Gula
Batu Redakan Batuk
Tidak kira kanak²mahupun dewasa,apabila diserang batuk pelbagai
cara dibuat untuk meredakan penyakit itu. Cucu boleh menggunakan
petua ini. Rendamkan beberapa ketul kecikl gula batu, getah anggur
dan kembang semangkuk ke dalam jag berisi air masak yg sudah disejukkan.
Biarkan selama selama semalaman atau seelok-eloknya embunkan seketika
pada dinihari.Berikan ia minum kepada orang yg batuk sekerap mungkin .
Insya-Allah etua ini sangat baik untuk meredakan batuk yg tidak serius.
Kalau batuk yg serius, berjumpalah doktor.
Inai Serikan Muka Selepas Bersalin
Jika anda menghadapi masalah muka pucat selepas bersalin, ambillah beberapa ranting daun inai dan bersihkan.
Caranya , rebus daun inai menggunakan api sederhana hingga mendidih. Minum airnya segelas pada waktu pagi dan malam.
Amalkan dua atau tiga hari semingu. Insyaallah wajah ibu itu akan kembali ceria dan
berseri-seri.
Mata Tidak Pedih Jika Kupas Bawang
Biasanya apabila mengupas bawang merah, mata rasa pedih dan berair.
Untuk mengatasi mesalah ini, rendamkan bawang terlebih dahulu kedalam
besin berisi air. Kemudian barulah anda barulah mengupas kulitnya. Insyaallah, tiada lagi masalah pedih mata hingga berair seperti
orang menangis.
Menguatkan Badan
Sekiranya anda sering pening kepala atau demam bila terkena hujan, bolehlahcuba petua ini. Ambil sehelai dua daun poko Hempedu Bumi.
Pokok ini juga dikenali sebagai sebagai Daun Cerita. Selepas itu, rendamkan di dalam secawan air panas. Biarkan hingga ia sejuk,
kemudian amalkan meminumnya (orang Islam gigalkkan berselawat 3 kali). Insyaallah, badan anda rasa lebih sihat dan
kuat.
Buah Pala Boleh Legakan Bengkak
Apabila terlanggar benda keras, bahagian itu akan bengkak dan lebam. Jangna bimbang. Ambil beberapa biji buah apal, parut dan campurkan dengan setengah sudu air.
Kemudian sapukan pada bahagian yang bengkak dan jangan dibalut. Insyaallah dalam sehari dua bengkak akan hilang. |
Khasiat
Manjakani
Bagi ibu yg baru kali pertama melahirkan anak, luka di faraj tentunya
merisaukan. satu cara menyembuhkan luka dibahagian dalam itu dengan cepat
ialah dgn makan buah manjakani yang diwapkan dalam periuk nasi.Caranya,
apabila nasi yg dimasak hampir kering airnya, bubuh dua biji manjakani
diatasnya. Apabila nasi masak, ambil manjakani yang masih panas dan lembut itu dan
makan.
Cantikkan Kulit dengan Air Kelapa
Di
kalangan orang Melayu, ibu yang sedang hamil disarankan meminum air kelapa. Insyaallah anak yang bakal lahir nanti tidak
terkena ruam lampin dan kulitnya bersih dan cantik. Dari segi kesihatan, air kelapa mengandungi bahan semulajadi folate
dan potasium yang sangat baik untuk bayi bagi mengelakkan serangan bakteria dan membekalkan daya ketahanan tubuh.
Khasiat Limau Nipis
Mereka yang sering menghadapi masalah sakit kepala memang sentiasa rungsing apa lagi jika kepala berdenyut dan sakit. Ada satu petua
yang boleh menghilangkan sakit ini. Caranya ialah ramas tujuh biji limau dalam semangkuk besar air suam. Tapis air limau tadi
dan lumurkan pada kepala. Biarkan 10 minit barulah dibilas dengan air bersih. Kesannya, kepala anda berasa sejuk dan lebih segar.
Petua ini seelok-eloknya diamalkan pada sebelah petang. Cubalah.
Daun Durian Belanda Halau Tikus
Selain membawa kuman dan kotoran, tikus boleh merosakkan perabot dan pakaian. Untuk menghalau tikus, letakkan beberapa tangakai daun Durian Belanda
pada tempat yang biasa didatangi tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Dua tiga hari selepas itu, tikus akan hilang dan tidak akan datang
lagi.
Akar Bunga Matahari Ubati Batu Karang
Penghidap batu karang boleh mencuba petua ini. Ambil sebatang pokok bunga matahari bersama-sama akarnya. Potong batangnya kira-kira setengah cm dan cuci bersih.
Akar itu dimasak hingga memndidih hingga airnya tinggal kira-kira segelas. Angkat dan dinginkannya. Boleh juga ditapis. Minumlah air itu selama 5 hari hingga rasa
sakit hilang. Cubalah. |