Ketua
Penyelidik, Prof. Mary Forsling berkata, para penagih dadah itu
kebanyakkannya terdiri daripada remaja berusia antara 18 hingga 30,
sedangkan pada peringkat itu, tahap kesuburan para gadis berada di puncak,
bermakna hormon estrogen yang dihasilkan tubuh badan mereka lebih tinggi. Menurut
Mary lagi, hormon tersebut berfungsi menghalang badan daripada menyimpan
terlalu banyak air, sedangkan pengamal ecstasy kerap pula mengalami dahaga
luar biasa. "Apabila
hormon bertentang fungsi dengan pil tersebut, kandungan sodium menjadi
tidak stabil. Akibat daripada itu, organ badan menjadi kronik yang
akhirnya menjadi punca penyebab maut." Bagaimanapun
ini bukanlah bererti penagih lelaki tidak mengalami sebarang kesan.
Walaupun mereka tidak memiliki hormon tersebut, ecstacy tetap bahaya, cuma
penagih lelaki agak lambat menerima akibatnya, namun padahnya tetap sama -
maut ! |
Frenchman,
Michel Lotiro yang lahir pada 15 Jun 1950 mempunyai diet paling luar biasa.
Dia makan biasa dan kaca sejak berusia 9 tahun. Antara barang yang menjadi
makanannya ialah televisyen, basikal, lampu, pisau cukur, peluru, skru,
bebola besi, rantai besi dan apa saja yang dibuat daripada besi. Setiap
hari dia memerlukan 900 gram besi. Untuk melancarkan sistem penghadamannya,
dia terpaksa minum minyak pelincir sebagai menggantikan air. |
Pada
15 Januari 1919, seluruh bandar Massachusetts dan Boston di Amerika
Syarikat dilanda banjir sirap. Kejadian itu berlaku apabila tangki
setinggi 16 meter yang memuatkan 9.5 juta liter sirap pekat pecah. Ia
menyebabkan 21 oran terbunuh dan 150 tercedera serta melumpuhkan seluruh
sistem. Seluruh bandar bertukar menjadi coklat. Pekerja bandar raya
mengambil masa selama 6 bulan untuk membersihkannya. |
Lelaki
digalakkan untuk mengadakan hubungan seks tiga atau empat kali seminggu
untuk mengelakkan risiko serangan sakit jantung dan strok. Aktiviti itu
sama denga bermain squay dan merentas desa. Jika selalu dilakukan, ia
boleh membaiki sistem pernafasan dan badan akan mengeluarkan peluh
berlebihan. |
Terdapat
lebih 500,000 kawah di permukaan bulan yang boleh dilihat dari bumi
menerusi teleskop. Kita memerlukan 400 jam untuk mengira kesemuanya,
itupun tidak termasuk kawah yang terlindung. |
Masyarakat
Mesir purba percaya bawang merah boleh memberikan kuasa atau tenaga luar
biasa pada seseorang. Sebab itulah buruh-buruh yang membina piramid
diberikan makan bawang setiap hari.
|
Gurun
Sahara meliputi kawasan seluas 7.5 km persegi. Ia lebih besar dari benua
Australia, 3 kali lebih besar dari gurun Arab dan 2 kali lebih besar dari
gurun Dobi di Mongolia.
|
Mesin
taip dicipta oleh William Burt pada tahun 1829 untuk kegunaan orang cacat
penglihatan. namun ia menjdai popular kepada orang celik. |
Lim
Poon dari kepulauan Hainan, China terapung selama 133 hari di Lautan
Atlantik Selatan selepas kapal yang dinaikinya, S.S Ben lomond milik
British Merchant Navy terkena tembakan torpedo Jerman pada November 1942. |
Virus
HIV telah menyerang manusia sejak kurun ke-17 berdasarkan penemuan virus
yang serupa pada cimpanzi oleh penyelidik Belgium baru-baru ini. Ia
disebarkan daripada haiwan tersebut kepada manusia melalui pemburuan. |