Mengikut
takrif, bahasa pengaturcaraan adalah set arahan yang memberitahu
komputer berkenaan operasi yang hendak dilaksanakan.
Pengaturcara iaitu pakar yang mahir dalam bahasa pengaturcaraan,
menggunakan bahasa ini untuk menghasilkan perisian komputer. Setiap
bahasa yang dicipta mempunyai tujuan untuk memberi penyelesaian
kepada masalah tertentu. Walaupun pelbagai jenis bahasa
pengaturcaraan, namun ada satu kesamaan yang nyata, iaitu mereka
akan ditukarkan kepada bentuk digital komputer 0 dan 1
yang mewakili tenaga elektronik tutup dan buka.
Seperti
mana-mana komputer dan perisian, bahasa pengaturcaraan juga
mengalami proses evolusi. Proses ini menghasilkan 5 generasi bahasa
pengaturcaraan iaitu bermula daripada bahasa Mesin. Generasi kedua
dikenali sebagai bahasa Assembly. Generasi ketiga dinamakan sebagai
bahasa Peringkat Tinggi. Generasi keempat dan kelima dikenali
sebagai bahasa Peringkat Sangat Tinggi dan bahasa Lazim. Bahasa
pengaturcaraan dikategorikan sebagai peringkat rendah apabila ia
hampir dengan bahasa yang difahami komputer iaitu perwakilan 0 dan
1. Bahasa Peringkat Tinggi pula hampir kepada bahasa yang manusia
gunakan setiap hari atau menghampiri bahasa Inggeris lazim.
Generasi Pertama - Bahasa Mesin |
Bahasa
peringkat paling rendah ialah bahasa Mesin yang merupakan bahasa
komputer yang terdiri daripada digit binari 0 dan 1. Digit binari
yang mewakili keadaan tenaga elektrik tutup dan buka susah dibaca
serata difahami oleh manusia.
Generasi Kedua
- Bahasa Assembly |
Bahasa
Assembly adalah bahasa peringkat rendah yang membolehkan
pengaturacara menggunakan singkatan atau perkataan yang mudah
diingati bagi menggantikan nombor. Contohnya ialah huruf MP
digunakan bagi menggantikan arahan MULTIPLY dan STO
mewakili STORE. Pengaturcara dapat menulis arahan secara
lebih mudah berbanding bahasa Mesin. Walaupun demikian bahasa ini
susah untuk dipelajari. Tambahan pula bahasa ini mempunyai kekangan
kerana ia bergantung kepada mesin tertentu. Bentuk bahasa ini akan
berbeza untuk arahan kepada mesin yang berlainan. Oleh kerana
kekangan tersebut, pakar komputer telah memperkenalkan Penterjemah
Bahasa. Disebabkan komputer hanya boleh menjalankan arahan dalam
bahasa Mesin, Penterjemah diperlukan jika aturcara ditulis dalam
bahasa lain. Penterjemah bahasa adalah sejenis perisian sistem yang
akan menterjemahkan aturcara yang ditulis dalam bahasa kedua, ketiga
atau lebih tinggi kepada bahasa mesin.
Penterjemah Bahasa tergolong kepada 3 jenis :
Assembler (Pencantum)
- Aturcara yang menterjemahkan aturcara bahsa Assembly kepada
bahasa Mesin.
Compiler (Penyusun).
Interpretor
(Penafsir).
Generasi Ketiga - Bahasa
Peringkat Tinggi |
Bahasa
peringkat ini lebih mendekati kepada bahasa Inggeris, sebagai
contohnya ialah COBOL yang biasa digunakan untuk aplikasi perniagaan.
Bahasa ini membolehkan kita menulis aturcara dalam kaedah bahasa
biasa, bukannya perwakilan binari atau singkatan. Kebanyakkan bahasa
generasi ini tidakbergantung kepada jenis komputer yang digunakan.
Satu bahasa boleh digunakan dalam banyak jenis komputer. Contohnya
ialah FORTRAN, COCOL, BASIC, Turbo Pascal, C, C++ dan Ada.
Penterjemah bahasa generasi ketiga ialah sama ada Compiler
atau Interpretor.
Compiler
- Laksana kemudian : Kompiler adalah penterjemah bahasa yang
menukarkan keseluruhan aturcara dalam bahasa mesin, sebelum komputer
melaksanakan sesuatu aturcara. Bahasa peringkat tinggi yang perlu
diterjemahkan itu dipanggil sebagai Source Code (kod sumber).
Apabila kompiler menterjemahkan kod sumber tadi, ia akan bertukar
nama kepada Object Code (Kod Objek). Kepentingan Kod Objek
ialah ia boleh disimpan. untuk dilaksanakan kemudian nanti. Contoh
bahsa ini yang menggunakan Kompiler ialah COBOL, FORTRAN dan Pascal.
Interpretor - Laksana serta merta : Interpretor ialah
penterjemah bahasa yang menukar pernyataan bahasa peringkat tinggi
kepada bahasa Mesin dan aturcara yang telah ditukar itu dilaksanakan
serta merta. Tidak ada kod objek yang dihasilkan. Oleh kerana itu
pemprosesan menjadi lebih pantas. Contoh bahasa yang menggunakan
Interpretor ialah BASIC.
Bahasa
generasi ketiga yang diterangkan di atas juga dikenali sebagai
bahasa bertatacara. Ia bertatacara kerana satu siri tatacara
dibentuk terlebih dahulu sebelum menulis aturcara. Tatacara ini
merupakan siri arahan yang mesti diikuti oleh pengaturcara apabila
menulis arahan dalam bahasa tersebut.
Perbezaan Antara 3
Generasi Bahasa Pengaturcaraan Terawal |
Generasi Pertama - Bahasa Mesin
11110010 01110011
1101 001000010000
0111 000000101011
11110010 01110011
1101 001000011000
0111 000000101111
11111100 01010010
1101 001000010010
1101 001000011101
|
Generasi Kedua - Bahasa Assembly
PACK 210(8,13) ,
02B(4,7)
PACK 218(8,13) ,
02F(4,7)
MP
212(6,13) , 21D(3,13)
SRP
213(5,13) , 03E(0,5)
UNPK 050(5,7) ,
214(4,13)
OI
054(7) , X'FO'
|
Generasi Ketiga - COBOL (cth)
MULTIPLY HOURS-WORKED BY DAY-RATE GIVING
GROSS-PAY ROUNDED
|
Proses Penterjemahan
Ke Bahasa Mesin |
Kod
Sumber (Bahasa Peringkat Tinggi)
IF COUNT = 10
GOTO DONE
ELSE
GOTO AGAIN
END IF |
Kompiler
Penterjemah bahasa ini menukarkan
bahasa peringkat tinggi (kod sumber) kepada bahasa Mesin
(kod objek) sebelum komputer boleh melaksanakan aturcara. |
|
Atrucara Penterjemah Bahasa
10010101001010001010100
10101010010101001001010
10100101010001010010010
|
Kod Objek (bahasa mesin)
|
Generasi Keempat -
Bahasa Peringkat Sangat Tinggi |
Bahasa
generasi ini juga lebih dikenali sebagai 4GL iaitu singkatan 4th
Generation Language. 4GL lebih berorientasikan pengguna dan
pengaturcara perlukan lebih sedikit arahan dalam membangunkan
sesuatu aturcara. Jika dibandingkan dengan bahasa generasi ketiga,
4GL adalah bahasa pengaturcaraan tidak bertatacara. Pengaturcara
boleh menulis tanpa perlu mengikut tatacara bagaimana hendak
melaksanakan sesuatu perkara. Ini menjimatkan masa pengaturcara
kerana mereka tidak perlu menulis arahan sebagaimana yang perlu
dibuat apabila menggunakan bahasa bertatacara.
4GL terdiri
daripada 3 bahagian :
Penjana
Laporan - Ia juga dikenali sebagai Penulis Laporan. Ia adalah
aturcara untuk pengguna biasa yang
digunakan bagi menghasilkan sesuatu laporan yang terdiri daripada 2
tujuan iaitu sama ada untuk cetakan atau
paparan skrin komputer. Penjana boleh menunjukkan semua atau
sebahagian daripada fail pangkalan data.
Pengguna ini boleh menentukan format laporan terlebih dahulu seperti
berapa kolum, berapa baris dan
sebagainya dan penjana akan menghasilakn data dalam format yang
telah ditentukan. Contoh penjana laporan
ialah RPG III.
Bahasa
Pertanyaan - Ini adalah bahasa yang senang digunakan bagi
mencapai data dari sistem pengurusan
pangkalan data. Pertanyaan dibuat dalam bentuk ayat atau arahan yang
menghampiri bahasa Inggeris biasa.
Contoh bahasa pertanyaan ialah SQL (Structured Query Language), QBE
(Query By Example) dan Intellect.
Penjana
Aplikasi - Penjana ini merupakan peralatan pengaturcara yang
membolehkan seseorang menyatakan
penerangan terperinci mengenai apakah data yang hendak diproses.
Kemudian, perisian aakan menjana kod
bagi aturcara untuk melaksanakan tugas tersebut. Kelebihan penjana
aplikasi ialah pengaturcara tidak perlu
menentukan
bagaimana data harus diproses. Penjana sudah mempunyai modul yang
telah diprogramkan terlebih
dahulu bagi melaksanakan tugas-tugas tertentu. Pengaturcara
menggunakan penjana aplikasi bagi membantu
mereka menghasilkan bahagian aturcara yang lain. Misalnya,
perisian ini digunakan bagi membuat menu atas
skrin
atau jenis format untuk proses input dan output (I/O). Dua sistem
pengurusan pangkalan data hubungan
(RDBMS), NOMAD dan Focus adalah contoh perisian penjana aplikasi.
Walaupun 4GL tidak menggantikan bahasa
generasi ketiga, namun begitu ia digunakan untuk melaksanakan tugas
khusus yang boleh dimasukkan ke dalam
sistem lain.
Generasi Kelima - Bahasa
Lazim |
Terdapat 2
jenis bahasa Lazim. Pertamanya ialah bahasa Manusia yang biasa
digunakan oleh manusia seperti bahasa Inggeris, Melayu, Sepanyol dan
sebagainya. Yang kedua ialah bahasa pengaturcaraan yang menggunakan
bahasa manusia bagi melaksanakan perhubungan manusia dengan komputer.
Bahasa ini merupakan sebahagian daripada bidang kecerdasan buatan
(AI). Ianya merujuk kepada cubaan membangunkan mesin yang boleh
bertindak seperti mana manusia biasa seperti berfikir, belajar,
berhujah, berkomunikasi, melihat, mendengar dan sebagainya. Adalah
satu matlamat menghasilkan sebuah mesin yang begitu pintar
sehinggakan ia boleh berfikir sendiri bagi mengumpul maklumat dengan
tujuan lebih mempintarkan sendiri.
Sebahagian Evolusi Bahasa Pengaturcaraan |
1970 - Pascal
- Bahasa mudah
1970 - Smalltalk
- Bahasa pengaturcaraan orientasi objek yg pertama
1971 - FORTH
- Untuk pemprosesan data dengan pantas
1972 - PROLOG
- Pengaturcaraan logik utk aplikasi kecerdasan buatan (AI)
1972 - C
- Untuk penggunaan saintifik
1979 - Ada
- Satu permulaanpiawaian baru dlm pengaturcaraan
1981 - Modula-2
- Bahasa seakan-akan Pascal yg digunakan bagi menulis perisian
sistem
1982 - dBase
- Bahasa pengaturcaraan pangkalan data
1984 - Turbo Pascal
- Versi Pascal bagi persekitaran pengaturcaraan orientasi
objek
1987 - HyperCard
- Bahasa hiperteks Macintosh |
|