Asas Penggunaan Photoshop

Menggunakan "Lasso"

Effect Menggunakan Curve

Mengubah suai kawasan pilihan Effect Plastik Untuk Teks
Menggunakan  "inverse selection" Emboss Menggunakan "Lighting Effect"
Menggunakan "Extract" Membuat Tiub
Menggunakan "Gradient" Teks Bercahaya
Bebayang Perspektif Halftone Menggunakan Imej
Bentuk Sfera 3D Segiempat Berbucu Lengkung
Butang Plastik  

                   


 


Menggunakan "Lasso" [UP]
Fungsinya hampir sama dengan "marque". Ia digunakan untuk memilih kawasan imej tertentu untuk dipotong atau disalin atau digerakkan atau diubahsuai tanpa mengganggu kawasan imej yang lain.Perbezaanyanya  adalah, "marque" berbentuk petak atau bulatan manakala "lasso" boleh dibentuk mengikut ukiran tangan kita. Untuk menggunakannya klik "lasso tool" dan lalukannya melingkungi kawasan imej yang kita suka dengan menggunakan butang kiri tetikus. Lalukan ia sehingga membentuk satu lingkaran. Setelah terbentuk lingkaran maka bolehlah diubahsuai kawasan imej yang terlingkar. Samada untuk di gerakkan, diwarnakan atau apa saja. Hanya kawasan yang terlingkar saja akan terkesan dengan perubahan yang dibuat. Kemudahan ini sangat baik jika kita ingin melakukan perubahan pada kawasan tertentu imej dan mengekalkan kawasan yang lain! Pada grafik disebelah "lasso tool" dan "move tool"  telah digunakan untuk memotong kawasan gitar dan memindahkannya ke atas.


Mengubahsuai kawasan pilihan [UP]
Kadangkala kawasan yang dipilih kecil sedikit atau besar sedikit dari yang kita kehendaki.  Kawasan yang telah dipilih (selected) boleh diubah suai dengan beberapa kaedah. Semua kaedah ada dalam menu "select". 
 

Satu ubah suai yang biasa digunakan ialah membesar atau mengecilkan kawasan pilihan. Untuk melakukannya klik "select", "modify" kemudian pilih "expand" untuk membesarkan kawasan pilihan atau "contract" untuk mengecilkannya. Setelah membuat pilihan "expand" atau "contract", satu palette akan keluar bertanyakan berapa pixel kawasan pilihan ingin dibesar atau dikecilkan. Taipkan nombor tertentu dan klik "OK". Lihat kesannya. Jika tidak sesuai klik menu "edit" kemudian "undo"


menggunakan "inverse selection"

Untuk melihat kesan penggunaanya, pilih satu kawasan tertentu imej kemudian klik menu "Select" dan klik "inverse". Dengan melakukan ini kawasan pilihan akan ditukar dengan kawasan yang tidak dipilih.


Menambahkan teks pada imej [UP]
Sebelum menggunakan alat teks elok dipilih warna muka (warna teks) yang sesuai. Klik petak "warna muka" dan klik warna yang diinginkan dan klik "OK". Kemudian klik "text tool" seterusnya klik imej dimana teks akan diletakkan.. Satu menu teks akan terpapar. Pilih font dan taipkan teks di petak yang disediakan. Teks juga boleh diformat seperti menjadikannya italic, bold, outline dan sebagainya. Untuk melihat kesan format pilih mana-mana format yang sesuai dan klik "OK" kesannya akan dapat dilihat pada teks yang keluar.



 

Membuat kesan khas pada teks menggunakan "layer effects" [UP]

Teks yang terpapar boleh di berikan kesan khas kepadanya seperti menjadikan teks tersebut mempunyai bayang-bayang. Untuk melakukannya, klik  menu "Layer", kemudian klik "effects" pada menu yang terpapar dan klik "drop shadow" pada menu berikutnya dan klik "OK" pada pallete yang terpapar. Tiga grafik di sebelah menjelaskan lagi proses memberikan bayang-bayang pada teks.


 
 
 

 

Menambah "layer" baru, menyalin "layer" dan membuang "layer".[UP
Ciri "layer" pada Photoshop membolehkan imej ditindih dan digerakkan dengan mudah. "Layer"  atau lapisan boleh digunakan untuk membuat beberapa salinan imej. Imej yang disalin pada lapisan yang lain boleh di ubahsuai. Jika pengubahsuaian baik lapisan itu boleh menggantikan lapisan imej asal dan jika tak elok lapisan tersebut boleh dibuangkan saja. Untuk menambah "layer" baru, klik menu "Layer" dan klik "add new layer". Taipkan nama layer yang sesuai pada menu yang terpapar dan klik "OK". Untuk menyalin sesuatu lapisan imej tertentu pula, klik menu "Layer", kemudian pilih menu "duplicate layer" dan klik "OK" . Untuk membuang "layer" pula ikut proses yang sama, cumanya disebalik "duplicate layer" klik "delete layer"


 


Menggunakan "Extract" [UP]
"Extract" adalah satu fungsi tambahan Photoshop 5.5 yang tidak ada dalam Photoshop 5.0. Menu fungsi ini terdapat dalam menu "Image". Ianya satu kemudahan untuk memisahkan satu kawasan imej dari persekitarannya. Konsepnya sama seperti alat-alat pemilihan kawasan seperti "marquee","lasso" dan "magic wand" tetapi "extract" mempunyai kelebihannya tersendiri. Dengan "Extract" kita boleh "mengeluarkan" seekor gorilla dari hutan sekelilingnya dengan sempurna termasuk bulu-bulu halus badan gorila tersebut. Jadi kelebihan "Extract" adalah keupayaannya untuk memilih objek secara sempurna yang agak mustahil dilakukan oleh "lasso". Rajah di sebelah memperlihatkan bagaimana menu "Extract" berfungsi. Cuba ini; 
1. Buka fail Gorilla.psd
2. Klik menu "image" kemudian "Extract". Palette extract akan terpapar seperti dibawah
3. Rujuk rajah disebelah untuk tindakan selanjutnya
4. Apabila "preview" diklik satu preview pada palette Extract akan ditunjukkan. Jika puas hati klik OK. Hasilnya dapat dilihat seperti grafik dibawah
.
Menggunakan "Gradient" [UP]
Pada rajah 1.1  anda boleh ketahui yang mana satu "gradient tool". "Gradient" adalah satu teknik mengubah ton (tone) warna. Sebelum mengggunakan "gradient", pilihan kawasan imej, warna muka dan warna latar (lihat rajah di bawah untuk mengenali warna muka dan warna latar) harus di tentukan dahulu. Klik pada petak warna muka dan pilih warna pada menu yang keluar. Lakukan yang serupa pada warna latar. Selepas itu pilih mana-mana kawasan imej menggunakan samada "marque" atau "lasso" atau "magic wand". (sila lihat nota penggunaannya).Setelah warna muka dan latar ditetapkan dan satu kawasan imej dipilih, anda boleh mula menggunakan "gradient". Klik "gradient tool" dan klik kawasan pilihan imej yang ingin dikenakan kesan "gradient". .Lalukan penunjuk tetikus sambil menekan butang kiri tetikus di atas imej. Kesan "gradient" akan dapat dilihat apabila anda melepaskan butang kiri tetikus. Cubalah guna gradient pada mana-mana imej dan jika kesannya tidak menarik klik menu "edit" kemudian "undo". Tukar warna latar atau muka, ulang proses "gradient" dan lihat kesannya. Lihatlah contoh kesan "gradient" pada daun di bawah dengan menggunakan warna muka hitam dan warna latar kuning.
 

 

Best Viewed With Internet Explorer 4.0 and Above

Also With Resolution 800 x 600 

Copyright © 2000-2001 MÓz@ @rt & Dʧìgn.cÓm. All Right Reserved  

Designed By MÓz@ ThÊ LÊgÊñD

Webmaster