Bebayang Perspektif

Buka satu imej baru, taip satu perkataan.

 

 

Klik Layer > Effects > Dropshadow. Klik OK. Imej anda akan jadi seperti di sebelah. Klik semula pada Layer > Effects > Create Layer.

 

 

Pada layer Dropshadow, klik Ctrl+T atau klik Edit > Transform > Perspective.
   

Buat Transform sehingga jadi lebih kurang macam ni

 

Bentuk Sfera 3D

Mulakan dengan imej baru. Kemudian, buat satu layer baru dan buat bulatan seperti di sebelah. Isikan dengan warna biru.
   

Klik Filter > Render > Different Clouds. Kemudian, tekan Ctrl + F sehingga anda rasa corak yang terhasil mengikuti citarasa anda.
   

Setelah itu, klik Image > Adjust > Level. Ubah setting pada window Level sehingga terdapat contrast warna terang dan gelap. Lihat imej sebelah dan bezakan dgn imej yg sebelumnya.
   

Kemudian, buat lagi satu layer baru. Kali ini kita akan buat kesan pantulan cahaya pada sfera. Dengan menggunakan kan Marquee Tool buatkan bulatan kecil. Selepas itu, tekan Ctrl + Alt + D utk hasilkan Feather (Atau klik Select > Feather). Setkan Feather = 5 pixel. Isikan pilihan bulatan itu dengan warna putih.
   

Selepas itu, buat lagi satu layer baru. Kemudian, tekan Ctrl sambil klik pada thumbnail di Layer Palette utk dapatkan pilihan bulatan yg serupa dgn bulatan di layer yg pertama. Pastikan warna foreground / background adalah putih / hitam. Dengan menggunakan Radial Gradient Tool, isi pilihan anda seperti di sebelah.
   

Kurangkan opacity layer kepada 70%. Hasilnya akan menjadi seperti di sebelah.
   

Untuk mendapatkan bayang pula. Buat satu lagi layer baru kemudian buat satu pilihan bujur menggunakan Marquee Tool. Featherkan pilihan kpd 5 pixel. Isikan dengan warna hitam. Opacity layer pula dikurangkan kepada 75%. Siap!

 

[ Previous ]

 

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm. All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster