|
Undang-Undang Sepak Takraw |
![]() |
1. GELANGGANG
1.1 Ukuran gelanggang
Berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari
permukaan lantai dan 3m disekeliling gelanggang. Garisan-garisan utama ini
dinamakan:
a. Gatisan Tepi
b. Garisan Belakang
c. Garisan Teras
1.2. Garisan Gelanggang
Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m (40mm).
1.3. Garisan Teras
Garisan selebar 0.02m (20mm) yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian
yang sama besar dan dinamakan Petak Gelanggang.
1.4. Garisan Suku Bulatan
Ditiap penjuru tepak gelanggang di Garisan Teras, Garisan Suku Bulatan berjejari
0.9m hendaklah digariskan. Lebar garisan ini adalah 0.04m (40mm)
1.5. Bulatan Sepak Mula
didetiap Petak Gelanggang, bulatan berjejari 0.3m hendaklah digarisakan yang
mana kedudukannya adalah 3.05m dari Garisan Tepi gelanggang dan 2.45m dari
Garisan Belakang. Lebar garisan ini adalah 0.04m (40mm)
2. TIANG
2.1 Ukuran tiang
tiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55m (1.45m untuk Wanita) dari permukaan
gelanggang dan hendaklah cucup teguh untuk mengekalkan ketengan tiang.
Ianyamestilah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh
melebihi 0.04 (40mm).
2.2 Kedudukan Tiang
Tiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari Garisan Tepi dan
sebaris dengan Garisan Teras.
3. JARING
3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nylon yang halus dengan siratan berukuran diantara 0.06m (60mm) hingga 0.08m (80mm). Jaring hendaklah 0.7m lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang. Pada kedua dua hujungnya diletatkan Pita 0.05m (50mm) dari bahagian atas hingga kebawah dan pita yang dinamakan Pita Sempadan ini hendaklah dalam kedudukan sebaris dan menegak dengan Garisan Tepi.
3.2. Dibahagian atas dan bawah jaring
hendaklah dilapik dengan pita 0.05m (50mm) yang diperkuat dengan benang atau
nylon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu Tali Regangan. Setelah diregang,
Ketinggian jaring dengan permukaan gelanggang adalah seperti berikut:
a. 1.55m (1.45 untuk wanita) - ukuran ditepi tiang
b. 1.52m (1.42 untuk wanita) - ukuran dibahagian tengah
jaring
4. BOLA SEPAK TAKRAW
Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ianya
diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ianya perbuat dari
rotan, lapisan tersebut mestilah mengandungi diantara 9 hingga 11 urat. Ukuran
galis lilitnya mestilah diantara 0.42m hingga 0.44m (0.43m
hingga hingga 0.45m untuk Wanita). Berat bola mestilah diantara 170gm
hingga 180gm (150gm hingga 160gm untuk Wanita).
5. PEMAIN PEMAIN
5.1. Sukan ini dimainkan oleh 2 Regu yang mana setiap Regu mengandungi 3 orang Pemain.
5.2. Salah seorang dari Pemain ini hendaklah berada dibelakang dan dinamakan
Tekong.
5.3. Dua orang lagi Pemain hendaklah berada di hadapan. Pemain disebelah kanan
dinamakan Apit Kanan manakala yang berada disebelah kiri dinamakan Apit Kiri.
6. PERALATAN / PAKAIAN PEMAIN
6.1. Pemain pemain hendaklah memakai Jersey/T-shirt, berseluar pendek dan memakai kasut sukan bertapak getah. Adalah dilarang Pemain memakai seberang benda/pakaian yang boleh membahayakan beliau dan Pasukan Lawan. (Untuk Wanita, T-shirts tanpa berkolar dengan lengan panjangnya dan seluat pendek mestilah dipakai sehingga bejerut). Jikalau belaku cuaca sejuk, pemain pemain dibenarkan memakai tracksuits.
6.2. Sebarang benda yang dipakai oleh Pemain dianggap sebahagian dari anggotanya. Jersey/T-Shirt mestilah dimasukan kedalam (seluar)
6.3. Sebarang alatan/benda yang boleh melajukan bola takraw atau membantu
mempercepatkan pergerakan Pemain tidak dibenarkan.
6.4. Ketua Regu hendaklah memakai 'Arm Band' dilengan kirinya.
6.5. Semua Jersey/T-Shirt hendaklah bernombor antara 1 hingga 15 dibahagian
belakang. Nombor ini hendaklah berukuran tidak kurang dari 19cm tinggi.
7. GANTIAN PEMAIN
7.1. Gantian Pemain dibenarkan pada sebarang masa asalkan ianya diminta oleh
pengurus Pasukan kepada Pengadil Rasmi dan semasa bola tidak didalam permainan.
7.2. Setiap Regu dibenarkan membuat satu gantian sahaja.
7.3. Pemain yang diperintah Keluar Gelanggang oleh Pengadil semasa permainan, boleh digantikan asalkan gantian belum dilakuan.
7.4. Mana-mana Pemain yang telah bermain atau diletakkan sebagai Pemain Simpanan dalam mana-mana Regu tidak dibenarkan bermain didalam Regu lain didalam pertandingan yang sama.
7.5. mana-mana Regu yang mengandungi kurang dari 3 Pemain, tidak dibenarkan
meneruskan permainan dan akan dianggap Kalah.
8. PEGAWAI-PEGAWAI
Permaiann akan diuruskan oleh
Pegawai-Pegawai berikut:
I) I Pengadil Rasmi
ii) 2 Pengadil
iii) 6 Pengadil Garisan (4 pengadil
untuk Garisan Tepi dan 2 pengadil untuk Garisna Belakang)
Nota: Kedudukan 2 orang Pengadil Garisan untuk
Gariasan Belakang hendaklah bersetentang dengan Pengadil.
9. UNDIAN DAN 'WARM UP'
Sebelum permainan dimulakan, Pengadil
akan membuat undian. Regu yang memengangi undian boleh memilih untuk Sepak mula
atau Petak Gelanggang. Regu ini juga memulakan 'Warm Up' selama 2 minit dan di
ikuti oleh Regu yang kalah undian. Hanya 5 oroang bagi setiap Regu sahaja
dibenarkan 'Warm Up' dan bergerak bebas didalam gelanggang dengan mengunakan
Bola Rasmi.
10. KEDUDUKAN PEMAIN-PEMAIN
SEMASA SEPAK MULA
10.1. Semasa permain bermula, semua Pemain mesti berada didalam Petak masing
masing dalam keadaan bersedia.
10.2. Tekong yang membuat Sepak Mula hendaklah sebelah kakinya berada
didalam Bulatan Sepak Mula dan sebelah lagi kakinya hendaklah berada diluar
Bulatan Sepak Mula untuk menyepak bola.
10.3. Kedua-dua apit Regu yang membuat Sepak Mula mestilah berada didalam
Suku Bulatan masing-masing.
10.4. Pemain Regu Lawan bebas berada dimana-mana kawasan didalam Petak
Gelanggangnya.
11. PERMULAAN PERMAINAN
DAN SEPAK MULA
11.1. Regu yang memilih Sepak Mula (semasa undian) akan memulakan permainan. Pemenang Pusingan Pertama hendaklah membuat Sepak Mula pada Pusingan Kedua setelah bertukar Petak Gelanggang.
11.2. Campakan hendaklah dibuat setelah Pengadil selesai mengumumkan Mata Pertandingan. Jika Campakan dibuat sebelum Pengadil mengumumkan mata pertandingan, Campakan tersebut hendaklah diulangi dan amaran hendaklah diberikan kepada Pencampak tersebut. Sebaik sahaja bola disepak oleh Tekong, semua Pemain bebas bergerak didalam Petak Gelanggang masing-masing.
11.3. Sepakan Mula cuma sah jika ianya melepasi jaring samada ia menyentuh jaring atau tidak dan mestilah melalui diantara dua Pita Tepi dan jatuh didalam Petak Gelanggang Pasukan Lawan.
11.4. Sepakan Mula boleh dilakuan oleh Tekong dengan apa cara sekalipun
asalkan salah satu dari kakinya sentiasa menyetuh gelanggang didalam Bulatan
Sepak Mula.
12. PERKARA PERKARA BATAL
12.1. Pihak Sepak Mula
12.1.1. Pencampak Bola memain-main bola (melambung,menghempas,memberi bola kepada kawan dan lain-lain) selepas Pengadil selesai mengumumkan Mata Pertandingan.
12.1.2. Mana-mana apit mengangkat kaki, memijak Garisan Gelanggang atau melepasi jaring atau menyentuh jaring semasa campakan bola dibuat.
12.1.3. Sebelah kaki Tekong tidak menyetuh gelanggang (didalam Garisan Bulatan Sepak Mula atau menyetuh Garisan Bulatan Sepak Mula).
12.1.4. Tekong tidak menyepak bola yang dilontar oleh Apitnya.
12.1.5. Bola menyetuh Pemain Regunya sedbelum melintasi jaring.
12.1.6. Bola melintasi jaring tetapi jatuh diluar gelanggan.
12.1.7. Bola tidak melintasi ke Petak Gelanggang Lawan.
12.2. Peneriama Sepak Mula
Melakuan tingkah-laku yang boleh mengganggu atau membuat bising terhadap pihak lawan.
12.3. Kedua-dua Pihak semasa Permainan.
12.3.1. Memijak Garisan Teras.
12.3.2. Menyentuh bola dikawasan lawan.
12.3.3. Mana-mana bahagian anggota Pemain memasuki kawasan lawan samada diatas atau dibawah jaring kecuali 'follow-through'
12.3.4. menyepak atau menyentuh bola lebih dari 3 kali.
12.3.5. Bola menyentuh tangan.
12.3.6. Bola melurut dianggota badan.
12.3.7. Memberhenti atau mengepit bola dibawah tangan/lengan, antara kedua-dua paha/kaki atau badan.
12.3.8. Sebarang anggota atau peralatan Pemain seperti kasut, pelilit kepala dan lain lain menyentuh jaring, tiang, kerusi Pengadil atau jatuh kekawasan lawan.
12.3.9. Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain lain benda.
12.3.10. Mana mana Pemain yang sengaja
melambat-lambatkan permainan.
13. TUKAR SEPAK
Tukaran sepak (Tukar Sepak) akan diberi
apabila berlaku perkara batal yang dilakuan oleh pihak Sepak Mula atau pihak
Penerima Sepak Mula dapat mematikan bola tersebut.
14. MASA REHAT
Setiap Regu boleh meminta sekali 'time out' selama 1 minit semasa bola tidak
didalam permainan. Permohonan ini hanya boleh dimohon oelh Pengurus Pasukan.
Hanya 5 orang sahaja dibenarkan di Garisan Belakang semasa Masa Rehat.
15. CARA MENDAPATKAN MATA
1 mata diberi kepada Regu yang membuat Sepak Mula apabila Pasukan Lawan
melakuan perkara-perkara batal seperti di peraturan 12.
16. SISTEM KIRAAN MATA
16.1. Mata kemenangan maksima setiap Pusingan ialah 15 mata.
16-2. Membernarkan rehat 2 minit setelah tamat Pusingan Pertama dan Kedua.
16.3. Jika kedua-dua Regun
masing-masing memenangi 1 pusingan. Permainan akan ditentukan didalam Pusing
'Tie Break'. Mata kemenangan Pusingan ini ialah 6 mata
16-4 Tie Break 6 Mata
16.4.1.Sebelum Pusingan 'Tie Break' bermula, Pengadil akan membuat undian. Regu yang memenangi undian akan membuat Sepak Mula.
16.4.2. Apabila satu Regu telah memperolehi
sebanyak 3 mata, Pertukaran Petak hendaklah dilakuan..
16.4.3. Pengurus atau Jurulatih Pasukan Regu
dibenarkan meminta 'Time out' selama 1 minit semasa berlaku 'Tie Break'
17. PERMAINAN TERGENDALA SEBENTAR
17.1. Pengadil boleh memberhentikan permain selama tidak lebih dari 5 minit jika berlaku halagan, gangguan atau Pemain tercedera dan memrlukan rawatan segera. Jika selepas5 minit, Pemain tersebut masih tidak pulih. Maka gantian pemain hendaklah dilakuan asalkan tiada Gantian dibuat sebelum ini.
17.2. Semasa tempoh Pemberhetian Permainan ini, semua Pemain tidak dibenarkan meninggalkan Gelanggang untuk minum atau mendapatkan tunjuk ajar.
18. TATATERTIB
18-1. Setiap pemain mesti mematuhi undang-undang permainan.
18.2. Hanya Ketua Regu dibenarkan menghampiri Pengadil sepanjang
permianan.
19. HUKUMAN
Pemain-pemain yang melanggar peratuhan ini
perlulah dihukum oelh Pengadil
19.1. Menunjukkan bantahan dengan tutur kata atau kelakuan terhadap Pegawai,
mengenai Keputusan Pengadil dan kepada lain-lain Pemain atau penonton.
19.2. Memaki atau menuturkan kata-kata kesat kepada Pegawai, Pemain atau
Penonton.
19.3. Melakuan perbuatan atau tindakan yang tidak sopan dengan maksud
mempengaruhi sesuatu Kepustusan Pegawai.
19.4. meningalkan Gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.
19.5. Memberi bola kepada Pasukan Lawan dengan kaki.
19.6. Melakuan tingkah laku tidak sopan.
19.7. Melanggar Perintah dan Undang-undang permainan.
Dalam mengendalikan hukuman seperti tersenarai
di atas, Pengadil boleh menggunakan kad- kad berikut:
a. Kad Kuning sebagai amaran
b. Kad Merah sebagai arahan Keluar Gelanggang.
Kad Merah boleh dikeluarkan kerana
kesalahan-kesalahan yang disengajakan seperti:
i) Masih bergedil dan berkelakuan buruk selepas diberi Amaran.
ii) Berkelakuan biadab seperti menyerang, menendang, meludah dan sebagainya.
iii) Mamaki, mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat.
Nota: Mana-mana Pemain yang diberi kad Merah
hendaklah diarah Keluar Gelanggang dan tindakan tatatertib perlu diambil
terhadapnya. Pemain berkaitan tidak boleh dibenarkan bermain dalam sebarang
permainan sehingga dibenarkan oleh Lembaga tatatertib.
20. KELAKUAN BURUK OLEH PEGAWAI-PEGAWAI PASUKAN
Tindakan Tatatertib perlu diambil terhadap Pegawai-pegawai Pasukan atau
Pasukan yang berkelakuan buruk atau menimbulkan kekacauan samada didalam atau
diluar Gelanggang.
21. UMUM
Jika berlaku pertelingkahan terhadap mana-mana perkara yang tidak termasuk
didalam Undang-Undang Pemainan ini, kepustusan Pengadil Rasmi adalah muktamad.
Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm . All Right Reserved Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD |