengurusan rangkaian kerana tanpa kawalan keselamatan rangkaian yang kukuh pada sesebuah rangkaian akan menyebabkan rangkaian itu mudah untuk dicerobohi sekaligus mampu menyebabkan data-data atau maklumat dalam rangkaian diubah, dibuang dan sebagainya. Ini juga sekaligus akan menyebabkan rangkaian itu lumpuh dan tidak mampu beroperasi dengan sempurna malahan tidak mendapat kepercayaan daripada orang ramai.

 

Punca-punca pencerobohan

             Terdapat banyak punca-punca pencerobohan di dalam sesebuah rangkaian dan adakalanya sesebuah pencerobohan itu adalah berbentuk peribadi dan ada juga dengan tujuan suka-suka. Namun disini diberikan 4 punca-punca pencerobohan dilakukan :

    1) Saingan rangkaian 

     Sesebuah rangkaian itu dicerobohi oleh saingan rangkaian tersebut dalam memastikan rangkaian yang dicerobohi itu lumpuh sekaligus memastikan rangkaiannya terus unggul di atas. Ini adalah bentuk persaingan yang tidak sihat kerana tidak berani menghadapi saingannya secara bersih.

2) Menunjuk kehebatan 

     Biasanya sesetengah “hackers” atau penggodam ini terdiri daripada individu-individu atau satu kumpulan yang memiliki pengetahuan yang mendalam mengenai komputer serta rangkaian namun tidak mempunyai sebarang sijil atau bukti untuk menunjukkan kehebatan mereka dalam komputer memandangkan ilmu pengetahuan tentang tentang cara-cara menceroboh sesebuah rangkaian, laman web ataupun komputer orang lain tidak diajar secara formal tetapi melalui inisiatif sendiri iaitu belajar sendiri atau mendapat tutorial dari orang yang pakar atau melalui pembacaan di internet mengenai kaedah-kaedah pencerobohan. Contoh (www.hackersparadize.cjb.net). Dengan niat yang terpesong, mereka menceroboh sesebuah rangkaian dan mengubah susunan-susnanan maklumat bahkan membuang maklumat-maklumat yang tersimpan di dalam rangkaian serta meninggalkan jejak mereka seperti tanda tangan ataupun nota ringkas bagi menunjukkan mereka sudah berjaya menceroboh rangkaian tersebut.

  1. Penganiayaan@pembasmi jenayah : Dalam sesetengah-sesetengah kes, motif pencerobohan adalah berbentuk penganiayaan dimana individu atau kumpulan penggodam ini iri hati dan tidak suka melihat sesebuah rangkaian itu maju dan sentiasa mendapat respons yang baik daripada pengguna. Dengan menceroboh dan melumpuhkan rangkaian ini, mereka akan merasa puas hati kerana dengan lumpuhnya rangkaian tersebut, bermakna operasinya akan ditangguhkan untuk sementara waktu dan kadangkala sehingga tidak dapat beroperasi langsung kerana kehilangan segala sumber maklumat didalam rangkaian mereka. Contohnya, pencerobohan server Yahoo.com yang menyebabkan operasi mereka terganggu selama 3 hari. Namun demikian, ada juga pencerobohan dilakukan oleh pihak persendirian bagi melumpuhkan operasi rangkaian yang menyediakan perkhidmatan atau maklumat yang tidak bermoral seperti aktiviti lucah dan ganas yang mampu merosakkan akidah orang ramai.

  2. Ingin mencuba : Di era internet ini, pencerobohan semakin mudah dilakukan dengan bantuan program-program khas yang boleh didapati secara percuma melalui internet. Ini sekaligus membawa kepada sifat ingin mencuba dan berdasarkan bilangan program-program atau “tools” pencerobohan yang begitu banyak sekali boleh didapati di internet, sudah pasti ada satu yang akan membuahkan hasil.

 

Jenis-jenis pencerobohan

Terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis pencerobohan yang sering dilakukan oleh para penggodam ini iaitu :

1.      Pencerobohan kata laluan : Setiap kakitangan didalam setiap rangkaian akan dibekalkan dengan kata laluan bagi membolehkan mereka memasuki rangkaian tersebut samada dari tempat kerja ataupun melalui komputer luar. Hanya mereka-mereka yang memiliki kata laluan yang tepat saja akan mendapat akses bagi memasuki dan mengendalikan data serta maklumat didalam rangkaian itu. Namun penceroboh telah mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi mengatasi halangan kata laluan ini dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu pertama, menggunakan program atau “tools” seperti Code Buster dan Brute Force. Program ini dicipta untuk mencipta seberapa banyak kata laluan hasil gabungan setiap aksara serta nombor melalui aturcara khasnya. Program ini akan terus mencipta kata laluan dan mencubanya pada rangkaian itu sehingga kata laluan yang dihasilkan diterima oleh rangkaian. Proses ini boleh mengambil masa dari sejam sehinggalah berminggu-minggu lamanya namun sekiranya berjaya, ianya cukup berbaloi.

2.      Penghantaran mesej-mesej ralat : Ini biasanya dilakukan oleh penceroboh yang berkemahiran tinggi dalam pengaturcaraan rangkaian. Penceroboh akan menghantarkan mesej-mesej ralat kepada sistem rangkaian yang ingin dicerobohinya dimana secara teorinya penghantaran mesej-mesej ralat ini akan menyebabkan sistem rangkaian menjadi keliru akan kemasukan-kemasukan mesej  ralat ini dan akan menyebabkan sistem kawalannya lemah dan membolehkan penceroboh memasuki rangkaian itu walaupun memberikan kata laluan yang salah.

3.      Penghantaran fail berserta trojan : Ini adalah satu bentuk pencerobohan dari luar atau dengan kata lain, pengintipan. Penceroboh akan menghantar fail yang diselitkan bersama sebuah trojan atau “bugs” yang melakukan tugas pengintipan serta menghantar segala rekod operasi rangkaian itu kepada penghantar fail tadi. Dengan ini, segala maklumat yang ada didalam rangkaian samada maklumat rahsia atau umum akan diketahui oleh penghantar fail ini. Pengintipan akan berterusan sehinggalah sistem rangkaian itu mampu mengesan kehadiran trojan tersembunyi ini.

 

Pendekatan kawalan

            Menyedari akan masalah pencerobohan yang semakin berleluasa ditambah dengan program-program pencerobohan yang semakin mudah didapati melalui internet, pihak-pihak rangkaian ini tidak mempunyai cara lain selain daripada memperbaharui pendekatan kawalan mereka memandangkan pendekatan lama yang digunakan sudah tidak mampu digunakan lagi bagi membendung aktiviti-aktiviti pencerobohan ini. Antara pendekatan-pendekatan baru yang telah diperkenalkan ialah :

    1) Kata laluan dengan ciri-ciri keselamatan baru : Pihak rangkaian yang menyedari tentang penggunaan program-program pencerobohan seperti Brute Force dan Code Buster ini telah mengenalpasti satu alternatif iaitu dengan kemasukan kata laluan yang hanya akan memberikan 3 peluang sekiranya pengguna salah memasukkan kata laluan. Sekiranya pengguna tersalah memasukkan kata laluannya sebanyak 3 kali, maka keahliannya akan digantung buat sementara waktu oleh sistem rangkaian. Dengan ini, sekiranya ada penceroboh yang ingin memasuki rangkaian dengan mencuba seberapa banyak kata laluan pastinya mempunyai peluang yang tipis kerana protokal kata laluan yang ketat ini.

    2) Firewall : Dalam penggunaan firewall ini, sistem rangkaian akan mengkonfigurasikan firewall ini supaya menerima kemasukan data-data yang telah ditetapkan saja, oleh itu masalah kemasukan trojan yang diselitkan bersama fail biasa tidak akan berlaku kerana firewall secara langsung akan menolak kemasukan data tersebut sekiranya ia mengesan trojan tersebut. Sistem firewall terdiri daripada penapisan paket dan aplikasi proxy. Penapisan paket mempunyai mekanisma kawalan capaian untuk trafik rangkaian manakala aplikasi proxy pula menyediakan mekanisma yang serupa tetapi dengan polisi keselamatan yang lebih ketat. Pengurus firewall adalah antaramuka yang memudahkan pengurusan dan pengkonfigurasian sistem firewall. Ia dapat menolong pentadbir sistem dalam mengkonfigurasikan sistem, menbina polisi dan menganalisa laporan. Sistem pengesahan satu masa memerlukan katalaluan baru setiap kali pengguna memasuki sistem. Pengguna yang sah boleh mengesahkan diri mereka dengan menggunakan OTP tanpa perlu merasa bimbang katalaluan tersebut digunakan oleh penceroboh untuk memasuki sistem.

 

  

  

 g/rajah : Firewall

 

    3) Pengengkripan : Satu teknik yang digunakan untuk menukar data yang dihantar ke bentuk rahsia dan menukar semula ke bentuk asal apabila di terima oleh penerima. Pengengkripan ini boleh dilakukan oleh hos komputer, FEP atau peranti khas pengengkripan seperti yang biasa digunakan iaitu Encryptor.

 

    4) Close User Group : Penubuhan Close User Group ini adalah dimana rangkaian menghadkan kemasukan pengguna didalam rangkaiannya. Oleh itu, hanya kumpulan-kumpulan yang telah ditubuhkan mampu memasuki rangkaian dan berkomunikasi secara berkumpulan. Dengan ini, penceroboh yang cuba memasuki rangkaian ini memang mempunyai peluang yang tipis kerana pengggunaan kata laluan yang ketat disamping penetapan ip yang boleh memasuki rangkaian tersebut. Sekiranya penceroboh berjaya menggunakan kata laluan yang betul sekalipun, ip yang berbeza akan menyebabkan rangkaian menolak kemasukan penceroboh ini.

 

 

 

Jenis_Jenis Server 

Atas

 

Rajah 1 : Server Pencetak

 

 

 

Rajah 2 : Server Data File

 

Rajah 3 : Klien Server 

 

Media Penghantaran

Atas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Model Komunikasi

Atas

 

 

 

 

 

 

Pengkodan Multi_Level

Atas

 

 

 

 

Jenis Saluran Rangkaian

Atas

 

 

 

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧěgn.cÓm. All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThĘ LĘgĘńD

Webmaster