Make your own free website on Tripod.com


 

Menggunakan "Lasso"

Effect Menggunakan Curve

Mengubah suai kawasan pilihan Effect Plastik Untuk Teks
Menggunakan  "inverse selection" Emboss Menggunakan "Lighting Effect"
Menggunakan "Extract" Membuat Tiub
Menggunakan "Gradient" Teks Bercahaya
Bebayang Perspektif Halftone Menggunakan Imej
Bentuk Sfera 3D Segiempat Berbucu Lengkung
Butang Plastik  

Membuat Tiub

Buat satu fail baru. Kemudian, buat layer baru. Dengan menggunakan Marquee Tool buatkan selection seperti di sebelah.

 

 

Setkan foreground color = putih dan background color = hitam. Guna Reflection Gradient Tool dan isikan selection untuk mendapatkan hasil seperti di sebelah.

 

 

Buat satu layer baru, dan buat satu garisan putih menggunakan Line Tool (2 pixel atau mengikut citarasa anda) .
   

Kemudian, duplicatekan layer garisan putih tadi (Layer > Duplicate Layer). Invertkan layer tersebut (Ctrl + I). Satukan (merge) kedua-dua layer garisan tersebut (Ctrl + E).
   

Kemudian, duplicate layer garisan hitam putih tadi. Sehingga terdapat 6 garisan hitam putih di atas tiub. Satukan (merge) kesemua layer garisan hitam putih tersebut (Ctrl + E). Setkan opacity kepada 60%.
   

Akhir sekali, pergi ke Image > Adjust > Variations dan cuba dapatkan hasil yang mengikut kehendak dan citarasa anda. Jangan takut utk mencuba anda tidak akan tahu hasilnya nanti.

 

Teks Bercahaya

Buka satu imej. Taipkan teks di atasnya. Pastikan anda menggunakan warna putih.
Kemudian, Render Layer teks tersebut (Klik Layer > Text > Render Layer.
   

Klik Filter > Blur > Gaussian Blur > 2.0 piksel. Setelah teks anda dirender barulah efek Blur boleh digunakan.
Namakan Layer ini sbg #1.
   

Buat salinan Layer #1 dan namakan Layer tersebut #2. Klik Filter > Distort > Polar Coordinates. Setkan Polar to Rectangular.

Invisiblekan Layer #1 buat sementara waktu dgn mengklik pada ikon mata di Layer Palet.
   

Rotate Canvas > 90 CW. (Klik Image > Rotate Canvas > 90 CW).
   

Kemudian, klik Filter > Stylize > Wind. Setkan
a. Wind
b. From the Left
   

Pusing semula canvas (klik Image > Rotate Canvas > 90 CCW)
   

Klik pada Filter > Distort > Polar Coordinates > Rectangular to Polar.
Hasilnya akan jadi seperti di sebelah.
   

Aktifkan semula Layer #1. Susunkan Layer tersebut supaya selari dengan Layer #2 dan setkan Layer Mode pada Color Dodge, 50%.

Untuk menghasilkan skim warna seperti yg saya buat, lihat susunan Layer di sebelah.
Di atas Layer #2 masukkan warna gradient (kuning dan merah). Kemudian, lalukan kursor di tengah-tengah garisan Layer #2 dan Layer 1 sambil tekan Alt. Apabila tepat di tengah-tengah garisan, kursor akan berubah bentuk menjadi bulatan. Klik tetikus dan susunan Layer akan menjadi seperti di sebelah.

 

 

[ Previous ] [ Home ]

 

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright 2000-2001 Mz@ @rt & Dʧgn.cm. All Right Reserved  

Designed By Mz@ Th LgD

Webmaster