Dalam Laman Ini Terdapat Beberapa Tips Berkaitan Rangkaian Komputer...Diharap Ia dapat Memberikan Sedikit Pengetahuan Kepada Anda Tentang Dunia Rangkaian

 

 

Bina Rangkaian Komputer Di Rumah (*Tips ini utk kegunaan pada PC Windows 95)   

 

    Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu komputer sama ada di rumah mahupun di pejabat, anda perlu menyambungkan bersama kesemua komputer tersebut ke dalam rangkaian (Network) kerana ia akan lebih memudahkan anda. Dengan berbuat demikian, anda dapat berkongsi fail tanpa menggunakan cakera liut "floppy disk", bahkan anda juga boleh berkongsi pencetak, pemacu CD-ROM dan juga menghantar faks (walaupun anda akan memerlukan perisian tertentu untuk berkongsi operasi bagi modem). Yang terbaik sekali adalah, Windows 95 boleh melakukan kesemua tugas tersebut sebagaimana "Windows for Workgroups" boleh melakukannya.

 

    Pemasangan kad rangkaian "Network Adapter" dan juga wayar "cable" boleh dikatakan agak mudah. Untuk memulakannya, anda memerlukan samaada wayar sepaksi "coaxial" ataupun wayar terpiuh "twisted cabel". Wayar sepaksi "coaxial" adalah lebih mudah untuk dipasang tetapi wayar yang tebal akan menyukarkan untuk memindahkannya dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi wayar yang agak nipis iaitu "twisted - pair cables" yang agak mirip seperti wayar telefon, adalah lebih mudah untuk dipasang dan menghasilkan rangkaian yang lebih kukuh. Ia memerlukan anda untuk membina kotak bagi penyambungan sepertimana kotak talian telefon yang dikenali sebagai "hub". Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti untuk memasangkan komputer bagi membentuk satu rangkaian:


Memasang perkakasan dan memasang driver

 

Buka sarung komputer anda, masukkan kad network ke dalam slot yang kosong dan sambungkan wayar network. Lakukan perkara yang sama terhadap komputer yang lain dan pastikan kesemuanya dipasang dengan betul. Hidupkan komputer, Sepatutnya Windows 95 akan mengesan kad network tersebut secara automatik dan seterusnya meminta anda supaya memasukkan "floopy disk" yang didatangkan bersama dan memasangkan "driver software" yang bersesuaian bagi kad tersebut. Di dalam sesetangah kes, CD-ROM Windows 95 sendiri akan menawarkan "drivers" yang diperlukan.

 

 

Memasang perisian Pelanggan "Client"

 

Klik Butang Start>Control Panel> Networking dan klik pada "Add" pada kotak pilihan "Select Network Component", tandakan "Client" dan klik "Add". Tandakan "Microsoft" di dalaman kotak pilihan ". Pastikan anda memilih "Client for Microsoft Network" dipilih oleh anda. Kemudian klik OK. Di dalam kotak "main Network", klik pada Add, dan tandakan "Protocol" bagi tetingkap yang berikutnya 

 

(Gambar seperti diatas), klik Add. Didalam pilihan "Select Network Protocol" (lihat gamabr diatas kanan) tandakan "Microsoft" di ruangan sebelah kiri dan tandakan "NetBeUi" bagi pilihan disebelah kanan. Kemudian klik OK.

 

 

Tetapkan perkongsian pencetak dan fail

 

Anda pastinya ingin untuk berkongsi fail dan berkongsi pencetak. Diatas sebab itulah maka anda mewujudkan rangkaian ini. Tidakkah begitu? Di dalam kekotak "Network" yang utama, klik pada "file and Print Sharing" untuk menunjukkan anda ingin berkongsi perkara tersebut. Teruskan dengan memilih OK.

 

 

Pengenalan Diri

 

Pilih ruangan "identification" di dalam kotak "Network" yang utama, sila masukkan nama bagi komputer anda, nama bagi kumpulan dan juga keterangan. Klik OK, Windows 95 akan cuba menyalin kesemua fail rangkain. Sekiranya ia tidak terdapat di dalam cakera keras, ia akan meminta CD-ROM Windows 95. Anda juga akan diminta supaya "restart" komputer anda supaya semua pemasangan akan mendatangkan kesan.

 

 

"Log in", berkongsi dan menambah komputer yang lain

 

Masukkan nama pengguna dan kata laluan apabila anda memulan komputer anda setelah kesemua komponen "network" telah dipasang. Klik kanan pada "folder" di dalam "Windows Explorer", pilih "Sharing" daripada menu yang ada dan pilih pilihan "Sharing". Masukkan pilihan yang anda ingini dan teruskan dengan menekan OK. Pasangkan "network" yang sama bagi komputer yang lain. Lakukan perkara yang sama.
 
 
 
 

Selamat mencuba. 

 

Sekiranya anda mempunyai tips lain...sila hantar ke Email saya atau anda terus hantar ke Komuniti The Legend

 

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm. All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster