.:: Sistem Operasi OS/2 ::.

 
OS/2 ini adalah Sistem Pengoperasian yang telah dikeluarkan oleh syarikat gergasi komputer iaitu IBM. Ia bukan sahaja sebuah OS yang berkuasa tinggi, malah turut dilengkapi dengan aplikasi-aplikasi umum seperti aplikasi pejabat dan ia juga mampu menjalankan aplikasi2 lama Windows dan DOS. Antaramuka OS/2 juga adalah ramah pengguna dan menyerupai antaramuka Windows.

OS ini merupakan OS untuk kegunaan umum yang pertama menawarkan ciri-ciri multitugas (multitasking) iaitu melakukan banyak tugas dalam satu masa. Perlindungan sistem daripada tergantung (hang) dan terhenti (crash) adalah salah satu ciri terbaik OS ini. Walaupun Microsoft telah menawarkannya dalam Windows 98, namun OS/2 terlebih dahulu memperkenalkannya.

OS ini juga telah menggabungkan Java Virtual Machine ke dalam sistemnya dan menawarkan sebuah pelayar web di dalam destopnya. Malahan OS ini juga telah menawarkan perisian pengecaman suara yang digelar IBM VoiceType bagi membolehkan pengguna menggunkan perisian pemproses perkatan tanpa perlu menaip menggunakan papan kekunci. Canggihkan?

Perisian OS daripada IBM ini merupakan antara pesaing terbaik kepada Windows selain Linux tetapi sejak Windows 98 dikeluarkan, OS ini semakin tenggelam dan lansung tidak mendapat perhatian umum. Menurut IBM, mereka akan meletakkan OS/2 sebagai pesaing kepada Windows NT dan bukan pesaing kepada Windows 98 dan versi seterusnya pada masa akan datang.

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm. All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster